Full Width CSS

#PRKSgLimau : #BarisanNasional Pertaruhkan Profesional Di Sg Limau @NajibRazak



Bekas Pensyarah Kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr Ahmad Sohaimi Lazim diumumkan sebagai calon Barisan Nasional bagi Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau. Pengumuman dibuat Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang semalam.
Dr Ahmad Sohaimi, 52 tahun yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian, Anak Tempatan, berasal dari Kampung Titi Batu, Sungai Limau. Berkelulusan doktor falsafah sejarah politik, Dr Sohaimi pernah berkhidmat sebagai guru di Sekolah Agama Taufikiyah Khairiah Al-Halimiah, atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya di Yan.


Penamaan calon bagi PRK Sungai Limau akan berlangsung 23 oktober ini. Manakala proses pengundian akan diadakan pada 4 November. Kerusi DUN Sungai Limau kosong apabila penyandang, Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia pada 26 September lalu.

Post a Comment

0 Comments