Thursday, January 31, 2013

Gambar Yang Pasti Anwar Tak Suka #1Malaysia #bn4wp


Gambar diambil semasa program Perdana Menteri Bersama Orang Muda Kedah & Pelancaran Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) di Alor Star, Kedah.

Lagi akan menyusul nanti.

#BL1M Diserbu di Himpunan Anak Muda Kedah @umbkl @SHEBMALAYSIA @NajibRazak





Orang ramai menyerbu kaunter pendaftaran BL1M yang dibuka di tapak Karnival Himpunan Anak Muda Kedah Bersama PM sejak dari pagi tadi sebaik sahaja kaunter mula beroperasi.

Keadaan ini membuktikan Anak Muda Kedah bersama-sama kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Pelbagai program menarik telah disusun sepanjang berlansungnya karnival tersebut diantaranya Kaunter BN Youth Job Fair, pameran agensi-agensi kerajaan, sukaneka, Bicara Cinta oleh Ana Rafali, Ustaz Ashraf dan Ustazah Nazirah dan macam-macam lagi.

Karnival ini bermula dari 30/1 hingga 2/2/2013 bertempat di Kompleks Sukan Sultan Abdul Halim. Alor Setar, Kedah. Perasmian oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, January 29, 2013

UMNO Sudah Bersiap Sedia Tawan Kelantan #1Malaysia

UMNO Kelantan sudah mengambil tindakan susulan bagi 'merealsasikan' 7 projek utama yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri najib Tun Razak ketika lawatan ke Kelantan baru-baru ini. Pengerusi Badan Perhubungannya Datuk Seri Mustafa Mohammad berkata antara tindakan awal dilakukan ialah mengenal pasti tapak untuk pembinaan projek perumahan rakyat dan pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM).



"Beberapa janji dibuat Perdana Menteri sudah pun kita mula ambil tindakan umpamanya tapak untuk membina 1,000 rumah rakyat membabitkan 2.4 hektar tanah telah dikenal pasti termasuk peruntukan dan insya-Allah akan dilaksanakan.

"Untuk UiTM pula, 5.6 hektar sudah pun ada tanahnya dan sedang dirunding harganya dengan tuan tanah tersebut, jadi tindakan sudah diambil," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Awal Persekolahan RM100 Tahun 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Lanas semalam.
Perdana Menteri semasa melancarkan Program Jelajah Janji Ditepati peringkat Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu pada 20 Jan lalu, mengumumkan tujuh projek besar untuk memajukan Kelantan.

Antara janji itu adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, membina masjid terbesar yang bakal menjadi ikon di negeri ini, stadium baharu, 3,000 unit perumahan rakyat dan pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu].

Kesian @tantawi100 Terpaksa Membodohkan Diri Kerana Politik #1Malaysia #TolakPR #TolakFitnah


Tidak hairan jikalau penutur di atas adalah Ketua Umum PGayR, Anwar Ibrahim, yang mempunyai dendam kesumat dengan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Apabila penutur di atas diambil dari seseorang yang diangkat Ustaz, maka lidah menjadi kelu.

Beginikah persepsi seorang yang bergelar Ustaz terhadap orang lain. Dalam hatinya sentiasa memandang buruk dan hina terhadap orang lain. Dalam jiwanya sentiasa iri hati melihat orang lain berbuat kebaikkan sedangkan dirinya tidak berbuat apa-apa kebaikkan.

Apa Kata Hasan Ali Mengenai Hal Pemecatan Ust Nasha #1Malaysia #TolakPR



Potensi YB Ust Nasharudin Mat Isa telah lebih awal dikenalpasti oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor dan atas kehendak beliau yang diluluskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat, Ust Nasharudin dalam usia yang masih muda telah diberi amanah menjawat jawatan antara yang terpenting dalam PAS iaitu sebagai Setiausaha Agong.

Al-Marhum Dato Fadhil Nor sebagai Presiden parti telah berusaha menggilap batu permata PAS tersebut sehinggalah dengan itu Ust Nasharudin dengan jarak masa yang agak pendek berjaya menduduki kerusi Timbalan Presiden Parti Islam itu.

Monday, January 28, 2013

Account @rafiziramli Kena Hack? #Puitt Tipu Lah !! #1Malaysia #TolakPR #TolakFitnah


Come on Rafizi.

Janganlah takut kerana benar dan berani kerana salah.

Apa ni, baru terdengar khabar berita Menteri Pertahanan, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi akan kemukakan saman fitnah ke atas Rafizi Ramli Lembu, dengan pantas Rafizi pun keluarkan kenyataan yang STANDARD digunakan oleh pencacai Pakatan yang mendokong perjuangan LGBT ni.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salah guna dana Angkatan Tentera Malaysia," - Rafizi Lembu

Hebat betul Rafizi berani lawan kes dengan Zahid Hamidi di mahkamah. Dalam hal ini berkemungkinan Rafizi akan menggunakan kenyataan bahawa segala apa yang dikeluarkan sebelum ini merupakan fitnah dan kenyataan di Facebook dan mungkin di Twitter bukanlah datang daripada dirinya.

Wahhh terlalu mudah bagi Rafizi untuk melawan kes tersebut dengan Zahid Hamidi.

KENYATAAN AKHBAR KEM DALAM NEGERI - AKTIVITI PENDAFTARAN WARGA ASING OLEH SYARIKAT PARADISE LINK/LINX SDN BHD

KENYATAAN AKHBAR


KEMENTERIAN DALAM NEGERI
mengenai
AKTIVITI PENDAFTARAN WARGA ASING OLEH SYARIKAT PARADISE
LINK/LINX SDN BHD
25 JANUARI 2013


1. Kementerian Dalam Negeri tidak pernah melantik Syarikat Paradise Link/Linx Sdn Bhd atau mana-mana syarikat untuk menguruskan Proses Pendaftaran PATI/ Program Khidmat Imigran. Aktiviti yang dilakukan oleh syarikat tersebut adalah urusan syarikat itu sendiri dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan Kementerian ini. Dengan itu, pihak majikan dan orang awam adalah diminta supaya tidak terpedaya dan tidak berurusan dengan syarikat tersebut.

2. Pihak Kementerian memandang serius akan perkara ini dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang cuba menggunakan nama Kementerian untuk mengutip duit daripada orang ramai. Pihak majikan dan orang ramai diseru supaya tampil ke Kementerian dengan bukti-bukti atau membuat laporan polis sekiranya ada syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan sedemikian.

Carta Yang Tak Mahu Diperakui Oleh @anwaribrahim #puitt #1Malaysia @NajibRazak


Sunday, January 27, 2013

Sindrom Akut Duit Yang Teruk Melanda PAS Pis Pus #1Malaysia #TolakPR



''Pas kasi duit kita undi la'' 

Ini yang dikatakan oleh kaum india di parit buntar kisah yang berlaku pada PRU12 dengan taktik melipat bahagian dalam ke luar bagi menampakkan apa yang diundi oleh mereka bagi memastikan mereka mengundi Pas .Antara taktik yang didedahkan kepada kami iaitu menunjukkan syarat jari kepada wakil Pas disitu untuk kepastian benar-benar mengundi mereka.

