Saturday, November 9, 2013

Insyallah Parti PAS Akan Dibatalkan Oleh ROS? #1Malaysia



Kita menerima kemenangan PAS di Sungai Limau dengan hati yang terbuka dan tenang. Tiada rungutan dan bantahan di pihak UMNO walaupun berlaku beberapa insiden yang tidak memuaskan hati. Tiada juga kedengaran rungutan dan bantahan di pihak PAS seperti dakwaan pengundi hantu, dakwat tidak kekal atau SPR tidak telus, yang sering kita dengar setiap kali pilihanraya.

Mungkin PRK Sungai Limau merupakan PRK paling bersih bagi PR dan juga bagi Ambiga, kerana PAS telah menang. Pun begitu, jika PAS punya sedikit kecerdikan mereka akan tahu bahawa parti itu sebenarnya tidak menang. Malah, tiada siapa yang menang di Sungai Limau melainkan kalah semuanya. Yang kalah paling teruk adalah penduduk di kawasan itu kerana tidak dapat berhijrah ke arah yang lebih baik.

Kita menyatakan yang PAS telah kalah kerana majoriti yang diperolehi oleh parti itu semakin hari semakin merosot, iaitu satu trend yang dilihat berterusan sejak PRU ke-12 lagi.

Di ambil contoh Manek Urai, dengan jumlah 99.3% pengundi Melayu, PAS menang dalam PRU-12 dengan majoriti 1,352 tetapi dalam PRK pada 2009 kemudiannya, PAS hanya mampu menang dengan majoriti 65.

Begitu juga di Permatang Pasir dengan lebih 73% pengundi Melayu, PAS menang dalam PRU-12 dengan majoriti 5,433 tetapi dalam PRK 2009, majoriti PAS merosot sehingga 4,551.

Trend ini menepati keputusan PRU-13 di mana PAS kehilangan 2 kerusi menjadikan parti itu memiliki 21 kerusi sahaja daripada 23 kerusi yang diperolehi dalam PRU-12.

Seterusnya, dalam tempoh ini iaitu 2009 – 2013, dalam PRK Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau, Kerdau dan Kuala Besut, masing-masing menyaksikan PAS kalah kepada UMNO dengan majoriti yang meningkat sebelum menang dengan majoriti yang merosot dalam PRK Sg. Limau.

Apa yang berlaku memperlihatkan parti PAS semakin hari semakin mengecil. Dengan ‘pengecutan’ PAS, DAP pula semakin berkembang dan semakin kuat di dalam Pakatan Rakyat. Kerusi DAP bertambah dan suara mereka juga semakin lantang mencabar agama Islam. Semakin hebat DAP mencabar Islam, semakin merosotlah sokongan terhadap PAS.

Jika trend ini berterusan, tidak mustahil PAS hanya akan tinggal nama sahaja pada PRU-14 nanti dan kerusi yang dimenangi pula hanyalah di kawasan majoriti bukan Melayu. Pengundi Cina dilihat pasti akan memberi undi kepada PAS di kawasan di mana DAP tidak bertanding kerana mereka tahu bahawa hanya melalui PAS maka Ketuanan Cina dapat direalisasikan.

Justeru, pada satu ketika nanti dan tidak lama lagi, PAS akan menjadi sebuah parti yang berdiri atas kepura-puraan seratus peratus. Ia tidak lagi layak bergelar parti Islam, tetapi lebih tepat dirujuk sebagai parti Kristian Evangelist yang berselindung di sebalik pendirian pluralis namun berpenampilan Islam. PAS yang asal akan pasti hilang.

Dengan saranan Karpal agar nama agama dan bangsa pada parti dihapuskan, maka tidak mustahil, akhirnya PAS juga akan membuang nama ‘Islam’ bagi menepati perubahan ini.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...