Friday, August 30, 2013

20 Penumpang Kapal Terbang Cedera Akibat Air Turbulence #AirTurbulence #THAIairways #HongKong



Sekurang²nya 20 orang penumpang kapal terbang Thai Airways cedera selepas pesawat tersebut mengalami pergolakan udara semasa terbang di ruang angkasa Hong Kong. Jumlah tersebut tidak termasuk dengan anak pesawat yang bertugas di dalamnya.

Kapal terbang tersebut terpaksa mendarat cemas di Lapangan Terbang Hong Kong sebagai langkah keselamatan.

Maklumat lanjut masih belum diperolehi.

Thursday, August 29, 2013

Melayu Pulau Pinang Terpaksa Berkorban Demi #TandaPutera #1Malaysia @NajibRazak @LokmanAdam


Mulai hari ini filem yang telah lama kita nantikan tayangannya, "Tanda Putera" akan ditayangkan disemua pawagam negara ini. Teman-teman di Pulau Pinang terpaksa menunggu proses tindakan yang sedang KKMM kaji terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang yang telah mengharamkannya.

Secara peribadi saya telah menonton filem ini sebanyak dua kali dan terus terang saya akui inilah filem yang paling menyentuh emosi saya. Hampir separuh dari masa tayangan filem ini saya mengalirkan air mata. Selain daripada mengisahkan payah jerih pimpinan negara mengembalikan kestabilan keamanan negara selepas berlakunya peristiwa 13 May, ianya turut memaparkan pengorbanan Allahyarham Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail yang merahsiakan penyakit yang mereka hidapi demi memastikan kestabilan politik ketika itu.

Penjawat Awam Melayu DiKambing Hitamkan #TandaPutera #1Malaysia


Semalam Exco DAP Negeri Pulau Pinang mengeluarkan 'fatwa' tentang penayangan filem Tanda Putera.
Dalam 'fatwa' tersebut, Exco DAPig telah memutuskan untuk mengharamkan tayangan filem tersebut di pawagam-pawagam seluruh Pulau Pinang termasuk di Seberang Prai.

Fobia dengan reaksi daripada pelbagai lapisan rakyat mengenai sifat dan sikap sebenar DAP semasa tercetusnya tragedi berdarah 13 Mei 1969. DAP mengambil langkah awal dengan menolak tayangan filem tersebut di negeri ini.

Inilah sikap pengecut DAP yang hanya berani berhujah di atas pentas kononnya kerajaan sedia ada hari ini amat zalim terhadap rakyat, berat sebelah dan mereka mewujudkan pelbagai agenda tertentu untuk menghalakan keburukan mereka terhadap orang lain.

Silap-silap hari bulan, confirm UMNO pula dikatakan bersalah dalam keadaan ini.

Sikap pengecut DAP ni lagi diteruskan lagi dengan mengKAMBING HITAMkan penjawat awam di negeri tersebut. Akhirnya kini, rakyat akan melihat dan memarahi Melayu yang dipertanggungjawabkan untuk menggalas kemandulan kerajaan negeri.

Apabila Kreativiti Disalah Gunakan #1Malaysia #MySyg #MERDEKA56



Tindakan Zunar melukis kartun sebegini melambangkan pemikiran pembangkang yang tidak rasional dalam berpolitik di negara ini. Logo kemerdekaan negara pun dijadikan bahan politik.

Sudah tidak ada modal lagi nampaknya pembangkang ini. Malaysiakini pun sudah kering modal. Elok tarik balik penghinaan yang dibuat sebegini terhadap logo kemerdekaan negara.

Hormatilah hari kemerdekaan negara. Tidak wajar semua benda hendak dipolitikkan.

Wednesday, August 28, 2013

Pulau Pinang Haramkan Tayangan Tanda Putera #1Malaysia #TandaPutera


Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan meminta pawagam di negeri itu tidak menayangkan filem 'Tanda Putera' yang dijadualkan ditayangkan di seluruh negara mulai esok.

Exco Kerjaan Negeri, Chow Kon Yeow, yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan, dan oleh itu juga ke atas lesen pawagam, berkata, pihaknya akan mengeluarkan permintaan bertulis hari ini.