Muslimah PAS Kebanggaan Sejagat #1Malaysia #puit








Perdana Menteri @NajibRazak & Rombongan Selamat Tiba Di Kuala Lumpur #1Malaysia #SaveGaza

Kepulangan wira negara, Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongan disambut di KLIA pagi ini.

Perdana Menteri disambut kira-kira 500 rakyat Malaysia diketuai oleh bekas Perdana Menteri merangkap Pengerusi Yayasan Perdana, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tahniah kepada wira-wira negara yang telah bersama-sama menabur bakti di Palestin.

Update via My BlackBerry® Smartphone Powered By Barisan Nasional

OKU Ada Kuota Khas PPR Bukit Jalil @RajaNongChik @NajibRazak #1Malaysia #BN4WP


Sebanyak 584 pemohon termasuk golongan orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan bapa tunggal menerima surat tawaran bagi penempatan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Jalil.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, penyerahan kunci akan dilakukan pada 1 Februari ini sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Saturday, January 26, 2013

Fuyo0o Katak Gergasi RM130 Sekilogram


Orang ramai sekitar daerah ini gempar apabila seorang ahli perniagaan mempamerkan dua ekor katak gergasi seberat hampir 2 kilogram (kg) setiap seekor yang didakwa ditangkap sekitar kawasan hutan di Gerik, Perak.

Katak besar dipercayai spesis Lithobates Catesbeianus yang didakwa terbesar dan terberat di Malaysia setakat ini, memeranjatkan orang ramai berikutan turut mempunyai saiz panjang melebihi 40 sentimeter .

Katak berwarna hijau itu ditawarkan kepada orang ramai yang berminat untuk membelinya pada harga RM130 sekilogram.

Ahli perniagaan berkenaan, Low Yin See, 45, berkata, dia memperoleh dua ekor katak gergasi itu daripada lelaki Orang Asli yang berjaya menangkapnya berhampiran sebuah sungai di Gerik minggu lalu.

Menurutnya, katak berkenaan adalah spesis katak paling besar yang pernah ditemuinya sejak menjadi peniaga haiwan eksotik di Pasar Jalong, di sini, lebih 10 tahun lalu.

“Biasanya saiz katak yang dibekalkan kepada saya hanyalah sekitar 100 gram hingga 200 gram seekor. Namun, katak gergasi ini mencecah berat hampir 1.8 kg.

“Berat katak ini amat luar biasa dan sukar dipercayai. Ramai yang teruja dan ragu-ragu namun akhirnya percaya selepas mendapati katak berkenaan bergerak-gerak,” katanya.

Dia mendakwa katak itu yang hidup di tebing sungai dengan memakan ikan dan udang hanya aktif pada waktu malam saja.
“Katak ini biasanya boleh ditemui pada bulan Disember dan Januari,” katanya ketika ditemui.

Terdiam Nik Aziz Apabila @NajibRazak Berada Di Gaza #Pray4Gaza



Tika Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan anggota rombongannya sedang berada di Semenanjung Gaza, Palestin bagi memenuhi jemputan rasmi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan undangan peribadi daripada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.


Jemputan dari Mahmoud Abbas itu disampaikan kepada Dato' Seri Najib pada 3 Disember 2012 melalui Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah. Manakala undangan daripada Ismail Haniyeh diterima pada 11 Disember 2012.


Akhirnya 22 Januari 2013 sekitar 4.40 petang waktu Malaysia, Dato' Seri Najib dan anggota rombongannya tiba di Semenanjung Gaza, Palestin. Turut serta ialah isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor.


Buat julung kalinya lagu NegaraKu berkumandang di Palestin sebagai meraikan detik bersejarah itu, sesuatu yang agak membanggakan ramai rakyat Malaysia setelah berpuluh tahun negara ini menjadi rakan setia menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi keganasan Israel.


Tapi bagi segelintir penyokong pembangkang khususnya dari PAS dan PKR, mereka melihat keberanian PM melawat Palestin hanyalah satu propaganda politik untuk mencapai kelebihan sempenan PRU 13. Samada dalam media sosial seperti facebook, twitter, portal mahupun di dunia nyata itulah yang mereka perkatakan.


Ada sebabnya mereka memfokuskan hal demikian, salah satunya bertujuan untuk menghalang perhatian umum daripada mengimbas kembali kenyataan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang pernah berikrar untuk menjamin dan menjaga keselamatan negara Israel.


Bagi sebahagian besar rakyat negara ini pula, mereka melihat langkah berani Dato' Seri Najib memijak bumi Palestin khususnya Semenanjung Gaza sebagai sejarah besar yang tidak mungkin dilupakan, lebih-lebih lagi baru sahaja 2 bulan yang lalu rakyat negara itu diancam kekejaman tentera Israel.


Lagipun keprihatinan Dato' Seri Najib dengan nasib umat Islam di wilayah bergolak sudah terbukti keikhlasannya. Dan ini bukanlah kali pertama Dato' Seri Najib sanggup berdepan dengan risiko kehilangan nyawa di wilayah yang sedang dilanda keganasan perang. 


Sekitar Disember 2009 dulu, PM juga pernah mengambil risiko yang sama apabila melawat Selatan Thailand bagi mengusahakan rundingan gencatan senjata diantara anggota pemisah Selatan Thai dengan Kerajaan Thailand, sekalipun tika itu letupan bom dan serangan hendap masih belum reda.


Sedangkan Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pun pernah mengakui ketakutannya untuk memijak bumi Selatan Thai kerana bimbang terkena tembakan. Nampak sangat kebaculannya. Memalukan.


PAS yang sering menanam semangat perjuangan kepada ahli dan penyokongnya untuk mengejar ganjaran mati syahid, sedar tak sedar rupa-rupanya pemimpin utamanya sendiri tak sanggup menempuh risiko demikian kerana takut mati syahid serta terlampau sayangkan pangkat dan darjat duniawi.


Sedangkan UMNO yang saban hari dituduh anti Islam dan tidak Islamik oleh PAS, namun para pemimpinnya tidak pula dilanda gundah atau ketakutan untuk menempuh cabaran besar kehilangan nyawa dan syahid tatkala membantu umat Islam di wilayah yang sedang bergolak. Inilah perbezaan nyata antara pemimpin UMNO dengan PAS.

Troopers PR Terpaksa Menyebelahi Israel Asalkan Dapat Malukan @NajibRazak #1Malaysia #TolakPR


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya semalam, menafikan lawatan kemanusian beliau ke Gaza kelmarin adalah cubaan untuk masuk campur tangan Palestin. Lebih dari itu, Najib telah pun menghubungi Presiden Palestin, Mahmod Abbas untuk memaklumkan kehadiran beliau di Gaza sebelum itu.

