Sunday, November 17, 2013

#PemilihanSemulaUMNO : Saingan Sengit Merebut Jawatan Timbalan Ketua #UMNO Bahagian #Setiawangsa #1Malaysia @NajibRazak @TengkuAdnanReal


Perebutan 3 penjuru jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa yang terpaksa dijalankan semula pada hari semalam (Sabtu) 16 Nov 2013, telah memberikan keputusan yang agak mengejutkan para perwakilan.

Sidang mesyuarat telah dimulakan pada jam 10 pagi di Dewan Tun Dr Ismail, PWTC semalam dengan kehadiran seramai 342 orang perwakilan daripada 364 orang jumlah sebenarnya.

Pertemuan 3 penjuru antara Shuib Ibrahim, Datuk Seri Abd Halim Samad dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Azmi Badarudin. Secara ringkas keputusan seperti di bawah ;-

Jumlah undi dikeluarkan dan dikembalikan - 341

01 Shuib Ibrahim - 165
02 Datuk Seri Abd Halim Samad - 165
03 Azmi Badarudin - 8

Undi rosak - 3


Kiraan undi terbuka telah dilakukan sendiri oleh Setiausaha Kerja UMNO Wilayah Persekutuan, Tn Hj Kamaruddin Hassan di hadapan para perwakilan selepas selesai sesi pengundian.

Bagaimanapun keputusan seri antara calon 01 & 02 akan dibawa ke Badan Perhubungan UMNO Negeri Wilayah Persekutuan untuk diputuskan sama ada diadakan semula Pemilihan Semula ataupun Ketua Bahagian akan membuat keputusan memilih salah seorang antara kedua-dua calon.


P/s : Buat 2 jawatan je la. Timbalan I & Timbalan II lagi mudah daripada nak melayan si polan ni kem sini dan si polan tu kem sana
.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...