Full Width CSS

1Malaysia Spiritual Tourism City Projek Yang Tak Pernah Diluluskan Kerajaan Negeri & Persekutuan #1Malaysia #Banjir

Desas desus yang berkeliaran di kalangan masyarakat khususnya mereka yang tkdak terlibat dengan banjir di Kuantan adalah mengenai banjir di sana disebabkan faktor 1Malaysia Spiritual Tourism City (1MST).

Untuk makluman semua pihak, dakwaan mengenai cadangan projek ini memang tidak pernah diluluskan oleh kerajaan negeri Pahang mahupun kerajaan Persekutuan.

Banyak pihak mengambil pendekatan mempercayai dakwaan sesetengah pihak kononnya disebabkan projek tersebutlah berlakunya banjir buruk di Kuatan, Pahang. Amat malang sekiranya rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai sumber rujukan yang hanya di hujung tidak memanfaatkan penggunaannya.

Berikut adalah respon pihak yang boleh dirujuk untuk isu ini.

MAKLUMAN 1 :
Pencerahan mengenai '1Malaysia Spiritual Tourism'
Maklumat saya terima drpd senior saya, Tuan Haji Hamidzun utk dikongsi bersama
----------------------
Saya telah mendapatkan penjelasan isu tokong ini dr datuk shakar, exco kerajaan negeri. Beliau memaklumkan projek ini tidak pernah diluluskan kerana tidak sesuai dibina di negara ini

MAKLUMAN 2 :
Isu 1MST (1Malaysia Spiritual Tourism) City:

1MST City takkan berlaku. Kelulusan tanah kepada syarikat asal bagi tujuan pembangunan bercampur telah ditarik balik.

Penjelasan ringkas:

1. Kerajaan Negeri luluskan tanah 250 ekar kepada Waras Mekar (WM) bagi tujuan pembangunan bercampur (rumah, kedai). Tiada kaitan langsung mahupun isu dengan 1MST

2. Waras Mekar cari beberapa potential JV. Antaranya Enchant Acres (EA) yg nak buat 1MST tu, tapi tiada persetujuan. Ia di luar pengetahuan Negeri

3. Bila 1MST dipublish online, WM buat laporan polis

4. MB buat kenyataan akhbar semasa Mesyuarat MMK menjelaskan ktidaksahihan 1MST

5. Semasa sidang DUN Nov lalu, MB sekali lagi terangkan dalam DUN, dan isytihar tanah yang diluluskan kepada WM ditarik balik

Pada pendapat peribadi saya, isu ini sengaja ditimbulkan kerana Pembangkang ingin mengalihkan isu banjir di Kuantan adalah berpunca daripada janji-janji yang dicapati oleh mereka sendiri terhadap penduduk di sana.

Tahun 2008, penduduk Kuantan ditipu kononnya YB Fuziah akan membantu kebajikan penduduk Kuantan ke arah yang lebih cemerlang.

Dalam tempoh menjelang PRU13 baru- baru ini, berlaku banjir di Kuantan dan ketika itu banjirnya tidak seteruk yang dialami hari ini. Janji PKR pada PRU13, mereka berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut dan kemenangan diperolehi oleh YB Fuziah.

Tapi hari ini apabila berlakunya kejadian banjir besar yang menenggelamkan 60% Kuantan, Ahli Parlimen tersebut menyalahkan pelbagai pihak kononnya lambat menghantar bantuan kepada mangsa banjir sedangkan ketika itu beliau berada di Parlimen untuk berbahas.

Rentetan kegagalan YB Fuziah, maka muncullah cerita kononnya banjir tersebut berpunca daripada projek 1MST.

P/s : mengaku je lah kesilapan diri, jangan tuding orang lain pula.

Sent from Yahoo Mail on Android

Post a Comment

0 Comments