Justeru tidak timbul persoalan bahawa Mahmod rasa terhina dengan lawatan tersebut kerana Najib sudah memaklumkan beliau terlebih dahulu. Najib bukan bodoh.

Friday, January 25, 2013

Dah Chelshit Tak Hebat, Ditendang Pula Budak Kutip Bola @rizalmanmokhtar @adi_marwan @MazniM @pemudaumnoptjy @razlanrafii #puitt



Teruk betul pemain Chelshit ni hahaha..

Apabila @zunarkartunis Pun Sibuk Berpolitik, Maka Terpalit Kebodohan Di Jendulnya #1Malaysia #TolakFitnah

Mungkin sibijak Zunar Kartunis tidak tahu cerita asal disebalik projek ini.

Untuk pengetahuan, melalui PEJ BAHAGIAN UMNO LEMBAH PANTAI, mereka telah mendapatkan dana untuk menampung kos baik pulih yang menyebabkan runtuhan dinding di tanah perkuburan ini.

Rasanya memang tak salah kalau papan tanda itu menulis ia adalah daripada usaha Dato Raja Nong Chik dan Pejabat UMNO Lembah Pantai. Dengan siapa lagi penduduk itu nak berharap, sedangkan YANG BERBOHONG NURUL IZZAH pun tak ambik KISAH tentang kejadian ini.

Troopers PR Biadap Permainkan Gambar Arwah Adik Faris #1Malaysia #TolakPR #TolakFitnah


Pemilik laman Facebook, 'Janji Dicapati' didapati memaparkan komen berikut ...


Berikut gambar digunakan untuk merujuk komen di atas.


Bantahan dikemukakan oleh pembaca status bergambar di laman sama. Mengapa? Kerana pemilik akaun Janji Dicapati tidak bersikap sensitif apabila berkongsi informasi berhubung politik.

Hemat saya, jika dia menulis dan bertujuan untuk mengutuk pemimpin atau parti mana sekalipun demi memperjuangkan agenda politik, dia harus mengambil kira dan menjaga perasaan individu tidak berkaitan dengan misi diatur.



Dalam kes ini, Faris tidak berkaitan dengan isu dibangkitkan oleh Janji Dicapati. Saya juga percaya pemilik laman Facebook itu tidak langsung mengenali anak kecil di atas. Janji Dicapati tidak berpeluang melihat dan berkongsi kesedihan ditempuh oleh keluarga anak kecil comel itu sebelum dia pergi meninggalkan kita semua.

Untuk pengetahuan semua, anak lelaki sahabat saya, Shamrulismawi Ismail, Faris telah meninggalkan dunia pada 23 Februari 2012, klik di sini.

Ribuan rakyat Malaysia turut menghulurkan sumbangan untuk membantu anak kecil itu agar terus hidup ketika dirawat di hospital.

Baca lagi sini.

Bukti Bergambar Hadi Awang Pernah Galas Senapang Di Gaza #1Malaysia

Setakat Najib pi Gaza pegang tangan tanda sepakat dengan pemimpin Palestin, jangan nak bangga sangatlah wahai troopers BN.


Di bawah ni bukti Haji Hadi Awang lebih hebat daripada Najib. Presiden PAS ni hebat menggalas senapang untuk menjadi mujahid di Palestin.
















Thursday, January 24, 2013

Porsche Cayenne Milik Pesuruhjaya PAS Perlis Ditaja? #1Malaysia #TolakPR

Penulis baru je beberapa minit tadi online di Twitter, borak dengan sahabat yang penyokong tegar PAS. Penulis pun bertanyakan apa pendapat beliau tentang ADUN PAS di Perlis yang pakai Porsche Cayenne, marah pula dia kat penulis. Ni penulis print screen kenyataan dia:


Senang je kan penyokong PAS jawab, bukan duit bapak penulis jadi apa yang nak kecoh. Tapi cuba bayangkan kalau pemimpin UMNO, macam dulu Rafizi kecoh anak Nazri Aziz pakai hummer, tu dia puak PAS ni lah jerit RASUAH RASUAH.. haha..

Lepas tu penulis tanya la kat dia, macam mana dia tau x rasuah..dia pulak tanya kita balik mana kita tau dia rasuah..tapi bab kalau fitnah pemimpin UMNO rasuah memang hebat.. tanya ada bukti, x boleh nak jawab..nah tengok lagi gambar dibawah..

Ok lah, penulis pun dah x tahan nak gelak..lepas tu die keluar kenyataan ni pulak:


Oh rupa nya disponsor Porsche Cayenne tu, boleh pula di sponsor ke sane sini..Rafizi dulu pun tuduh anak Nazri Aziz dapat kereta dari pada ape ntah Chia nama mamat tu, tapi PAS kata tak boleh, tapi tang depa boleh pulak?

Hmm rakyat nilaikan lah sendiri.

p/s : penulis padam twitter sahabat penulis sebab x baik aibkan orang walaupun dia selalu kata penulis ni x cerdik..xpalah korang je orang PAS cerdik, lain semua tak cerdik.

Sumber : KL Chronicle

Panas Puak PR Lihat Gambar @NajibRazak Di Gaza Bertebaran #1Malaysia


Ustaz Nasha yang juga ahli Majlis Syura Pas menjadi pegawai pengiring kepada YAB PM. 

Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh berdoa dihadapan bangkai kereta Almarhum Ahmed Al-Jaabari yang terbunuh akibat dibom oleh Israel.

Melihat gambar orang kuat PAS yang berada disisi Perdana Menteri DS Najib Razak membuatkan golongan Pro-Anwarinas bagaikan cacing kepanasan... sudah pasti rancangan untuk menyingkirkan bekas Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa daripada parti itu akan menjadi kenyataan nanti....

Dibawah ugutan dari blogger Pro-Anwarinas yang mahu Ustaz Nasha di pecat dari parti PAS dengan segera kerana risau ianya akan memberi implikasi besar sebelum pilihanraya.


Petikan dari blogger hamPAS wasukalu.com 

Terdahulu Nasharudin tampil mengeluarkan kenyataan agar parti itu mengkaji semula kedudukan dalam Pakatan Rakyat selepas mendakwa DAP secara konsisten menentang pelaksanaan undang-undang Islam yang dicadang PAS.

Sejak isu tersebut tercetus, mereka tidak henti-henti berusaha dengan memberi pelbagai tekanan kepada golongan ulama yang menggangotai masjlis syura untuk memecat Nasharudin.

Bagaimanapun tekanan berkenaan tidak berhasil biar pun mereka dikatakan meminta bantuan seorang pemimpin kanan PKR bertemu dengan seorang pemimpin kanan PAS.

