Saturday, May 18, 2013

#IniSemuaPoyo : @khalid_ibrahim Gagal Umum Exco Selangor #1Malaysia #TolakPR


Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan menolak desakan ahli-ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR supaya timbalan presiden parti Azmin Ali dilantik sebagai Exco kanan kerajaan negeri Selangor, menurut sumber-sumber parti itu.

Kemelut itu memaksa Khalid membatalkan pengumuman senarai exco kerajaan negeri yang dijadualkan berlangsung hari ini.

Friday, May 17, 2013

Karpal Singh Bantah Himpunan Guling Kerajaan #BarisanNasional #1Malaysia #TolakPR #Respect


Karpal Singh, Pengerusi DAP Kebangsaan telah membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee petang semalam bagi membantah rancangan kumpulan pro-pembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan dengan menggunakan kekerasan.

Katanya, rancangan untuk menggulingkan kerajaan dengan menggunakan kekerasan hanya akan membawa kemudaratan kepada negara dan mencetuskan kekecohan sehingga membahayakan orang ramai.

Wednesday, May 15, 2013

Dari Pembaca : Surat Terbuka Kepada #UMNO & #BarisanNasional #1Malaysia #TolakPR

UMNO yang dihormati, 

Merujuk kepada berita di http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/5/14/nation/20130514200718&sec=nation, Barack Obama surprises Najib with personal call over GE13 victory Tuesday May 14, 2013, saya amat berharap YAB PM, Datuk Seri Najib Tun Razak, amat berhati-hati dengan “talam dua muka” kerajaan Amerika Syarikat yang amat berbahaya, dan sekutu kuatnya, Britain-MI5/ Peranchis/Jerman/NATO. Kerana, CIA-US dari zaman Bush hingga ke Obama, telah dan masih menyokong Anwar dan terutamanya DAP, seperti yang dilapurkan di http://landdestroyer.blogspot.de/2013/05/us-pivot-toward-asia-trips-in-malaysia.html, US "Pivot" Toward Asia Trips in Malaysia, by Tony Cartalucci, May 8, 2013.

Oleh kerana, kaum Melayu dan Bumiputera terutamanya dari UMNO/BN amat membela YAB PM, maka Obama tahu dia telah kalah buat masa sekarang, dan di dalam keadaan huru-hara di Malaysia oleh pembangkang, sekarang Obama-CIA cuba pula bersandiwara seolah memihak kepada YAB PM. Tetapi saya percaya, mereka ini yang amat bencikan hak, identiti dan semangat nationalisme kaum Melayu dan Bumiputera lain, serta UMNO/parti Bumiputera lain serta Islam sebelum ini, tidak akan sewenang-wenangnya berganjak dari menyebelahi Anwar, DAP dan PKR, malah akan bermain sandiwara “talam dua muka” yang amat berbahaya kepada bangsa, agama dan Negara tecinta yang telah merdeka.

Obama/US-CIA/MI5-UK/Peranchis/Jerman/NATO dengan sewenangnya membunuh orang Islam di negara-negara Islam seperti Libya, Yemen, Pakistan, Iraq, Afghanistan dan Syria, samada dengan Drones ataupun penjajahan yang sungguh ganas seperti di Iraq, Libya dan Syria. Termasuk melatih dan mempergunakan pengganas-pengganas ‘jihad’ yang kononnya beragama Islam - bahkan saya percaya, pengganas Sulu di Sabah adalah dari biayaan CIA-US. Bahkan rejim-rejim boneka Barat ini seperti Arab Saudi-Qatar/Turki/Jordan/Afghanistan menghalalkan keganasan dan penjajahan Barat ini – maka penjajah Barat ini telah berjaya memecahbelahkan orang-orang dan negara-negara Islam. Di Malaysia, penjajah Barat ini juga amat berdendam dengan kehilangan kuasa syarikat minyak-gas mereka di Sabah dan Sarawak oleh Petronas, sejak Petronas ditubuhkan denagn begitu bijaksana oleh arwah bapa PM sendiri, YAB Allahyarham Tun Adul Razak Hussein. Di samping itu, pengkhianat Pembangkang terutamanya DAP dengan sekutu Baratnya, ingin mendapat satu lagi “Singapura” di Malaysia Timur yang amat kaya dengan minyak-gas, di masa hadapan.

