Full Width CSS

Agak-Agaklah Sikit SPAD !! @NajibRazak @AduanSPAD #1Malaysia

12 Disember 2013

KENYATAAN MEDIA
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

KENAIKAN KADAR TAMBANG LRT

Kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berhubung kenaikan kadar tambang Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dirasakan tidak membebankan agak janggal apabila realiti sebenarnya pasti bakal membebankan pengguna.

Warga Kuala Lumpur merupakan pengguna yang paling terbeban secara langsung akibat kenaikan kadar tambang ini. Ia tidak termasuk lagi dengan cadangan kenaikan tarif cukai pintu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kenaikan kadar elektrik (TNB) yang sudah pasti terpaksa dihadapi oleh warga kota.

Sudah sampai masanya Kabinet memikirkan dan mendalami masalah serta bebanan yang terpaksa dipikul oleh warga kota apabila ada kenaikan seperti ini dilakukan oleh syarikat milik kerajaan.

Saya berharap agar pihak SPAD mencari inisiatif lain bagi menanggung kos operasi khidmat LRT.

Dalam pada masa yang sama, pihak berwajib haruslah mencari formula yang lebih efektif bagi menggalakkan orang ramai terutama warga Lembah Klang menggunakan perkhidmatan awam yang sedia ada dengan kadar tambang yang lebih murah.

Keberkesanan formula dan pendidikan kepada rakyat akan memberikan hasil positif buat semua pihak dan secara tidak langsung masalah kesesakan jalan raya pada waktu kemuncak dapat dielakkan.

Oleh yang demikian, saya bagi pihak warga kota mendesak cadangan kenaikan tambang LRT ini ditangguhkan sementara sehingga ianya benar-benar dirasakan relevan untuk dilaksanakan.

Dalam pada masa yang sama, saya menyeru agar tidak ada lagi 'mimpi ngeri' ditimbulkan kepada warga Kuala Lumpur yang melibatkan kos hidup mereka.

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

Sent from Yahoo Mail on Android

Post a Comment

2 Comments

  1. akupun tak taulah apa jenis silap mata yg pihak berkepentingan ni sebut. kenaikan harga tambang lrt tak akan membebankan, ehh...macam pelik je. serupa apa yg pihak berkepentingan sebut bila tarif elektrik naik tahun depan juga tidak membebankan. poyo punya statement. kalau dah duit dalam poket kene keluar lebih, dengan tebal wallet makin tak seberapa (tebalpun sebab banyak kad kredit, bisnes kad org bagi dan resit2 belum bayar..etc) TENTULAH MEMBEBANKAN!!!! apa daaaaa.....puiiii.

    ReplyDelete
  2. buat demo lah..bila dah jadi berita utama kat berita atau surat khabar baru lah kerajaan nak ubah fikiran..jangan lah kerana isu2 sebegini undi lari kat pembangkang..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..