Ustaz Nasha juga hampir dipecat gara-gara mengiringi DS Najib ke Mekah.

Kali ini kita tunggu dan lihat... apakah nasib yang akan berlaku selepas Ustaz Nasha pulang ke Malaysia nanti...

Salam #MaulidurRasul 1434H


“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
(al Ahzab: 21) “Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.” (al Qalam: 4)

Wednesday, January 23, 2013

Cuma Nak Tanya Skit @PMOMalaysia, Apa Tindakan Jika Pembangkang Fitnah @NajibRazak

Saya cuma nak bertanya, apa tindakan PM Office jika Perdana Menteri difitnah oleh Pembangkang? 


Semakin hari makin banyak fitnah dan penipuan yang dilakukan oleh Pakatan Pembangkang. Apa yang mereka lakukan hanyalah semata-mata untuk mengaburi mata rakyat bahawa merekalah yang terbaik dalam dunia. Mereka sanggup lakukan apa saja demi mendapat sokongan rakyat walaupun hanya dengan berbuih mulut.

Baru-baru ini hanya semata-mata untuk mengelakkan diri dari kesalahan yang dilakukan oleh kaum sekutu mereka, Nik Aziz seorang ulama' yang pada zahirnya disanjungi oleh puak PAS sanggup MEMFITNAH YAB Perdana Menteri DS Najib Tun Razak. Artikel tersebut boleh rujuk DI SINI

Apa yang ingin ditegaskan di sini kenapa sehingga hari ini pihak PM Office masih berdiam diri, janganlah berdiam diri. Pegawai yang dipertanggungjawab menjaga perihal YAB Perdana Menteri harus bertindak secara matang dan berani untuk mengutarakan perkara yang sebenar.

Kereta Nik Aziz Transform Dari Proton Perdana Kepada Vellfire #ZuhudLahSangat #TolakPR



Dulu rakyat dimomokkan dengan video sedey penderitaan kedaifan kesusahan kebiasaan pemimpin utama di Kelantan iaitu Menteri Besarnya yang hidup seperti orang biasa dengan menggunakan kereta Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi.



Serius, nak menangis tengok video kat atas ni. Tak sangka kehidupan Nik Aziz begini rupanya. Tapi yang diceritakan tu rumah nya sendiri, kediaman rasmi Menteri Besar takkan takda kan? Huhu..



Lain pula nombor plat kereta Proton Perdana di atas dengan di bawah ni, ingatkan dia tukar color rupanya tukar baru. Uk alohhh



Tapi saya sendiri tidak sampai hati melihat kereta jenis di bawah yang disyaki sebuah kereta Proton Perdana yang telah dimodified menjadi sebuah kereta Mercedes S Class yang serba mewah.





Apa yang mengkagumkan saya, kereta Mercedes tersebut disyaki telah dimodified lagi menjadi MPV, Vellfire pula.

Gila gempak weihhh, kat Kelantan ada ker kedai modified kereta gini?

Nak try gak dari kereta Viva ambo jadi Aplhard pun ok dah hehe.

Divide & Rule : Strategi Anwarinas #1Malaysia #TolakPR

Dalam kemelut perdebatan khalimah Allah yang dicetus oleh Pakatan Pembangkang, satu lagi peristiwa penghinaan kepada agama dilakukan demi kepentingan politik PR.

Dalam isu penggunaan khalimah Allah, ternyata DAP menunjukkan mereka konsisten kepada keputusan yang diambil apabila Majlis Tertinggi Pakatan Pembangkang, bersetuju untuk memberikan kebenaran penggunaan khalimah Allah kepada semua agama.



Ini diulangi apabila Karpal mendesak Hadi untuk mengkaji semula keputusan Majlis Syura, manakala Lim Guen Eng pula tidak mahu mengulas keputusan Majlis Syura dan menggangap kekal dalam keputusan yang diambil oleh Pakatan Pembangkang.

Tuesday, January 22, 2013

Budak Peliharaan Mak Lampir Yang Dibenci Oleh PR Ampang #TolakPR


Seperti yang dijanjikan semalam yang bertajuk Siapa Pulak Mamat Muka Macam Adam Adli Ni?, saya akan menceritakan siapa sebenarnya mamat yang dalam bulatan pada gambar di atas ini.

Nama : Adam Rosly
Umur : 26 tahun
Pendidikan : SPM

Apa yang saya akan coretkan di sini merupakan sumber yang diberikan oleh kepimpinan PR Ampang sendiri yang tidak berpuas hati dengan mamat di atas ini. Tak perlulah saya mention sama ada parti PKR, PAS ataupun DAP sebab yang pentingnya, ketiga-tiga parti ini memang haprak.

Berbalik pada story asal, inilah ceritanya.

Ada seorang tokoh korporat yang berstatus 'Tan Sri' telah berniat ikhlas untuk memberikan sumbangan peribadi untuk pembangunan & maintenance sebuah Masjid di dalam kawasan Lembah Jaya, Ampang. Sumbangan yang disampaikan Tan Sri tersebut tidak sampai jutaan RM tapi bagi rakyat seperti saya, jumlah RATUSAN RIBU RINGGIT itu memang banyak.

Untuk info, Lembah Jaya terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di mana wakil rakyatnya terdiri daripada wakil PAS iaitu Kassim Abd Aziz dan Parlimennya pula dipegang oleh PKR, Zuraidah Kamaruddin.

Adam Rosly bersama ADUN Lembah Jaya Kassim Abd Aziz, ADUN Cemapaka, Ir Iskandar Abd Samad dan Mak Lampir

Al kisahnya bermula apabila duit sumbangan Tan Sri terbabit telah diselewengkan secara senyap oleh seorang budak mentah yang berusia awal 20an dan tidak mempunyai kerjaya dan kelulusan. Yang menjadi persoalannya, menurut sumber di Lembah Jaya. Si mamat Adam Rosly ni mempunyai beberapa buah kenderaan mewah yang secara logiknya memang tidak harus ada oleh seseorang yang tinggal di Apartment Projek Perumahan Rakyat di sana.

Duit yang diselewengkan Adam Rosly ini sememangnya diketahui oleh ADUN Lembah Jaya yang merupakan master mind dan perancang utama. Duit yang sepatutnya digunakan untuk tujuan mulia telah disalah gunakan untuk tujuan peribadi. Sungguh memalukan lagi apabila si Adam Rosly menggunakan wang haram tersebut untuk tujuan beli undi bagi menyandang jawatan sebagai Ketua Pemuda PAS Ampang. Secara logiknya, memang mamat ni tak boleh menanglah sebab dia sendiri tidak mempunyai ground personal touch dengan penduduk di sana.

Atas rasa keprihatinan yang tinggi terhadap mamat yang mendukung LGBT ini, opss terbuka cerita episode lain pula.

