Tuesday, December 10, 2013

#1Melayu : #UMNO Atau Cina #GERAKAN Yang Harus Mohon Maaf? #1Malaysia @NajibRazak

Jika para pembaca mengikuti ucapan perbahasan oleh wakil negeri Pulau Pinang semasa Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang lepas pastinya ada mendengar kenyataan 1 Melayu harus menggantikan 1 Malaysia daripada Datuk Musa.

Ternyata ucapan Datuk Musa telah disalah ertikan oleh Gerakan yang diketuai Pengerusi Negeri Pulau Pinang, Oh Tong Keong dan bagi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican pula menegaskan parti itu tak perlu melatah hanya kerana saranan 1 Melayu.

Penulis sendiri sebagai perwakilan pun memahami apa yang disuarakan oleh Datuk Musa. Beliau memaksudkan 1 Melayu itu lebih kepada mesej penyatuan orang-orang Melayu dalam lingkungan sesama Melayu. Bukannya nak Melayukan semua perkara dan meminggirkan kaum lain.

Ucapan tersebut harus dilihat dari semangat pada hari persidangan itu sendiri kerana keseluruhan ahli akar umbi mahu mempertahankan kepentingan dan memartabatkan UMNO dan Melayu.

Datuk Reezal mempersoalkan kebijaksanaan Gerakan yang seakan-akan terikut dengan rentak Pembangkang. Padahal seharusnya, Gerakan harus mendengar dan meneliti keseluruhan ucapan sebelum mengeluarkan kenyataan.

Beliau turut mempersoalkan sikap agresif Gerakan hari ini yang sengaja mencari populariti daripada dalam UMNO padahal banyak lagi isu-isu yang boleh diperjuangkan mereka di Pulau Pinang khususnya. Sebagai contoh isu peruntukan kerajaan negeri untuk orang Islam di Pulau Pinang ataupun mereka boleh mempertahankan maruah kakitangan awam yang digelar sebahai kucing kurap oleh DAP.

Pada hemat penulis, parti-parti di dalam Barisan Nasional perlu menunjukkan sikap toleransi dan persefahaman yang tinggi seperti yang telah dipupuk begitu lama oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.

P/s : macam cuba halakan kalah PRU hari tu pada UMNO je

Sent from Yahoo Mail on Android

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...