Oleh kerana itu, segala langkah CIA-US/MI5-UK/Peranchis/Jerman/NATO mesti diteliti dengan penuh berhati-hati oleh YAB PM dan UMNO/BN. Saya juga percaya, sekiranya kita mengkaji sejarah CIA-US/MI5-UK yang ganas kepada “Dunia Ketiga dan pemimipin-pemimpin Kemerdekaan yang penuh semangat nationalism adalah satu kenyataan yang bukan konspirasi. Oleh kerana itu, saya cadangkan pusat perisikan Malaysia juga mempunyai para akademik dan pemimpin-pemimpin UMNO/BN/NGO (termasuk bekas pemimpin) yang benar-benar nationalisme sebagai penasihat.
Sekian, Wassalam.

Yang Ikhlas,
Noor Aza Othman
Germany

Saturday, May 11, 2013

Dah Lah Kalah #PRU13, Tapi Tak Serik-Serik Bantu Rakyat #1Malaysia #TolakPR #BarisanNasional #BetterNation @NajibRazak @rizalmanmokhtar


Mungkin kalau diikutkan nafsu, tak perlu lagi dah UMNO dan Barisan Nasional (BN) menonjolkan diri di kawasan-kawasan yang mereka tewas kepada Pakatan pada Pilihanraya Umum 13 (PRU 13) yang lepas.

Tetapi dek kerana sifat dan sikap toleransi serta mahu membantu rakyat itu yang menyebabkan UMNO & BN masih tetap bersama-sama rakyat walaupun tidak lagi dipercayai oleh rakyat untuk sementara waktu.

Tun Mahathir Melawat Datuk Seri Azizan Di Hospital #1Malaysia


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini meluangkan masa menziarahi bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

SPR Perlu Bertindak Tegas Terhadap Tohmahan & Fitnah Pembangkang #1Malaysia #TolakPR #TolakFitnah

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa bertindak tegas terhadap pihak yang melakukan fitnah yang boleh menjatuhkan imej badan berkecuali itu dalam menyelia perjalanan proses pilihan raya di negara ini.



Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, fitnah tersebut jika berterusan dibimbangi memberi kesan negatif kepada SPR dan mungkin terhadap Kerajaan Persekutuan yang dituduh secara tidak langsung terlibat dalam mengawal segala tindakan SPR.

Friday, May 10, 2013

Bertuahnya Orang Cina DAP Punyai Orang Melayu Yang Pemaaf #1Malaysia #TolakPR #Puiii



Batu api utama tak lain tak bukan ialah Anwar Ibrahim, dalam menghasut kononnya wujud pengundi hantu dalam sistem pilihanraya di Malaysia.

Beberapa kejadian menghambat Bangla pada pilihanraya dilakukan oleh penyokong-penyokong Cina DAP.

Ucapan Penghargaan Dato Seri @NajibRazak #1Malaysia #TolakPR


Kita baru sahaja menempuh satu proses demokrasi yang terbesar dan paling mencabar di negara kita. Di setiap kampung, pekan dan bandar, setiap rakyat telah berdebat, berkempen dan mengundi untuk masa hadapan negara. Saya amat berterima kasih dengan segala usaha yang telah dilakukan oleh semua pihak yang selama ini telah berusaha gigih dan berdiri teguh di samping saya dan parti. Dengan penuh tawaduk saya juga mengucapkan terima kasih kepada para pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada kepimpinan Barisan Nasional untuk terus mentadbir negara.