Continue semula, dek kerana tidak berjaya mendapatkan jawatan dalam PAS, ADUN Lembah Jaya si Kassim tadi tu pun mengesyorkan Adam Rosly melompat ke dalam PKR kerana masih ada ruang dan peluang untuk Adam Rosly ni menempatkan diri dia di dalam kepimpinan PKR Ampang.

Dengan izin dan green light daripada Zuraidah a.k.a Mak Lampir yang memegang tampuk kepimpinan PKR di Ampang maka pelan yang dirancang oleh ADUN Lembah Jaya pun berjaya di dalam PKR. Dengan kadar segera tiba-tiba mamat ni dilantik pula memegang jawatan selaku Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan restu Mak Lampir.


Secara tidak langsung dengan perlantikan ini, Mak Lampir telah berjaya meletakkan Adam Rosly pada kedudukan jawatan tertinggi dalam PKR Bahagian Ampang dan sekali gus memangku terus jawatan selaku Pembantu Khas Mak Lampir, perghhh pantas.

Timbul rasa tidak senang di kalangan ahli-ahli dan orang-orang PR di sana yang seakan-akan tidak diiktiraf pengorbanan mereka menaikkan Mak Lampir di Ampang pada PRU yang lepas. Sudahlah banyak kali Mak Lampir buat hal di Ampang, mereka pula banyak cover tingkahlaku buruk YB ini dengan pelbagai alasan. Ini termasuklah semasa terjadinya banjir kilat di Ampang dan Hulu Langat di mana Mak Lampir gagal membantu penduduk di sana sehingga menyebabkan UMNO dan BN turun padang menyelesaikan masalah tersebut.

Adam Rosly seperti yang diberitahu sumber saya, dia merupakan proksi kepada 2 orang wakil rakyat yang tamak iaitu ADUN Lembah Jaya & YB Parlimen Ampang.

Ada lagi sambungannya. Tunggu.

PR Cuba Fitnah Troopers BN #1Malaysia #TolakFitnah #TolakPR

Barangkali troopers Pembangkang sudah kehabisan modal untuk berjihad menentang kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini. Inilah yang terjadi apabila mereka telah mengeluarkan risalah kononnya yang direka oleh para troopers BN.

Saya tak berminat nak ulas lanjut mengenai risalah ini kerana dari apa yang kita ketahui memang si pelaku merupakan individu yang dikenali dan tiada cara untuk dirinya menafikan akan kesahihan bukti berbentuk video yang menjadi hits di Malaysia dan negara² Asia.

Kalo bukti bergambar tu boleh di edit tapi bukti video ni berkemungkinan 90% - 99% adalah sahih.


Saya terpaksa edit gambar risalah di atas ini atas tujuan mulia. Saya tidak mahu para pembaca blog ini terjebak dengan dosa kerana melihat Anu+War berbogel. So maka nya saya terpaksa meletakkan belalai gajah sebagai pemahaman bersama.

Kalo tak paham apa maksud belalai tu, pi tanya Anwar~

Muka² Mahasewel Yang Terlibat #KL112 @khalednordin @PDRMsia

Monday, January 21, 2013

Ops Kantoi Kerajaan Selangor Sebarkan Tuduhan Membabi Buta #1Malaysia #Air #TolakPR



Berikutan gangguan bekalan air tidak berjadual di Kuala Lumpur dan Gombak ekoran kegagalan rumah pam Wangsa Maju yang berlaku pada 29 Disember 2012, SYABAS telah dilemparkan dengan berbagai-bagai dakwaan dan tuduhan khususnya oleh Kerajaan Negeri Selangor sepanjang berlakunya gangguan bekalan air ini.


Tuduhan 1

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi kenyataan media pada 9 Januari 2013 telah menuduh SYABAS tidak menyelenggarakan sistem Variable Speed Drive (VSD) di rumah pam Wangsa Maju secara berkala (periodically preventive maintenance) kerana mendapati SYABAS tidak mempunyai sebarang kontrak penyelenggaraan berkala dengan pembekal VSD.

Dakwaan ini adalah tidak benar kerana kerja-kerja penyelenggaraan di rumah pam ini dibuat secara berkala yang dilakukan sendiri oleh kakitangan SYABAS dalam kekerapan sekali setiap bulan.

Dalam hal ini, jika semasa kerja penyelenggaraan berkala dan kakitangan SYABAS mendapati terdapat keperluan mendapatkan khidmat pakar termasuk alat ganti, pihak SYABAS akan melantik pihak pembuat dan pembekal VSD tersebut iaitu ABB Malaysia Sdn. Bhd. berdasarkan keperluan (case to case). Jadual penyelenggaraan ini juga dihantar kepada SPAN.


Tuduhan 2

Menteri Besar turut menyebut bahawa insiden ‘pump tripped’ bukan disebabkan kegagalan VSD kerana ia merupakan sistem pintar yang menerima maklumat dari luar seperti keadaan motor, pam, getaran dan suhu.

Dakwaan Menteri Besar ini juga tidak benar kerana sistem VSD merupakan sebahagian daripada komponen penting di dalam sistem rumah pam ini, justeru insiden ‘pump tripped’ juga mempunyai kaitan dengan operasi VSD.

Sekiranya mana-mana komponen sistem mengalami kerosakan akibat sistem ini yang telah beroperasi melepasi kapasiti (overload), maka VSD tidak boleh dihidupkan.


Tuduhan 3

Menteri Besar turut menyatakan alat gantian pada sistem pam berkenaan boleh didapati dari China dengan menggunakan perkhidmatan kurier dan bukan hanya dari Finland seperti yang didakwa SYABAS.

Dalam hal ini, ingin dinyatakan bahawa SYABAS telah dimaklumkan secara lisan oleh pembekal berkenaan bahawa alat ganti didapati dari Finland. Walaupun begitu isunya adalah berapa lama alat ganti dapat diterima setelah dipesan.

Dalam kes ini, ada satu di antara alat pengganti mengambil masa dua setengah bulan untuk diterima.


Tuduhan 4

Menteri Besar turut mendakwa SYABAS gagal mengenalpasti kerosakan pam-pam di rumah pam berkenaan termasuk mendakwa siasatan mereka mendapati pam Nombor 2 telah rosak melebihi setahun dan tidak pernah dibaiki.

Punca sebenar kegagalan rumah pam adalah disebabkan beroperasi dalam keadaan yang ‘overload’ dalam tempoh lama. Kerosakan sebenar yang berlaku pada sistem rumah pam adalah disebabkan kerosakan pada komponen elektrik dan elektronik.

SYABAS mempunyai bukti dan terdapat dokumen yang merekodkan segala aktiviti di rumah pam dan ini termasuklah kerja-kerja penyenggaraan di rumah pam berkenaan.

Salinan dokumen ini telahpun diserahkan kepada pihak SPAN yang telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi menjalankan pengauditan terhadap kerja penyelenggaraan rumah pam tersebut.