Sesuka Hati Nak Suruh @NajibRazak Letakkan Jawatan, Kau Siapa? #1Malaysia #PemilihanUMNO


Tindakan Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi yang mempersoalkan kredibiliti & kewarasan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak memimpin negara selepas Pilihanraya Umum 13 (PRU13) amat mendukacitakan. Tambahan lagi beliau mengutarakan pendapat mewakili Kepimpinan Wira Perkasa.

Saya sebagai seorang ahli UMNO & juga ahli PERKASA, ingin mempersoalkan semula kepada Irwan Fahmi, apakah transformasi yang dilakukan oleh kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini tidak membantu dan membawa faedah langsung orang-orang Melayu terutamanya ahli-ahli PERKASA?


Russia Today Bongkar Jutawan Rusia Salur Dana Untuk Anwar Ibrahim #1Malaysia


As Malaysia gears up for its most critical general election ever, a prominent opposition figure has come forward with allegations American foundations organized protest rallies and channelled funds to opposition political parties.

In early May 2013, Malaysia will face its most competitive political battle since its independence in the form of an election that pits Malaysia’s ruling Barisan Nasional (BN) coalition, which has governed the country since 1957, against the opposition Pakatan Rakyat (PR) coalition that has received extensive training and backing from US government-funded foundations.

YES Sedia Membantu Masyarakat Seputeh #1Malaysia @NajibRazak @razlanrafii

Yayasan Ehsan Seputeh (YES) akan bekerjasama dengan KPJ Healthcare Berhad (KPJ) untuk menganjurkan program-program kesihatan dengan memberi pendedahan kepada masyarakat setempat tentang kepentingan menjaga kesihatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lila Ruzaini Mohd. Hussain berkata, program tersebut merupakan salah satu inisiatif YES bagi memberi kesedaran dan pengetahuan serta menggalakkan orang ramai menitikberatkan aspek kesihatan dalam kehidupan.

"Kami sudah berbincang dengan pihak KPJ bagi mengadakan aktiviti-aktiviti kesihatan seperti sesi ceramah, panduan gaya hidup sihat, motivasi dan sebagainya untuk masyarakat sekitar terutama di kawasan Seputeh," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Selain itu katanya, YES juga telah mendapat sokongan daripada badan lain seperti Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) dalam memberikan khidmat nasihat dari segi teknikal bagi menubuhkan sebuah pusat dialisis.

Lila Ruzaini memberitahu, pusat dialisis tersebut akan ditubuhkan bagi membantu pesakit buah pinggang yang terpaksa menampung kos rawatan yang tinggi.

"Kami akan menawarkan perkhidmatan rawatan dengan kadar yang paling minimum manakala rawatan percuma akan diberikan bagi pesakit yang tidak berkemampuan," katanya.

YES juga bekerjasama dengan Utusan Malaysia bagi melaporkan aktiviti anjuran yayasan itu. YES kini diketuai oleh Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Mustapa Kamal Mohd. Yusoff.

Lila Ruzaini berkata, pihaknya juga bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana NGO atau syarikat korporat bagi menjalankan program khidmat sosial.

Sebarang pertanyaan atau ingin menyalurkan bantuan dan sumbangan boleh menghubungi pegawai urus setia YES, Noor Hidayah Mohd. Samsuri di talian 010-432 4770.

Monday, August 26, 2013

SPAD Tak Buat Kerja, Syed Hamid Albar Gagal? @AduanSPAD @SPADChannel @SPADNews



Sebak dan dukacita bila mendengar berita kemalangan yang meragut 37 nyawa penumpang manakala 16 penumpang lagi cedera akibat kemalangan ngeri Bas Awam terjunam ke dalam gaung di Genting Highland petang semalam.

Sepatutnya kemalangan ngeri melibatkan kenderaan awam sudah pasti boleh dielakan kerana kenderaan awam ini diselia dan dipantau sepenuhnya oleh agensi yang dikepalai oleh Syed Hamid Albar dan cerdik pandai dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat-SPAD.

Jom Sumbangkan Idea Untuk #Bajet2014 @NajibRazak #1Malaysia


Masanya telah tiba untuk kita sekali lagi bertemu minda dan berkongsi idea, kali ini untuk Bajet 2014 yang akan dibentangkan pada 25hb Oktober 2013.

