Full Width CSS

Wakil Rakyat Singapura Sibuk² Berurusan Di Malaysia? #1Malaysia


Di DUN Pangkalan Rinting, di sebuah kawasan Taman Perling berdekatan dengan sebuah Masjid berdepan dengan Perling Mall berlaku satu perkara yang tidak masuk akal.

Apakah ini bermaksud percubaan Singapura untuk menguasai dan menjajah Johor? Di sebuah kawasan Dewan Undangan Negeri Johor yang dimenangi parti DAP, mereka telah memanggil Wakil Rakyat Negara Singapura untuk campurtangan dalam urusan dalaman di negara kita. Kenapa Wakil Rakyat Singapura? Kenapa bukan Wakil Rakyat dari Malaysia?

WAKIL RAKYAT SINGAPURA ANG MO KIO GRC CAMPURTANGAN DALAM NEGARA MALAYSIA

Peristiwa yang berlaku di sebuah Pusat Penjagaan Kejururawatan di Johor Bahru ini membuktikan apa makna kepada semua perjuangan kita selama ini. Kini, apakah kamu masih berfikir Singapura tidak akan menjajah seinci demi seinci, satu demi satu, tanah, aktiviti, peristiwa dan apa jua di negara kita? Mereka bermula dengan peristiwa ini, dan mereka akan melangkah lagi setapak demi setapak.

Bukti di depan mata, Singapura, DAP, PAP, duri dalam daging! Kita berdiam diri, mereka menyusup masuk!

Post a Comment

0 Comments