Sementara itu, Pam No. 2 di rumah pam Wangsa Maju sering mengalami kerosakan pada sistem VSD. Setiap kali berlaku kerosakan, kerja-kerja pembaikan telah dibuat oleh pihak ABB selaku pembuat/pembekal VSD ini kerana kerja-kerja ini hanya boleh dilakukan oleh jurutera pakar dari syarikat tersebut.

Namun begitu, ia tidak dapat bertahan lama apabila kerosakan berulang dan sistem pam tidak berada dalam keadaan stabil kerana beroperasi dalam keadaan ‘overload’. Proses pembaikan yang berulang ini telah kerapkali berlaku dan ini telah mengambil masa yang lama.

Walau bagaimanapun, dalam tempoh tersebut, rumah pam berkenaan masih mengeluarkan air seperti biasa bagi menampung permintaan pengguna.



Tuduhan 5

Menteri Besar mendakwa bahawa sepanjang tahun 2012, hanya 18 hari sahaja pam-pam ini beroperasi melebihi 200 juta liter sehari (JLH).

SYABAS menafikan dakwaan ini kerana SYABAS mempunyai rekod dan statistik yang menunjukkan bahawa pam-pam di Wangsa Maju telah beroperasi melepasi 200 JLH sebanyak 2,023 kali sepanjang tahun 2012 dan bukan 18 hari seperti didakwa Menteri Besar.


Tuduhan 6

Menteri Besar juga mendakwa kerajaan negeri sudah mengetahui masalah kerosakan rumah pam Wangsa Maju dan pernah menegur SYABAS lebih awal, namun tindakan tidak dibuat.

Dakwaan Menteri Besar ini tidak benar kerana kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang teguran atau yang seumpamanya kepada SYABAS, sama ada bertulis ataupun lisan.


Tuduhan 7


Menteri Besar juga mendakwa permohonan SYABAS membangunkan sistem pengepaman tambahan baru di Wangsa Maju dibuat pada November tahun lepas dan disokong oleh Kerajaan Selangor pada awal tahun ini.

Dakwaan Menteri Besar ini tidak benar. Cadangan pembangunan sistem pengepaman tambahan di Wangsa Maju telah dimajukan kepada Kerajaan Persekutuan pada Jun 2009 diikuti dengan cadangan sama kepada Pejabat Menteri Besar Selangor pada Januari 2010.

Walau bagaimanapun tiada maklum balas diterima sehingga Mac 2012 apabila Kerajaan Persekutuan mengambil keputusan untuk meluluskan cadangan ini dan memberikan pinjaman kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi membiayai projek pembinaan rumah pam tambahan ini yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Dari Mac 2012 sehingga hari ini, pembangunan sistem pam tambahan oleh Kerajaan Negeri Selangor masih di tahap reka bentuk.


Tuduhan 8

Menteri Besar juga membuat dakwaan bahawa SYABAS memberi alasan tidak cukup duit untuk membaiki pam itu kerana tarif air tidak naik tetapi rakyat Selangor tidak mahu kenaikan tarif air. Kerajaan negeri menurutnya bersedia membaiki kerosakan rumah pam jika SYABAS tiada wang dan keupayaan.

SYABAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang menyebut bahawa SYABAS tidak mempunyai wang untuk membaiki pam itu kerana tarif air tidak naik. Ini adalah rekaan Menteri Besar sendiri.

Walau bagaimanapun, sekiranya kerajaan negeri selaku pemegang saham 30 peratus dalam SYABAS ingin membantu dengan menyediakan dana untuk penyelenggaraan alat-alat di rumah pam SYABAS, cadangan ini amatlah kami alu-alukan.


Tuduhan 9

Exco kerajaan negeri, Xavier Jayakumar juga dalam kenyataannya yang disiarkan dalam Sinar Harian turut mengatakan bahawa kerajaan negeri menganggap kelalaian SYABAS merupakan ‘pure negligence dan ‘criminal in nature’ dan menganggap gangguan bekalan air merupakan tindakan sabotaj dan reka cipta oleh SYABAS bagi memburukkan imej Kerajaan Selangor.

Menurutnya lagi, SYABAS tidak mampu membekalkan air kepada rakyat dan berpaksi semata-mata atas keuntungan dengan menaikkan tarif dari semasa ke semasa.

Sementara itu, ADUN Teratai, Janice Lee menuduh isu air dimainkan media kawalan Barisan Nasional (BN) bagi memburukkan Kerajaan Selangor sedangkan ia adalah kegagalan SYABAS. Gangguan bekalan air menurutnya adalah antara sabotaj UMNO-BN terhadap Kerajaan Negeri Selangor.


SYABAS menyangkal semua dakwaan di atas kerana:-

1. Kerosakan pada pam disebabkan rumah pam Wangsa Maju terpaksa beroperasi melebihi kapasiti reka bentuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memenuhi permintaan bekalan air. Kerosakan ini boleh berlaku dan telah berlaku walaupun disenggara secara berjadual sepanjang masa.

2. Isu kekurangan bekalan air terawat telah sekian lama dimaklumkan kepada pihak kerajaan dan diketahui umum dan menjadi satu tajuk perbincangan dalam beberapa tahun ini. Pihak Kerajaan Negeri Selangor sendiri memperakui kesahihan perkara ini dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Pemantauan Bekalan Air yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sejak Julai 2012 dan juga cadangan membina loji air dengan teknologi membran dan mengoperasikan semula loji air Bukit Jelutong. Oleh itu, tidak timbul isu gangguan bekalan air ini adalah sabotaj dan reka cipta SYABAS.

3. Isu kenaikan tarif yang diperuntukan dalam Perjanjian Konsesi SYABAS (walaupun sehingga kini kenaikan tarif masih ditangguhkan oleh kerajaan negeri) merupakan isu berasingan yang tidak berkaitan dengan kekurangan bekalan air terawat yang perlu ditangani oleh kerajaan negeri dengan menambah kapasiti loji rawatan air. SYABAS hanya pengagih bekalan air yang dibekalkan oleh operator loji rawatan air lantikan kerajaan negeri.

4. Isu SYABAS sengaja merekacipta krisis tidak timbul kerana tidak ada seorang pun yang waras akan tergamak melakukannya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan kepentingan orang ramai. Ia juga tidak logik kerana SYABAS terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi bagi menguruskan bekalan air alternatif kepada pengguna. SYABAS juga mempunyai rekod statistik yang menyokong kenyataan SYABAS tentang kekurangan bekalan air terawat. SYABAS telah menghantar maklumat tersebut kepada Kerajaan Negeri Selangor menerusi audit yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan juga kepada wakil-wakil kerajaan negeri dalam Lembaga Pengarah SYABAS.


