Saturday, December 21, 2013

Sungguh Meragukan Bila Ada Pihak Kata Populariti @NajibRazak Menurun? #1Malaysia


Ukuran populariti seseorang pemimpin tidak boleh hanya semata-mata bersandarkan pandangan koresponden secara rambang sebaliknya perlu dilihat kepada sejauhmana keupayaan dan keberkesanan sesebuah kerajaan itu meningkatkan kualiti hidup rakyatnya.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, ada kalanya kerajaan yang memerintah terpaksa memilih jalan untuk tidak popular dalam sesuatu perkara.
"Apabila tindakan itu tidak popular, sedikit-sebanyak akan mencetuskan rasa kurang senang kepada segelintir pihak yang kemudiannya membuat penilaian secara rambang bahawa kerajaan itu tidak disenangi rakyat secara keseluruhannya," katanya.

Tafsiran secara rambang itu jelas beliau, tidak semestinya memberi gambaran secara kolektif terhadap tahap keupayaan serta sokongan sebenar rakyat terhadap kerajaan yang memerintah.

"Contohnya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sering didakwa sebagai tidak popular tetapi ia tetap berupaya melindungi kepentingan dan masa depan rakyat negara ini," tegasnya.

Oleh sebab itu jelas beliau, kajian yang dibuat oleh sesetengah pihak bahawa populariti Najib telah jatuh menjunam terlalu subjektif dan tidak memberi jawapan tepat terhadap kajian tesrebut.

"Memang tidak dinafikan penilaian dibuat menerusi soal selidik secara rambang tetapi justifikasinya tidak seharusnya mencerminkan realiti sebenar terhadap tahap kepimpinan Najib," ujarnya.

Tambah Syed Ali, sebahagian besar rakyat negara ini masih lagi memberikan sokongan kepada kepimpinan Najib walaupun pada sesuatu isu rakyat kurang senang dengan tindakan yang dibuat oleh kerajaan.

Menurut beliau, kepimpinan Najib yang berteraskan kepada kepentingan semua kaum tetap menjadi sandaran kepada rakyat di negara ini.

"Rakyat berhak menyuarakan bantahan terhadap beberapa isu seperti kenaikan harga keperluan asas dan kerajaan pula bersedia mendengar kritikan mereka dengan berusaha mencari jalan penyelesaiannya demi kepentingan kedua-dua pihak.

Katanya, keadaan itu bukan bermakna rakyat perlu menukarkan kerajaan secara tidak demokratik sepertimana yang dianjurkan oleh parti-parti pembangkang menerusi politik jalanan.

"Selaku Perdana Menteri, Najib telah berjaya melakukan yang terbaik untuk rakyat tanpa mengira perbezaan kaum menerusi transformasi dalam pelbagai sektor," katanya.

Beliau mengulas laporan pusat kajian Merdeka Center yang mendapati populariti Najib kalangan pengundi menjunam 10 mata kepada 52 peratus dalam bulan Disember berbanding Ogos tahun ini.

Laporan kajian tersebut telah disiarkan menerusi portal berita pro-pembangkang,malaysiakini.com.

Data berkenaan merekodkan tahap populariti Najib yang paling rendah sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada September 2009.

Laporan itu turut menyebut populariti Perdana Menteri direkodkan paling banyak merosot di kalangan pengundi masyarakat India iaitu sebanyak 19 peratus – 76 peratus pada Ogos lalu dan kini menjunam kepada 57 peratus.

Bagaimanapun, populariti Najib hanya merosot sedikit di kalangan pengundi tanpa capaian Internet – sebanyak lima peratus sahaja berbanding pengundi tanpa capaian Internet dengan kadar kemersosotan lebih dua kali ganda sebanyak 12 peratus.

Mengulas lanjut, Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO/BN Wilayah Persekutuan berkata laporan kajian berkenaan masih boleh diragui terutama berhubung tahap sokongan pengundi bukan Melayu terhadap kepimpinan Najib.

"Jika diambil kira kepada keputusan PRU ke-13, ternyata peratusan sokongan pengundi Cina amat tinggi terhadap parti pembangkang terutama DAP," katanya sambil menambah pengundi India dilihat bukan ancaman besar kepada BN.

Bagaimanapun beliau mengalu-alukan kajian yang dibuat oleh Merdeka Center kerana laporan tersebut mungkin boleh digunapakai dalam usaha mengemaskan pendtabiran Perdana Menteri.

"Pandangan yang baik boleh diambil tetapi tidak bermakna kajian itu secara keseluruhannya tepat," jelas beliau.

1 comment:

  1. Patut2 lah... Jgn sampai PRU14 baru nak menyesal!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...