Tuesday, December 24, 2013

KANTOI : MoF Jawab Fitnah @RafiziRamli PEMBOHONG ! #1Malaysia



Hebat juga blog Rezqeen Hill kerna dipilih sebagai blog teratas sekali dalam senarai fitah PR berhubung isu penjualan aset negara jika Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri (memang takkan jadi).

Setelah 2 3 hari Rafizi sibuk membuat pelbagai pembongkaran kononnya berlaku penjualan aset negara bagi menampung hutang negara. Di bawah ni jawapan balas MoF kepada fitnah Rafizi Lembu.

Penjualan aset kerajaan dan pensekuritian hutang kerajaan bukanlah satu-satunya cara untuk kerajaan mengukuhkan kedudukan kewangannya, kata Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).Dalam Rancangan Malaysia Ke-10, kerajaan komited untuk mengurangkan paras defisit fiskal daripada 5.4 peratus pada 2010 kepada 3.0 peratus pada 2015 dan seterusnya mencapai bajet berimbang pada 2020.

Sasaran ini akan dicapai menerusi konsolidasi fiskal kerajaan, kata MoF sebagai membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli berhubung penjualan aset kerajaan dan pensekuritian hutang kerajaan.

Kementerian berkata penjualan tanah menerusi inisiatif pengewangan aset kerajaan bertujuan memajukan tanah berkenaan serta membangunkan kawasan persekitarannya.

"Inisiatif pengewangan aset kerajaan ini telah dilaksanakan sejak 2008.

"Langkah ini telah merangsang lebih banyak penglibatan agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan sektor swasta dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara," kata MoF dalam satu kenyataan Selasa.

MoF berkata aset kerajaan dipindah milik pada harga pasaran dengan penilaian dilakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah.

"Sebelum sebarang penjualan tanah dilaksanakan, pandangan dan persetujuan daripada agensi pengguna akan diperoleh terlebih dahulu mengenai perancangan penggunaan tanah tersebut.

"Penjualan tanah ini tidak akan dilaksanakan sekiranya agensi tersebut tidak bersetuju atau mereka mempunyai perancangan untuk membangunkan tanah tersebut," katanya.

Kementerian itu berkata pengewangan aset merupakan aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan bagi menjana aktiviti ekonomi.

"Sebagai contoh, tanah kerajaan United Kingdom di Canary Wharf, London yang dijual kepada sektor swasta untuk dibangunkan sebagai hab kewangan antarabangsa.

"Langkah yang sama juga dilaksanakan oleh kerajaan Singapura dan Hong Kong," katanya.

Berkenaan pensekuritian hutang kerajaan pula, MoF berkata langkah ini dilaksanakan bagi mewujudkan modal pembiayaan tambahan untuk pinjaman perumahan penjawat awam.

"Hasil pensekuritian hutang kerajaan bukan merupakan sumber utama hasil Kerajaan Persekutuan kerana ia hanya mencakupi 1.9 peratus daripada jumlah hasil Kerajaan Persekutuan.

"Pensekuritian hutang adalah satu aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh bank-bank komersil sebagai satu strategi pembiayaan," katanya.

Sementara itu, MoF berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh Rafizi mengenai maklumat di atas adalah berdasarkan Laporan Malaysia Economic Monitor (MEM) yang dikeluarkan oleh Bank Dunia pada 1 Dis 2013.

"Untuk makluman, sumber maklumat dalam penerbitan MEM tersebut diperoleh daripada Laporan Ekonomi 2013/2014 dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013/2014 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

"Kedua-dua laporan tersebut telah pun dibentangkan di Parlimen pada 25 Okt 2013.

"Oleh itu, cadangan untuk mengadakan satu sidang Parlimen tergempar seperti yang diuar-uarkan dalam media bagi membincangkan isu ini tidak berbangkit," katanya.

MoF menasihati semua pihak supaya meneliti laporan yang dibentangkan di Parlimen sebelum membuat tuduhan yang tidak berasas, demi kebaikan bersama.

P/s : dah banyak fitnah Rafizi buat dan macai PR menyokong saja seperti lembu dicucuk hidung apabila Rafizi membuka isu tapi apabila kes tersebut didapati tipu, Rafizi takda pula tarik balik kenyataan dan mohon maaf.


1 comment:

  1. Apa nak hairan...ketua dia pun kaki pembohong dan putar belit... tu pasal ler sampai hari ni tak berani nak cium hajarul aswad...

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...