Tuduhan 10

Xavier juga mengatakan pembekalan dan agihan air adalah tanggungjawab SYABAS dan bukan kerajaan negeri seperti termaktub di dalam perjanjian konsesi dan kerajaan negeri sedia menjadi saksi kepada pengguna memfailkan tuntutan terhadap SYABAS.

SYABAS menyangkal dakwaan ini dan menegaskan bahawa:-

1. Peranan dan tanggungjawab hakiki SYABAS yang diperuntukan dalam perjanjian konsesi adalah mengagihkan air terawat kepada pengguna dan mengutip caj bekalan air daripada pengguna berdasarkan tarif yang digazetkan oleh kerajaan.

2. Air terawat ini dijual dan dibekalkan oleh operator loji yang telah dilantik sendiri oleh kerajaan negeri untuk merawat air termasuk SPLASH, Konsortium Abass dan Konsortium Air Selangor yang mana Kerajaan Negeri Selangor mempunyai saham di dalamnya. Oleh yang demikian, SYABAS tidak bertanggungjawab dalam menentukan atau meningkatkan kapasiti loji rawatan air.

3. Daripada aspek penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti dan pembangunan baru sistem infrastruktur agihan air yang dikategorikan sebagai program CAPEX tertakluk kepada kelulusan SPAN yang merujuk kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan.

Seperti telah diketahui umum, kelulusan sebahagian besar dari program CAPEX ini telah dibekukan oleh SPAN atas arahan Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2008. Ini bermakna Kerajaan Negeri Selangor telah menghalang SYABAS daripada membuat kerja-kerja penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti, atau pembangunan projek-projek baru sistem infrastruktur agihan air ini.

4. Bagi memastikan operasi berjalan seperti ditetapkan dalam perjanjian konsesi, kenaikan tarif air perlu diselaraskan berdasarkan kepada perjanjian konsesi namun perkara ini telah ditangguhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. SYABAS walau bagaimanapun kekal mengurus operasi tanpa kompromi terhadap kualiti perkhidmatan dan penyenggaraan infrastruktur sistem agihan air. Kekangan yang dihadapi daripada pelarasan tarif hanya menyebabkan SYABAS terpaksa menangguhkan sebahagian pembayaran kos belian air dari operator loji.

5. Adalah tidak wajar bagi kerajaan negeri yang memegang 30 peratus ekuiti dan mempunyai wakil dalam Lembaga Pengarah SYABAS memberikan galakan kepada pengguna untuk memfailkan saman terhadap SYABAS sedangkan ketidakupayaan dan kekangan yang dihadapi oleh SYABAS adalah disebabkan oleh halangan kerajaan negeri daripada meluluskan projek-projek di bawah program penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti atau pembangunan baru (Program CAPEX) seperti yang dicadangkan.


Tuduhan 11

Xavier juga mendakwa bahawa isu air berlaku disebabkan keangkuhan SYABAS dan SYABAS tidak menghubungi SUK, Datuk Mohammed Khusrin Munawi bagi mendapatkan bantuan lori tangki dari PBT tetapi SYABAS meminta bantuan dari syarikat bekalan air dari luar.

1. SYABAS ingin menegaskan bahawa dalam mesyuarat harian Jawatankuasa Khas Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri dan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri atau wakilnya, perkara ini telah dibincang dan dibentangkan. Oleh yang demikian, tidak timbul isu SYABAS tidak meminta bantuan atau tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri. Oleh itu, kenyataan tersebut adalah tidak benar.

2. Walaupun dalam mesyuarat yang diadakan setiap hari, pihak SYABAS telah memaklumkan kepada kerajaan negeri tentang bantuan yang diperlukan bagi meringankan masalah yang ditanggung oleh pengguna, namun bantuan yang diterima tidak seperti yang diharapkan oleh SYABAS. Kerajaan Negeri Selangor menerusi pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), memulakan penghantaran bantuan 4 buah lori tangki hanya mulai 5 Januari 2013 iaitu selepas enam hari kejadian berlaku.

Berikutnya pada 7 Januari 2013 (enam buah lori), 8 Januari (empat), 9 Januari (empat), 10 Januari (dua), 11 Januari (10), 12 Januari (13), 13 Januari (10) dan 14 Januari (dua). Penghantaran lori-lori tangki daripada pihak PBT ini tidak tetap dan ada di antara hari-hari yang tiada lori dihantar kepada SYABAS.

Selain itu, bantuan yang dihantar oleh Kerajaan Negeri Selangor juga tidak menyeluruh kerana tidak menyediakan sukarelawan dan petugas untuk membantu mengangkat air ke rumah pengguna.

Sebagai sebuah negeri yang besar seperti Selangor sepatutnya lebih ramai petugas sukarelawan dan bantuan lori tangki dapat disediakan. Malahan sebahagian lori yang digunakan didapati tidak menepati piawaian kualiti air ditetapkan dan tidak sesuai digunakan untuk membekalkan air. Oleh itu, lori-lori tersebut terpaksa dihantar semula untuk proses cucian dan selepas diuji barulah boleh digunakan.


Tuduhan 12

Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin mendakwa SYABAS tidak mengambil kira perancangan jangka panjang dalam aspek penyenggaraan, sistem naik taraf, pemantauan berkala, sistem sokongan yang lebih efektif dan pengurusan berwibawa.

SYABAS menafikan kenyataan ini dan ia tidak benar kerana program penyenggaraan berkala rumah pam ini adalah sebahagian daripada program penyenggaraan tahunan peralatan infrastruktur sistem agihan air terawat yang dimajukan pada awal tahun setiap tahun kepada SPAN untuk kelulusan seperti termaktub di dalam Perjanjian Konsesi SYABAS. Laporan status kerja-kerja penyenggaraan pula dimajukan sekali dalam tempoh enam bulan kepada SPAN untuk pemantauannya.

Bagi kerja-kerja menaiktaraf, membaik pulih, mengganti dan pembangunan baru infrastruktur sistem agihan yang melibatkan program perbelanjaan modal (CAPEX), SYABAS telah dihalang daripada melaksanakannya apabila ia dibekukan oleh SPAN atas arahan Kerajaan Negeri Selangor sejak Julai 2008. Berikutan itu, SYABAS hanya dibenarkan untuk menjalankan kerja-kerja kritikal sahaja serta penyelenggaraan rutin, itupun selepas mendapat kelulusan SPAN. Dalam keadaan seperti ini SYABAS seolah-olah terikat tangannya dan tidak banyak yang mampu dilakukan akibat daripada arahan pembekuan ini.

Oleh itu, mendakwa SYABAS tidak mengambil kira perancangan jangka panjang adalah tuduhan yang tidak berasas dan tidak adil sama sekali.


Tuduhan 13

Menteri Besar turut mendakwa bahawa gangguan bekalan air membuktikan kegagalan projek penswastaan air kepada syarikat yang tidak berkelayakan dan kompeten.

