Full Width CSS

#PRKSgLimau : Pemilihan Calon #BarisanNasional Berdasarkan Penilaian @MukhrizMahathir #1Malaysia @NajibRazak @MuhyiddinYassin @ahmadmaslan


Pemilihan Ahmad Sohaimi, 52, adalah berdasarkan kelebihan beliau yang mempunyai kelulusan tinggi selain pernah terlibat dalam parti termasuk kini sebagai Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerai dan aktiviti kemasyarakatan.

Katanya pemilihan dibuat berdasarkan oleh penilaian oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau sendiri dan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.“Mohon kerjasama pengundi untuk memberi peluang kepadanya. Jika terpilih segala perkara yang perlukan perhatian akan disampaikan kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat,” kata beliau selepas majlis pengumuman itu.

Ahmad Sohaimi yang merupakan pensyarah kanan Jabatan Pengajian Kemasyarakatan, Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI berasal dari Kampung Titi Batu, Guar Chempedak di sini.

Ditanya mengenai pandangan sesetengah pihak bahawa BN perlu meletakkan calon yang mempunyai latar belakang agama untuk merampas semula kerusi DUN Sungai Limau yang dikuasai Pas dalam lima pilihan raya umum sejak 1995, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata apa yang penting, calon BN itu mempunyai kelulusan dan boleh menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan baik.

Mengenai dakwaan Pas bahawa kemenangan BN pada PRK Sungai Limau ini tidak membawa banyak kesan kepada kerajaan negeri Kedah yang diterajui BN kerana masih gagal mencapai dua pertiga kerusi DUN, Muhyiddin berkata BN berharap untuk menang supaya dapat melakukan perubahan besar dalam soal pembangunan di DUN Sungai Limau.

“Kita tak boleh nafikan Sungai Limau kubu kuat Pas. Lima kali pilihan raya mereka menang tetapi kemenangan BN adalah untuk menentukan satu perubahan besar, anjakan baharu. Saya percaya wakil kita (jika menang) boleh lakukan tugas. Kerajaan pusat dan kerajaan negeri di bawah parti yang sama. Jika wakil rakyat di sini BN lebih mudah (untuk membuat perubahan). Ini yang kita tawarkan,” katanya.

Muhyiddin berkata BN akan menumpukan kepada soal-soal positif pada pilihan raya kecil ini kerana baginya Pas dan UMNO mempunyai banyak persamaan.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Muhyiddin berkata BN memutuskan untuk bertanding atas faktor demokrasi walaupun ada beberapa pihak yang meminta supaya BN dan UMNO memberi laluan mudah kepada Pas dengan tidak bertanding sebagai menghormati bekas Adun Sungai Limau Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah,

“Proses demokrasi benarkan kita tawarkan diri kita lagi. Tak banyak beza antara Pas dan UMNO. UMNO berjuang untuk Islam begitu juga dengan Pas. UMNO perjuang Ummah begitu juga dengan Pas,” katanya.

Katanya BN menawarkan diri untuk bertanding kerana mahu suara masyarakat di Sungai Limau didengari daan memastikan Sungai Limau maju.

Post a Comment

0 Comments