Justeru itu, saya menjemput anda untuk menyalurkan idea dan saranan anda tentang Bajet 2014, secara langsung di www.1malaysia.com.my/bajet2014.

Bersediakah Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Galas Tanggungjawab? #1Malaysia #PemilihanUMNO @LokmanAdam


Hari ini tidak kurang daripada 5 orang Pemuda UMNO dari seluruh pelusuk Malaysia menawarkan diri bertanding bagi jawatan Naib Ketua Pemuda (NKP) UMNO Malaysia iaitu jawatan yang pernah disandang oleh YB Razali Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pertandingan merebut kerusi 'ganas' Pemuda UMNO hari ini dilihat tidaklah seganas yang disangka. Percaturan demi percaturan dilakukan oleh calon² untuk menonjolkan diri dirasakan sungguh harmoni persaingan tersebut waima ramai yang mengatakan pemilihan kali ini akan lebih agresif.

#PEMILIHANUMNO : Pilih Calon Seperti Memilih Wakil Rakyat


Barangkali ada di antara ahli UMNO masih belum membuat keputusan mahu memilih siapakah calon yang benar-benar berkelayakan bagi menggalas kerusi ‘empuk’ UMNO.

Bagi saya sendiri, masih lagi belum menetapkan siapakah calon yang benar-benar berkelayakan memegang kerusi-kerusi penting di dalam kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian & Malaysia. Bukan mahu menunggu diri ini dilobi tetapi saya masih lagi menunggu senarai penuh calon yang dirasakan berkelayakan untuk dipilih.

Sunday, August 25, 2013

Eloklah P. Waythamoorty Letak Jawatan Sebagai Timbalan Menteri Di JPM #1Malaysia @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Tindakan pemimpin Hindraf hari ini yang diberi jawatan ehsan selepas Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihanraya Umum 13 (PRU13) dianggap tidak beretika dan tak mengenang budi selepas beliau cuba bertindak menjadi hero untuk kaum india.

P. Waythamoorthy yang berjawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengkritik tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) membanteras penjenayah dan kongsi gelap di Pulau Pinang minggu lepas.

Tindakan Moorthy yang cuba menjadi hero kepada keluarga mangsa kononnya mangsa dianiaya kerana mereka yang ditembak mati bukannya penjenayah yang disyaki.

Kelakar dan bodoh bila Moorthy cuba menegakkan benang yang basah apatah lagi sebenarnya si penjenayah menembak ke arah pihak Polis terlebih dahulu. Saya percaya pihak Polis menggunakan SOP (Standard Operation Procuders) biasa apabila menahan orang yang disyaki dan saya lebih yakin & pasti Polis tidak akan menembak mereka jika tiada ancaman.

Bagi saya, Moorthy bercakap seolah-olah beliau di pihak Pembangkang yang tidak mempunyai kepentingan di dalam barisan Kerajaan. Ini sekali gus menunjukkan beliau tidak percaya akan tanggungjawab Polis dengan mempertikaikan tindakan penguatkuasaan yang dilancarkan dan tindakan beliau boleh dianggap sebagai cubaan untuk mencampuri urusan Polis.

Tindakan ini amat bertentangan dengan jawatan sebagai Menteri dalam Kerajaan. Kerana sepatutnya beliau haruslah bersuara  & yakin dengan dasar-dasar Kerajaan bukannya mengkritik urusan pentadbiran Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Jawapan balas Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang meminta Moorthy melepaskan jawatan jika beliau serius kononnya untuk memperjuangkan nasib kaum India yang 'tertindas' dan dianiaya oleh Kerajaan.

Pada hemah saya, Moorthy patut ikut saranan daripada Zahid Hamidi dan Karpal Singh. Jangan duduk di dalam kabinet jika ingin bersuara dan menghentam dasar kerajaan.

Sama jugalah kepada mana-mana individu dalam kerajaan tu. Lebih baik lepaskan jawatan kalau nak mengkritik je kerjanya.