Sunday, May 5, 2013

#PRU13 : Saya Undi #BarisanNasional #1Malaysia #TolakPR #BetterNation


Saya tolak keganasan
Saya tolak LGBT
Saya tolak kemungkaran
Saya tolak pemesongan akidah
Saya tolak individu bernama Anwar Ibrahim
Saya tolak DAP parti racist
Saya tolak kerakusan kuasa PR
Saya tolak geng spender besar
Saya tolak hasutan

Saya yakini BN, Saya undi Barisan Nasional

Saturday, May 4, 2013

PRU13 : AWAS !! Handbill Berbentuk Perkauman Akan Diedarkan #1Malaysia #BetterNation #BarisanNasional


Kepada Pengundi dan Penduduk Lembah Pantai

Kami telah menerima laporan bahawa di hari terakhir kempen Pilihanraya ke-13, ada kumpulan akan mengedarkan dokumen yang menyentuh sensitiviti perkauman/keagamaan yang kononnya datang dari UMNO/BN atau kumpulan yang menyokongnya.

Kami ingin merekodkan dahulu penafian kami tentang perkara ini dengan menjauhkan diri dari perkara ini.

Barisan Nasional Lembah Pantai dan Raja Nong Chik telah menjalankan kempen yang bersih berdasarkan rekod perkhidmatan Calon Barisan Nasional dan Parti dengan penduduk dan pengundi Lembah Pantai terutama dalam 4 tahun kebelakangan ini.

Malah, Calon BN, Dato’ Raja Nong Chik telah berkali-kali menyeru semua pihak untuk tidak menggunakan pendekatan pembunuhan karakter, fitnah dan pemusingan fakta, serta serangan peribadi. Kami di Barisan Nasional Lembah Pantai percaya bahawa hingga kini kami telah mematuhi permintaan Calon kami ini.

Kami tidak menuduh sesiapa pun dalam hal ini. Perkara yang didakwa dirancang boleh datang dari sesiapa sahaja, sama ada disebabkan politik atau apa saja agenda yang jahat.

Kami menyeru orang awam membuat laporan polis jika menerima sebarang bahan sebegini.

DATUK IBRAHIM THAMBYCHIK
Ketua Penerangan BN Lembah Pantai

P/s : Bukan saja di Lembah Pantai tetapi di seluruh negara kena berhati² selepas ini.

#PRU13 : Penyokong Husam Semakin Menggila Turun Kempen Siap Berparang #1Malaysia #TolakPR #BetterNation #BarisanNasional


Parang yang diselit oleh penyokong PAS

Kecoh..kecoh...kecoh lagi!!

Kali ini mereka 'standby' dengan parang pula. Nampak gayanya penyokong Husam Musa semakin ganas ni! Kejadian malam tadi di Precint 9 cukup membuktikan bahawa penyokong PAS kali ini semakin agresif.

Friday, May 3, 2013

#PRU13 : Penghuni Dilarang Berpolitik? Haha Hebat Mainan Husam #1Malaysia #TolakPR #BetterNation #BarisanNasional


Kakitangan awam yang menduduki kuaters dalam Putrajaya mula diugut oleh pembangkang dengan mengedarkan risalah berbentuk ugutan dan hinaan terhadap penjawat awam yang mengatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah telah mengeluarkan satu risalah kepada penghuni kuaters Putrajaya mengatakan penghuni Putrajaya akan di kenakan tindakan jikalau mereka terlibat dalam Politik Pembangkang.

#PRU13 : Dulu Undi Ke Syurga Tapi Sekarang Undi Ke Putrajaya? #1Malaysia #TolakPR #BetterNation #BarisanNasional


Siapakah 'kita' itu?

Kalau berkempen sekalipun usahlah keterlaluan.

Kepada mereka bijak pandai dalam soal hukum agama, sila lontarkan pandangan di ruangan komen berhubung kenyataan di atas.

UNDILAH PAS, ANDA PASTI KE SYURGA?

Terkini, timbul dakwaan mengatakan banting di atas BUKAN digantung oleh PAS. Maksudnya kenyataan itu dikatakan fitnah sekaligus TIDAK benar.

Justeru harus diperbetulkan...

'UNDILAH PAS, ANDA TIDAK PASTI KE SYURGA'.

