Full Width CSS

Khidmat LRT Dilanjutkan Sempena Sambutan Tahun Baru #2014 #1Malaysia @NajibRazak @ShahrilMokhtar @MyRapidKL #NewYear #Guling-GulingMacamTenggiling


Secara lazimnya Prasarana akan mengumumkan lanjutan perkhidmatan LRT dan Monorel jika terdapat aktiviti ataupun sambutan festival yang diadakan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur. Tak perlu tunggu himpunan haram ataupun yang sealiran dengannya.

Jika sebelum ini, khidmat harian LRT dan Monorel akan tamat sekitar jam 12 tengah malam tetapi untuk sambutan Tahun Baru 2014 malam ini, perkhidmatan LRT dan Monorel akan dilanjutkan sehingga jam 2 pagi 1 Januari 2014.

Ia bagi memudahkan orang ramai terutamanya untuk menuju ke destinasi masing² sebelum dan selepas sambutan diadakan dengan lebih mudah dan cepat tanpa perlu terjebak sama di dalam kesesakan jalan raya.

Untuk makluman juga, tidak semua stesen LRT akan beroperasi sehingga jam 2 pagi. Namun para pengguna, boleh merujuk pada poster di atas ataupun poster² yang diletakkan pada stesen² LRT dan Monorel untuk makluman dan rujukan bersama.


Berikut laluan bas yang dilanjutkan perkhidmatan pada malam ini.

Laluan U64 : Taman Sri Muda – Pasar Seni Hub
Laluan U66 : Taman Medan – Pasar Seni Hub
Laluan U68 : Sri Manja / Sentosa - Pasar Seni Hub
Laluan U70 : Puchong Prima - Pasar Seni Hub
Laluan U88 : Kota Damansara – Pasar Seni Hub
Laluan U22 : Sri Nilam - Jalan Hang Lekiu (Lin Ho)
Laluan U40 : Terminal Kajang - Mydin Sinar Kota, Jalan Tun Perak
Laluan U23 : Taman Melawati - Lebuh Ampang via MINDEF
Laluan U224 : Bandar Dato Senu - Kotaraya
Laluan U6 : Taman Jasa Utama - Medan Pasar

Perkhidmatan bas bagi laluan² di atas akan dilanjutkan selama 30 minit selepas tamat perkhidmatan LRT dan Monorel pada jam 2 pagi.

Jika pengguna ingin akses ataupun makluman yang lebih cepat dan tepat. Sila LIKE & FOLLOW..

Facebook RapidKL
Twitter @MyRapidKL

Untuk sebarang makluman tambahan ataupun pertanyaan, sila hubungi ;-

Azhar Ghazali 
019 383 7865
Prasarana Senior Vice President Communication & Media Affairs


P/s : Jangan lupa topap kad Touch n Go. Tak perlu beratur panjang².

Post a Comment

0 Comments