Puiii

Friday, August 16, 2013

Notis Mesyuarat Cawangan, Bahagian UMNO Guna SMS Dan Laman Sosial #1Malaysia


Notis mesyuarat UMNO peringkat cawangan dan bahagian di seluruh negara pada tahun ini bakal menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial termasuk Facebook dan Twitter.

Setiausaha Kerja UMNO Datuk Abd Rauf Yusoh berkata cadangan penggunaan kaedah baharu itu dilihat seiring dengan peredaran masa dan kemajuan negara.

Thursday, August 15, 2013

Biadap !! Cina DAP Tuduh @Barisanasional Dalang Tembak Menembak #1Malaysia #BarisanNasional @NajibRazak @PDRMsia

Tindakan biadap Pengerusi Cina DAP Sarawak, Chong Chieng yang menuduh Barisan Nasional (BN) sebagai dalang kepada kes tembak menembak di seluruh negara amatlah memalukan apatah lagi pihak Polis masih lagi menjalankan siasatan terhadap kes-kes tersebut.

Bukan saja dianggap memalukan tetapi lebih kepada menghina tugas pihak Polis apabila Chong sibuk mencampuri urusan siasatan ini.

Tuesday, August 13, 2013

Sokong Waima Apa Jadi Sekali Pun #1Malaysia

Tahap ketaksuban yang dasyat dari penyokong Pakatan walaupun mereka ketahui gejala seks songsang ini tidak diterima oleh Islam dan mana-mana agama sekalipun.

Saturday, August 10, 2013

Pak Lah Tidak Hargai Orang-Orang UMNO #1Malaysia #PakLah


Hangat orang dok kata sana sini pasal buku bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi yang bakal dilancarkan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah merangkap anak perempuan kepada Anwar Ibrahim.

Buku yang diberi judul Awakening – the Abdullah Badawi Years in Malaysia akan dilancarkan pada 30 Ogos ini di Singapura.

Pelbagai persoalan dilontarkan oleh rakyat yang terkeliru dan tidak faham dengan situasi yang berlaku pada hari ini di mana buku yang menceritakan perjalanan politik Pak Lah akan dilancarkan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai yang sememangnya bukan daripada ahli UMNO mahupun Barisan Nasional (BN).

Monday, August 5, 2013

Bangkai Bernyawa Dalam Pentadbiran Kerajaan #1Malaysia @NajibRazak #TolakPR


Pertama sekali, saya ingin lahirkan rasa kasihan terhadap Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak setelah saya membaca surat yang ditandatangani oleh Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar.

Keduanya saya ingin menyatakan bahawasanya Tan Sri ini merupakan seorang yang tidak mempunyai semangat patriotik dan mempunyai kepentingan sendiri.

Menteri Wilayah Persekutuan Prihatin Nasib Peniaga Bazar #Ramadhan #JalanTuankuAbdulRahman #1Malaysia @TengkuAdnanReal


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang mengeluarkan lesen kepada penjaja bergerak haram di ibu negara dalam usaha memastikan aktiviti jualan itu lebih terkawal.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, langkah tersebut juga bagi memantau penglibatan warga asing yang kebanyakan daripada mereka menjaja secara bergerak menggunakan troli. Menurutnya, permohonan lesen itu akan ditawarkan kepada para penjaja terutama di kawasan-kawasan tumpuan seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India.

Pelihara Nikmat & Rahmat Allah SWT - @NajibRazak #1Malaysia


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hikmah kewajipan berzakat bukan sahaja membentuk masyarakat seimbang, malah membawa keberkatan yang memayungi negara sekali gus membolehkan keamanan di Malaysia jauh lebih baik dari sesetengah negara yang menyambut Syawal dalam keadaan konflik.

Menurut Perdana Menteri, apabila rukun yang diwajibkan Allah dilaksanakan seperti zakat, maka negara akan menjadi aman dan makmur dengan kemakmuran itu membolehkan urusan seharian berlaku tanpa sebarang gangguan.

Teksi Exora Untungkan Kroni? #1Malaysia @aduanSPAD @SPADChannel @SPADnews


Program yang telah dibuat oleh pihak SPAD adalah untuk menguntungkan KRONI akan tetapi banyak jugak pihak yang menyokong tanpa usul periksa kerana poket dipenuhi wang hingga mulut terkunci. Kalau nak menipu pun agak-agaklah at list ambil jugak pandangan dari akar umbi pemandu teksi itu sendiri.

