Tuesday, November 12, 2013

Peguam Pembangkang Akan Bantu Suspek Kes Bunuh Kerani Ambank? #1Malaysia @NajibRazak @PDRMsia


Sekalung tahniah saya ucapkan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) apabila berjaya menangkap suspek kes bunuh dan rompak sebulan yang lepas.

Suspek yang dikenali sebagai Ardi dirakam oleh kamera kawalan tertutup (cctv) telah menembak mangsa sehingga mati seorang kerani cawangan Ambank dan melarikan kira-kira RM450,000 pada kejadian tersebut.

Maklumat awam dan risikan yang baik telah membuahkan hasil apabila penjenayah warganegara Indonesia ini telah berjaya ditangkap hidup-hidup oleh anggota Polis dari Bukit Aman, menurut tweet Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.Namun sesuatu yang amat membingungkan kelak apabila pasti akan ada pihak-pihak berkepentingan dari sebelah Pembangkang akan menawarkan diri untuk mewakili suspek secara sukarela atas dasar prikemanusiaan.

Kemungkinan kebodohan teruk mereka ini akan lebih jelas kelihatan apabila mereka bakal mendakwa pihak berkuasa telah bertindak melebihi batas kerana kononnya terdapat 4 orang komando bertopeng muka memegang dan mengiringi suspek ketika dibawa ke Mahkamah pagi semalam sedangkan suspek belum dijatuhi sebarang hukuman.

Ini perkara yang dibimbangkan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia apabila terdapat pihak-pihak yang hanya mengasihani suspek yang diberkas dan berada dalam kawalan Polis berbanding mereka yang menjadi mangsa pembunuhan kejam.

Takkan Pembangkang nak spin sama macam kes Teoh Beng Hok yang takut dengan kes salah guna wang dan mengambil keputusan membunuh diri sebagai penyelesaian untuk menjaga maruah bosnya. Tiba-tiba Pembangkang spin kata, SPRM sengaja membunuh Teoh Beng Hok atas sebab yang tak pasti. So siapa yang untung daripada kejadian tersebut? Sudah tentu bukan SPRM kan.

Bagaimanapun kita tunggu dan lihat sejauh manakah permainan politik Pembangkang akan berjaya untuk memenangi hati kerajaan Indonesia kononnya atas nama prikemanusiaan sejagat.

P/s : Dulu ada sorang Adun Selangor langgar lari seorang budak Melayu. Sampai sekarang tak tau apa ceritanya.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...