Full Width CSS

#PRKSgLimau : #BarisanNasional Bantu Lagi Orang Cina Di Sini #1Malaysia @MuhyiddinYassin #BeraniHijrah #BeraniKejam


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau menjadi medan terbaik untuk mengukur tahap perubahan sikap pengundi Cina terhadap Barisan Nasional (BN).

"Kali ini adalah yang terbaik untuk kita mengukur tahap perubahan sikap (pengundi Cina). Saya tidak tahu dan saya tidak pasti sehinggalah keputusan nanti barulah kita tahu," kata Muhyiddin.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Cina Sungai Limau di Bilik Gerakan BN DUN Sungai Limau.

Pada majlis itu Muhyiddin mengumumkan peruntukan lebih RM2 juta bagi membantu tiga Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di DUN Sungai Limau dan penubuhan Tabung Pendidikan Sekolah Cina Sungai Limau.

"Dimaklumkan bahawa pengundi di sini lebih terbuka, yang datang (ke majlis) di sini adalah pengundi tempatan untuk memberi sokongan moral, apa pun kita akan melihat keputusan pilihan raya di peti undi yang ramai pengundi Cina.


"Walaupun pada pilihan raya yang lepas ramai orang Cina tidak menyokong (BN) maka mereka kata jangan bantu (masyarakat Cina). Tapi di sini mereka telah tunjukkan sikap yang ikhlas dan mereka mahu kita bantu. MCA dan Gerakan juga mahu mereka dibantu, jadi kita bantu. Kita harap dengan itu, ada kesedaran bahawa BN bersedia untuk menolong semua kaum," jelas Muhyiddin.

Menurut beliau, dalam tempoh lima bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 berlangsung Mei lalu, masyarakat Cina tentunya dapat melihat bahawa parti pembangkang juga mempunyai banyak masalah.

Post a Comment

1 Comments

  1. Kenapa perlu bagi RM2 juta kat sekolah cina? Aku tak faham la pemimpin melayu ni. Cinabeng cuma nak duit & kuasa je. Cinabeng xnak bertuankan melayu. FAHAM TAK?!!!!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..