Full Width CSS

Ahli Majlis Tertinggi #UMNO Gesa Kerajaan Prihatin Dengan Rakyat Dan Kotakan Janji Manifesto PRU13 #1Malaysia @NajibRazak


Dah macam² pihak bersuara mengenai ketidakpuasan hati mereka mengenai kenaikan kadar tol di seluruh negara yang didesas-desuskan sebelum ini sehingga menyebabkan rakyat menjadi keliru dengan pelbagai berita serta kenyataan dari kerajaan terutamanya.

Kenaikan harga tol yang diumum kerajaan jelas merungsingkan dan menimbulkan rasa tidak puashati pelbagai pihak termasuk mereka yang mewakili rakyat. Pemimpin sama ada dari Barisan Nasional (BN) dan pembangkang sehaluan meminta kerajaan untuk mengkaji semula kadar kenaikan tersebut.Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan juga merupakan Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican berkata akujanji BN sebelum ini yang menjanjikan kos sara hidup rakyat sebagai agenda utama yang akan diberi perhatian oleh kerajaan.

“Cadangan kenaikan kadar tol ini wajar dikaji semula secra menyeluruh kerana kenaikan dalam apa jua kuantum akan menyukarkan rakyat. Dalam konteks tol secara spesifik BN telah menjanjikan kepada rakyat di bawah tajuk ‘Pembangunan Infrastruktut Bertaraf Dunia dan Pembangunan Luar Bandar’ untuk mengurangkan bayaran tol bandar secara berperingkat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau merayu dan mencadangkan kepada kerajaan serta Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menilai dan meneliti semula kenaikan tol ini bersandarkan dengan akujanji yang pernah dinyatakan sebelum PRU 13.

Beliau memandang serius beban dan tekanan yang dihadapi rakyat dan menggesa Kementerian Kerja Raya untuk mengkaji semula perjanjian bersama syarikat konsesi yang terlibat.

“Kesemua lebuh raya yang terlibat dengan kenaikan ini bakal memberikan implikasi keewangan harian kepada pengguna bandar sama ada di Lembah Klang juga di Pulau Pinang. Rasionalisasi susbsidi mesti dilakukan dengan berhati-hati agar ianya tidak membebankan pengguna dalam apa jua keadaan,” katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments