Full Width CSS

@Ibdil Tunggu Tahun 2014, Baru Mula Kerja? #1Malaysia #UMNO @Khairykj @NajibRazak


Sebenarnya malas la nak tulis pasal cerita budak UMNO sorang ni yang tak berapa pandai buat kerja untuk Pergerakan Pemuda tapi jari ni asyik gian je nak menaip. Sementara saya duduk di bangku hospital, menunggu isteri saya di dalam wad. Saya cuba ambil kesempatan untuk menaip di dada henpon ini.

Hakikat sebenarnya saya tak suka membalun orang UMNO pasal prinsip saya dan penulisan dalam blog ini diwujudkan bukan untuk menjatuhkan sesama kita tetapi lebih kepada menangkis fitnah & memperbaiki fikiran pembaca dengan pandangan lain atau 2nd opinion berbanding dari informasi yang tidak berguna dari sebelah Pembangkang.
Ibdil yang saya kenali sebenarnya seorang yang mempunyai visi dan idea yang agak bukan Melayu. Itu 1st impression saya apabila saya bertemu dengan beliau secara tidak sengaja di Riverside, PWTC.

Dalam pertemuan tersebut, saya menawarkan kepada beliau untuk bertemu dengan sahabat-sahabat bloggers dari seluruh negara yang akan turun berhimpun pada Perhimpunan Agung UMNO 2013. Saya boleh arrangekan sebab saya pernah berbuat demikian sebelum ini dengan pemimpin UMNO juga. So alang-alang bloggers dah ada di Kuala Lumpur, maka ianya lebih mudah kerana Ibdil tak perlu mengeluarkan kos yang banyak selain daripada belanja bloggers ni minum & makan malam di tempat tertentu.

Nak dijadikan cerita, with very interested face maka si Ibdil kata i'll let you know bro. Beliau berulang kali cakap benda yang sama. So pada saya, saya dah jalankan tanggungjawab untuk memperkenalkan bloggers kepada beliau.

Nak dijadikan cerita lagi, 3 hari selepas itu si Ibdil pun keluarkan statement yang tak berapa pandai. Beliau kata apabila beliau take over cyberstroopers semua takkan menerima sebarang elaun dan lain-lain lagi. Lantaklah benda yang dikata tu betul ker tak. Tapi kita (bloggers) terperangkap dengan persepsi orang lain ketika itu.

Selang sehari selepas itu, Ibdil pun meminta maaf kepada semua pihak yang terasa dengan kenyataan kurang cerdik daripadanya sebab desakan soalan bertalu-talu masa ditemuramah ketika itu.

Kemudian esoknya pula, saya tak sengaja saya bertemu dengan beliau lagi semasa Perhimpunan tersebut. Beliau memberitahu saya, kenyataan tersebut adalah sebahagian daripada strategi beliau. Ohhh strategi, i see.

Bro, i would like to let u know lah one thing.

1st, hang buat statement yang agak konsisten dan hanya cyberstroopers UMNO saja mengamuk &ada la 2 3 orang bloggers luar pun luahkan pendapat mereka termasuk dengan Helen Ang dan Mazidul Akmal.

2nd, hang pi minta maaf pula. Kalo hang kata ini strategi, maka tak perlulah minta maaf. Dengan pengakuan kesalahan, menunjuk kata hang memang mengaku silap buat kenyataan. Bukanlah kerana hang terasa didesak time intebiu tu.

So bagi saya, Ibdil ada kalanya bijak dan ada kalanya kurang bijak. Saya tak tau siapa orang di belakang beliau yang menjadi penasihat untuk hal ini. Saya harap orang tersebut bukanlah orang yang hanya tahu menasihat tetapi tidak tahu berpolitik.

Hari ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mendapat mandat rakyat Malaysia pada 5 Mei 2013 lepas telah teruk diserang teruk dari pelbagai pihak termasuk daripada kalangan pengundi BN sendiri. Jika sebelum ini, apabila sesuatu institusi atau jabatan kerajaan diserang, bloggers dan cyberstroopers akan dibekalkan dengan 'bullet' berfakta benar untuk dicounter semula isu yang diperdebatkan.

Dalam keadaan begini, bloggers terpaksa mencari fakta sendiri bagi membantu kerajaan daripada ditembak dengan pelbagai jenis peluru dari semua pihak. Apa yang kelihatan, seakan-akan media cyberstroopers yang berjumlah hampir 1,000 orang gagal berfungsi dengan baik. Kenapa?

Jawapannya mudah bagi saya..

'Kerana Pengerusi Biro Media Baru (BMB) akan memulakan tugas berkuatkuasa pada 1 Januari 2014 atau selepas daripada tarikh tersebut'

Tiadanya kesedaran kepada Ibdil untuk memikirkan jalan keluar bagi mempertahankan kerajaan BN. Saya berpendapat Ibdil hanya memikirkan dirinya sudah glamor untuk membuat kerja-kerja sebegini. Ataupun Ibdil masih lagi berada dalam kepompong selesa untuk dirinya ataupun Ibdil bukanlah fighter UMNO.

Semasa pertemuan pertama saya dan Ibdil, beliau ada memberitahu akan membuat road tour ke seluruh negara bagi mendekati para penggiat maya ini, tapi sehingga ke hari ini masih senyap je. Takda perkembangan pun rasanya sebab saya merupakan blogger yang paling hampir dengan beliau di Wilayah Persekutuan ini.

Saya ingin memuji tindakan Biro di bawah Saudara Armand yang TAK PAYAH tunggu tahun 2014 untuk memulakan kerja. Dapat jawatan terus rembat sampai Kuantan dan pelbagai tempat lain bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Itu tindakan yang harus dipuji, at least beliau ada inisiatif untuk terus melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

Sebagai seorang ahli UMNO yang mula mengenali politik semenjak berusia 4 tahun daripada bapa saya, saya tidak mempunyai masalah jika Ibdil merasakan saya blogger yang tidak akan berada dalam feberet list BMB nanti. Kerana seperkara yang Ibdil perlu tahu, tanpa BMB pun saya akan tetap menjadi blogger dan target saya bukan mahu mengejar populariti bersama Khairy ataupun Ibdil. Tapi saya menfokuskan kemenangan BN pada PRU-PRU akan datang.

Ibdil, kalo hang tak suka entry ni. Lantak pi lah.

Semoga Allah merahmati perjuangan UMNO & BN. Amin. 

Post a Comment

5 Comments

  1. He he he ... Klu macam tu bukan kurang bijak! Itu BEBAL namanya!

    ReplyDelete
  2. It's reality bro. Bdk umno hari ini gila glemer. Aku sokong artikel mcmni. Berani bertempat.

    ReplyDelete
  3. Kulit tebal, kepala bebal

    ReplyDelete
  4. apa la yang bedil bodoh tu tau pasal media baru? kj pun satu hal jugak, bagi orang jaga media baru yang langsung tak paham pasal internet. #IbdilLoser

    ReplyDelete
  5. Mamat ni jiwa melayu dia takde sangat. Apa dia kisah, kalau jatuh ke tangan PR pun dia dh memang senang...

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..