Mengapa Saya Pilih #BarisanNasional @NajibRazak #BetterNation #BarisanNasional #PRU13

#PRU13 : Orang PAS Solat Sembah 5 Tuhan? #1Malaysia #TolakPR #BetterNation #BarisanNasional



Bila kita kata PAS SESAT ramai yang melenting. PGayR jangan cakaplah. LGBT sudah menjadi cara hidup. Ini apanya?

Sehinggakan banner pemimpin Pakatan Haram diletakkan di depan?

Rukuk dan sujud menyembah Wan Azizah, Anwar Ibrahim Haji Hadi, Nik Aziz dan terutama cina kapir Lim Kit Siang?!

#IniSemuaPoyo : Confirm PAS Akan Keluar Pakatan Selepas #PRU13 #1Malaysia #TolakPR #BetterNation #BarisanNasional

Perbalahan di antara parti-parti sekutu Pakatan Rakyat nampaknya semakin meruncing. Tindakan beberapa pemimpin mereka mengkritik malah menyeru penyokong PR agar jangan memberi undi kepada sekutu sendiri menjadikan pakatan itu berada di dalam terumbang-ambing.


Antara insiden yang menyebabkan PR bergolak teruk sepanjang tempoh berkempen ini termasuklah tindakan Haji Hadi menunjukkan penentangan keras terhadap PSM dan kemudiannya memberi sokongan kepada calon Bebas yang menentang PKR di Kuantan. Di celah-celah itu, PAS, melalui Haron Din membuat percubaan terakhir untuk meraih kembali sokongan Melayu dengan menegaskan kembali bahawa mereka tetap akan melaksanakan hudud jika menang.

Sehubungan dengan itu, sepantas kilat, Kit Siang, Guan Eng dan Karpal Singh menegaskan bahawa hudud tidak mungkin akan dilaksanakan oleh PR jika menang.

Haron Din dan PAS tidak berputus asa dan terus cuba menipu diri sendiri dengan membuat kenyataan kononnya DAP sebenarnya tidak menentang hudud. Namun, mereka tidak mampu menipu orang ramai. Kemuncaknya, Norman Fernandez, Timbalan Pengerusi DAP Johor pula membuat kenyataan lantang agar menolak PAS untuk kesekian kalinya.

Tidak cukup dengan itu, di Permatang Pauh pula, PAS secara terang-terangan berkempen untuk calon BN.

Semua yang berlaku ini menyebabkan penyokong-penyokong PAS membara. Tekanan agar PAS keluar pakatan semakin kuat.

Memandangkan keadaan semakin tidak terkawal, akhirnya Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS membuat kenyataan memujuk ahli-ahlinya agar bersabar. Menurutnya, mereka sudah sampai di ambang pilihanraya dan tidak boleh berpatah balik. Maka, mereka harus meneruskan kerjasama dengan DAP, PKR dan PSM bagi memastikan kemenangan.

Selepas itu, barulah mereka akan ‘uruskan’ masalah perbalahan sesama sendiri, atau dalam kata lain, keluar pakatan.

Ini membuktikan sikap tidak bertanggungjawab di pihak Harun Taib atau PAS. Mana mungkin mereka terus bekerjasama dan berusaha untuk menang sedangkan hala tuju selepas kemenangan masih kelam? Untuk apa jika sekadar menang tetapi kemudiannya tercari-cari arah?

Dalam pilihanraya ini, rakyat perlu tahu, ‘apakah’ yang mereka undi.

Maknanya, apakah mereka mengundi hudud atau Malaysian Malaysia? Atau apakah mereka mengundi liberalisme? Mudah sahaja untuk menyuruh rakyat memangkah lambang parti masing-masing tetapi apakah parti tersebut akan mampu melaksanakan apa yang dirancang atau dijanjikan?

Sikap PAS mahupun PR secara keseluruhan yang mengambil mudah perbalahan sesama mereka adalah sesuatu yang amat merbahaya. Rakyat tidak boleh memberi kemenangan kepada parti yang tidak bertanggungjawab sehingga begini sekali. Bayangkan sekiranya menang, berapa lama pula mereka akan mengambil masa untuk menyelesaikan perbalahan sesama sendiri?

