Full Width CSS

Tahniah Buat Sahabat Blogger DrMiM #1Malaysia @NajibRazak @KhairyKj @DrNovandri

Sekalung tahniah diucapkan kepada pejuang siber Dr. Novandri yang menerima penghargaan dan anugerah khas daripada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pagi ini.

Anugerah tersebut disampaikan sendiri oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin kepada Dr Novandri sebagai menghargai sumbangan serta perjuangan beliau yang terpaksa diharungi dengan penuh ranjau dan jalan berliku ketika kempen PRU 13 yang lepas.

Untuk makluman, Dr Novandri merupakan ahli UMNO Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan begitu aktif dengan program-program kemasyarakatan Pemuda terutama dalam bidang perubatan samada di peringkat Bahagian, Negeri mahupun Nasional.

Kemuncak kepada perjuangan yang hampir tamat untuk beliau adalah ketika mengalami kemalangan jalan raya yang nyaris mengorbankan nyawanya serta seorang sahabat blogger lain (MPP Online) semasa dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur untuk satu tugasan khas.

Semoga dengan penghargaan kepada Dr Novandri, ia akan membuka mata lebih banyak pihak terhadap pejuang-pejuang Cyber yang berperang tanpa mengira masa dan tempat bagi memartabatkan perjuangan UMNO demi Agama, Bangsa & Tanah Air.

Mantap !!

Sent from Yahoo Mail on Android

Post a Comment

1 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..