SYABAS menyangkal dakwaan ini dan bertegas bahawa gangguan bekalan air adalah disebabkan kegagalan rumah pam yang telah beroperasi secara ‘overload’ dalam tempoh yang panjang disebabkan permintaan yang meningkat berterusan. Kegagalan rumah pam ini berfungsi adalah berkait dengan permintaan yang meningkat sehingga menyebabkan rumah pam terpaksa beroperasi melebihi kadar kebiasaannya sementara menunggu bekalan air terawat tambahan yang belum disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Kerajaan negeri atas alasannya sendiri tidak mahu menerima hakikat yang disokong oleh fakta-fakta bahawa negeri Selangor mengalami kekurangan dalam pengeluaran air terawat berbanding permintaan yang meningkat.


Tuduhan 14

Dalam keadaan yang sama, ADUN Teratai, Janice Lee mendakwa bahawa isu masalah air menunjukkan ketidakupayaan Puncak Niaga dan SYABAS mengendalikan pengurusan air kerana krisis ini bukanlah yang pertama kali berlaku di Selangor.

SYABAS menyangkal dakwaan ini dan menegaskan bahawa Menteri Besar sendiri dan Kerajaan Selangor telah dimaklumkan semenjak tahun 2005 lagi bahawa permintaan air terawat di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya meningkat iaitu pada kadar 3.5 peratus setiap tahun dan pengeluaran air dari kapasiti loji-loji yang sedia ada telah tidak mencukupi dan sememangnya ada di antara 34 loji sedia ada telah beroperasi melepasi kapasiti reka bentuk.

Keadaan bertambah buruk apabila rizab bekalan air yang tinggal pada masa ini adalah lebih kurang satu peratus sahaja. Kerajaan negeri bertanggungjawab menambah kapasiti rawatan air manakala di bawah Perjanjian Konsesi, SYABAS hanya dipertanggungjawabkan ke atas pengagihan air terawat kepada pengguna berdasarkan kuantiti yang dibekalkan oleh operator loji, syarikat konsesi yang dilantik oleh kerajaan negeri bagi merawat dan membekalkan air kepada SYABAS.

Kerosakan pada pam disebabkan rumah pam Wangsa Maju terpaksa beroperasi melebihi kapasiti rekabentuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memastikan pengguna mendapat bekalan air. Kerosakan ini boleh berlaku dan telah berlaku walaupun ianya disenggara secara berjadual sepanjang masa. Keengganan Kerajaan Negeri Selangor meluluskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan kelewatan dalam membangunkan sistem pam tambahan yang hanya diluluskan pada bulan Mac 2012 menyebabkan SYABAS terpaksa menguruskan rumah pam ini pada tahap ‘overload’ untuk memenuhi permintaan yang tinggi.

Selain daripada itu, tindakan terhadap Puncak Niaga adalah tidak adil sekali kerana Puncak Niaga tidak terlibat dalam isu ini, disebaliknya telah membantu dalam mengoperasikan loji Sungai Langat pada tahap ‘overload’ sehingga 520 JLH daripada biasa 470 JLH.


Tuduhan 15

Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin seperti disiarkan Sinar Harian mendakwa bahawa SYABAS gagal menyediakan back-up bekalan air yang mencukupi kepada penduduk dan SYABAS tidak mempunyai pelan kecemasan untuk mengatasi masalah ini.

Dakwaan tersebut tidak berasas kerana ‘back-up’ bekalan air wujud dengan adanya kapasiti rizab bekalan air terawat yang mencukupi. Pada masa ini, rizab kapasiti bekalan hanya sekitar satu peratus, jauh lebih rendah daripada paras selesa industri bekalan air (20 peratus).

Tanggungjawab bagi menyediakan rizab kapasiti bekalan air terawat yang mencukupi adalah kerajaan negeri, bukannya SYABAS. Situasi di kawasan Gombak dan Kuala Lumpur boleh dielakkan jika bekalan air terawat mempunyai rizab kapasiti yang mencukupi.

Pihak SYABAS telah menjalankan tanggungjawabnya seperti yang terkandung dalam perjanjian konsesi. Namun demikian dalam keadaan-keadaan tertentu, SYABAS tidak dapat mengelak daripada berlaku masalah yang mengakibatkan SYABAS tidak dapat menjalankan obligasinya dengan berkesan jika terdapat pihak lain tidak menjalankan tanggungjawabnya.

Misalnya jika berlaku pencemaran sungai akibat tumpahan minyak dan loji loji rawatan terpaksa berhenti operasinya, SYABAS tidak dapat menyalurkan air kepada pengguna.

Namun sebagai memenuhi tanggungjawabnya SYABAS terpaksa membekalkan air menerusi lori lori tangki bagi memastikan bekalan air sampai kepada pengguna.

Namun demikian bukanlah tanggungjawab SYABAS untuk membersihkan sungai daripada tumpahan minyak atau memastikan sungai tidak tercemar. Ia adalah tanggungjawab pihak Kerajaan Negeri Selangor.

Oleh itu, adalah tidak adil untuk meletakkan kesalahan ini kepada SYABAS jika dalam isu gangguan bekalan air berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri menjalankan tanggungjawabnya.

Apatah lagi kerana kerajaan negeri memiliki 30 peratus saham di dalam SYABAS tetapi membiarkan SYABAS berhadapan dengan segala kekangan tanpa menghulurkan sebarang bantuan, sebaliknya hanya mencari kesalahan dan kelemahan SYABAS semata-mata.

Sementara itu, semasa krisis ini berlaku, Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning telah diaktifkan oleh SYABAS pada 29 Disember 2012 j pada pukul 8 pagi.

Pelan ERP ini yang beroperasi 24 x 7 adalah sekretariat bertindak setempat bagi memantau dan mengurus bekalan bantuan air kepada pengguna yang menghadapi gangguan bekalan air.


Bekalan air dihantar kepada pengguna bagi kawasan gangguan kali ini diberikan melalui lori-lori tangki (86 buah) dengan jumlah penghantaran sebanyak 2,891 trip (sehingga 12 tengah hari 12 Januari 2013) dan 287 tangki statik. Walau bagaimanapun, keupayaan pelan tindakan kecemasan adalah terhad kerana mana-mana bekalan air tidak dirancang, direkabentuk dan dibina untuk kegagalan (designed not to fail).

Kesimpulan

Belum pernah terjadi keadaan sebuah kerajaan negeri menghalang kerja-kerja penambahbaikan perkhidmatan yang memberi manfaat kepada rakyat.

Kerajaan Negeri Selangor perlu memikirkan soal kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta meluluskan program-program yang dicadangkan oleh SYABAS untuk kebaikan rakyat. Sikap menyalahkan SYABAS yang memberikan perkhidmatan kepada rakyat tanpa memberikan bantuan yang sewajarnya selaku sebuah kerajaan adalah umpama baling batu sembunyi tangan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...