Apa yang lebih penting ialah, mungkinkah ada penyelesaiannya?

#PRU13 : Diugut Jika Nak Lulus Belajar Kat UPM Kena Bantu PKR Berkempen Di Dengkil? #1Malaysia #TolakPR #BetterNation #BarisanNasional


Wajah-wajah di atas adalah antara pelajar Universiti Putra Malaysia yang telah diugut supaya terlibat sebagai jentera kempen bagi PKR oleh pensyarah mereka. Malah mereka turut diugut akan dipotong markah jika segala tugasan yang diberikan gagal dilakukan dengan baik.

#PRU13 : Masihkah Anda Ingat? Jangan Sesekali Melupakannya #1Malaysia #TolakPR #BetterNation #BarisanNasional


#PRU13 : Gelombang Biru Yang Menakutkan PR #1Malaysia #TolakPR #LainKalilah #BetterNation #NajibMyPM


Thursday, May 2, 2013

#PRU13 : 3 Hari Terakhir, Siapa Calon PR Akan Ditembak Untuk Lakonan Sandiwara #1Malaysia #TolakPR #BetterNation #BarisanNasional


Percubaan PR untuk merampas kuasa melalui pemberontakan sudah menjadi pengetahuan umum. Siri Himpunan Reformasi dahulu dan sehinggalah siri demonstrasi BERSIH adalah antara percubaan-percubaan merampas kuasa yang tidak menjadi.

Hari ini, PR telah pun mempelajari sesuatu dari siri kegagalan di atas iaitu merampas kuasa melalui pemberontakan besar-besaran adalah sukar kerana majoriti rakyat Malaysia termasuk penyokong mereka tidak sanggup meninggalkan keselesaan di rumah dan lebih gemar ‘berdemonstrasi’ di alam maya, di bawah nikmat penghawa dingin di bilik tidur, pejabat atau diruang tamu rumah masing-masing.

#PRU13 : @NajibRazak Tetap Menjadi Pilihan Rakyat #1Malaysia #TolakPR #BetterNation #BarisanNasional


Tidak syak lagi, Dato’ Seri Najib Tun Razak sudah berada di landasan yang betul dalam merealisasikan agenda transformasinya yang terbukti mendapat sokongan majoriti rakyat sekali gus layak untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

Itu kesimpulannya apabila tinjauan pendapat yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Politik Malaysia, Majlis Profesor Negara dan Universiti Utara Malaysia menunjukkan sebahagian dari 1,830 orang pengundi yang dikaji selidik memihak kepada beliau.

#PRU13 : Kenapa Saya Mengundi #BarisanNasional #1Malaysia #BetterNation #TolakPR

#PRU13 : Mari Betulkan Fakta, Nik Aziz Individu Terkaya Di Malaysia Sebenarnya #1Malaysia #TolakPR #BetterNation #BarisanNasional



Foto di atas hanyalah 1 daripada 5 muka surat butiran tanah milik bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hasil carian ke atas Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu mendedahkan Nik Aziz Nik Mat dan isteri telah memiliki 27 bidang tanah sekitar bandar Kota Bharu dengan jumlah keluasan lebih kurang 4 ekar setiap satu.

#PRU13 : @n_izzah & @tianchua Gagal Buktikan SPR Melakukan Kesilapan #1Malaysia #TolakPR #BetterNation #BarisanNasional

Ini baru boleh dikatakan sebagai 'Kebenaran Sudah Timbul'

Bukan macam yang selalu disebut - sebut oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu.

Tak sampai sehari Si Nurul Izzah tu cuba untuk mencipta Polemik dan membuat rakyat curiga terhadap pihak SPR, kini tampil tuan punya badan membuat pengakuan.

#PRU13 : Alamak Anwar, @chegubard Terbukak Cerita Dalaman PKR #1Malaysia #TolakPR #BetterNation #BarisanNasional


Disaat Anwar Ibrahim sering menyalahkan SPR kononnya terlibat didalam penipuan daftar pemilih serta perjalanan mengundi sewaktu pilihanraya, hari ini rakyat didedahkan tentang realiti sebenar yang berlaku.

#GE13 : Pakatan Menang #PRU13, Esok Kakitangan Awam Akan Diberhentikan #1Malaysia #TolakPR #BetterNation #BarisanNasional

Jika Pakatan Rakyat Memerintah Kakitangan Awam Akan Dikurangkan Separuh Setiap Tahun Akan Dikurangkan Ikut Peringkat - Tony Pua

#PRU13 : Luahan Kekesalan Anggota Polis Semasa Proses Pembuangan Undi Awal #1Malaysia #TolakPR #BetterNation #BarisanNasional #LahadDatu

Hari ini aku telah menunaikan kewajipan maha besar sebagai seorang warganegara dalam sebuah negara demokrasi untuk memilih kerajaan yang sah dan berwibawa.

Aku sebagai anggota keselamatan sangat teruja dan berbangga dapat mengundi awal pada 30/4/2013. Aku bangun seawal pagi untuk solat subuh dan bersiap siap untuk ke pejabat. Aku lihat diri di cermin sambil tersenyum puas betapa segaknya aku.

#PRU13 : Kecaman Terhadap Israel Yang Cuba Mencampuri Urusan Dalaman #1Malaysia #TolakPR #BetterNation #BarisanNasional

#PRU13 : Bersuara Siti #1Malaysia #TolakPR #TolakFitnah #BetterNation #BarisanNasional

#PRU13 : Pukul 3 Pagi, Ostat Badrolamin Kantoi Beri Tazkirah Pada Isteri Orang #1Malaysia #TolakPR #TolakFitnah #BetterNation #BarisanNasional

#PRU13 : @n_izzah Janji Bina Penjara Rakyat Jika Menang Di #LembahPantai #1Malaysia #TolakPR #BN4WP #BetterNation #BarisanNasional



Penduduk asal Lembah Pantai dari kg setinggan Bukit B Kerinchi menunjukkan kawasan penempatan asal mereka yang kini sedang dibangunkan di Bangsar South.

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Hebat sungguh Nurul Izzah, belum menang lagi di Lembah Pantai dah janji nak bina Penjara Rakyat! Calon lain janji nak bina Perumahan Rakyat, tapi Nurul Izzah ni lain macam sikit, Penjara Rakyat yang jadi keutamaan. Mengapa ya?

Wednesday, May 1, 2013

#PRU13 : Kenapa Saya Undi #BarisanNasional #BetterNation #TolakPR #GE13

#PRU13 : Gambar Yang Tak Sanggup Dilihat Penyokong PR #1Malaysia #TolakPR #BetterNation #BarisanNasional


Pembangkang Kantoi Cubaan Fitnah Penggunaan Dakwat Kekal #1Malaysia #TolakPR #PRU13 #GE13



Memang sudah dijangka yang pembangkang akan cuba mencetuskan perasaan tidak percaya rakyat kepada sistem SPR yang menguruskan PRU 13 ini...mereka mendakwa bahawa dakwat kekal boleh dipadam dengan mudah.

Di sini aku hendak kongsikan 1 rakaman video demonstrasi memadamkan dakwat kekal oleh anggota polis yang sudah mengundi..maaf..identiti polis tu tidak boleh didedahkan kerana faktor keselamatan..

Ternyata hasil cucian dengan KERAS, dakwat kekal itu masih kekal biarpun telah dicuci dengan bahan peluntur...cukup-cukuplah pembangkang menabur fitnah tu!



#IniSemuaPoyo : @chegubard Buka Tembelang Anwar Dalam PKR #1Malaysia #TolakPR #PRU13 #BetterNation #BarisanNasional


Disaat Anwar Ibrahim sering menyalahkan SPR kononnya terlibat didalam penipuan daftar pemilih serta perjalanan mengundi sewaktu pilihanraya, hari ini rakyat didedahkan tentang realiti sebenar yang berlaku.

Menariknya, pendedahan ini bukan dibuat oleh pihak kerajaan, sebaliknya ia didedahkan sendiri oleh 'orang kuat' Anwar sendiri iaitu Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan nama Chegu Bard.

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...