MKP sempat bersembang dengan pemandu teksi ketika menuju ke tempat makan waktu bersahur hujung minggu lepas. Pada mulanya agak terkejut jugak riaksi kurang senang pemandu teksi berkenaan. Agak mahal la abang sewa harian yang telah ditetapkan oleh pihak SPAD sehari rm80. Sedangkan ketika ini sewa harian hanyalah sebanyak rm40 sehari oleh pihak konsortium. Perjanjian itu pulak selama tujuh tahun...

Sunday, August 4, 2013

SPR Berani Tak Nak Tukar Dari Dakwat Kekal Kepada Biometrik #1Malaysia


Sistem biometrik perlu dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 bagi menggantikan penggunaan dakwat kekal yang disifatkan ketinggalan zaman dan sering dijadikan sasaran tohmahan pakatan pembangkang.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Jamilah Sulaiman berkata, penggunaan sistem biometrik berupaya menangkis fitnah yang dilemparkan pembangkang terhadap proses pilihan raya umum sekali gus meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa.

"Sistem berteknologi tinggi ini dapat merekodkan maklumat pengundi selari dengan sistem yang digunakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan mengenal pasti sama ada seseorang itu pengundi sah atau pengundi hantu," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 di Dewan Negara hari ini.

Beliau turut mencadangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menggunakan sistem biometrik untuk mengesan penjenayah, pendatang asing tanpa izin dan pengganas.

Dalam pada itu, Noriah meminta Kementerian Kesihatan menyiasat insiden seorang pelancong warga Taiwan yang didakwa lewat menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah minggu lalu.

Menurut beliau, pelancong terbabit telah dihantar ke hospital berkenaan selepas terlibat dalam kemalangan semasa menunggang bot pisang di sekitar pantai Kota Kinabalu.

"Malangnya, setelah menunggu hampir dua jam, beliau tidak dirawat dan akhirnya terpaksa dibawa ke sebuah klinik swasta," ujarnya.

Noriah memberitahu, insiden sebegitu dikhuatiri boleh memberi tanggapan negatif kepada pelancong lantas memberi imej buruk kepada kerajaan dan negara.

Sabar Nazri Aziz Ada Had Nya, Mungkin Lepas Ni Namewee Akan Kena Penampar #1Malaysia #TolakPR


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mohamed Nazri Abdul Aziz membidas penyanyi rap, Wee Meng Chee atau Namewee kerana memaki-hamun pelbagai pihak berhubung penangguhan filem The New Village dalam video yang dimuat naik ke laman YouTube Khamis lalu.

Dengan nada tegas, beliau mengingatkan Namewee bahawa dia tinggal di sebuah negara berbilang kaum yang penuh dengan sensitiviti yang perlu dihormati.

New Village Tidak Akan Ditayangkan - Nazri Aziz #1Malaysia


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yakin filem The New Village yang dikatakan mengagung-agungkan perjuangan komunis tidak akan ditayangkan langsung.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata, larangan tayangan itu bukan setakat di panggung wayang malah meliputi semua bentuk media termasuk laman blog dan YouTube.

Saturday, August 3, 2013

Jangan Ganggu Saya - Professor K Rajagobal #1Malaysia @NajibRazak @Khairykj


Datuk K. Rajagobal tidak peduli dengan desakan sesetengah pihak agar beliau meletak jawatan sebagai pengendali skuad bola sepak Harimau Malaya.

Ini kerana pengendali berusia 57 tahun itu akan terus membimbing skuad tersebut sehingga kontraknya tamat pada 31 Disember depan.

Friday, August 2, 2013

Syiah Musuh Islam !! - Yusuf Al Qardawi #1Malaysia @NajibRazak


Ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi telah mengisytiharkan golongan Syiah sebagai golongan kuffar serta merupakan musuh umat Islam keseluruhannya.

Kenyataan keras itu telah disebut oleh Yusuf al-Qardawi dalam satu wawancaranya dengan stesen televisyen al-Jazeera dalam rancangan 'Syari'ah dan Kehidupan' pada bulan Jun tahun ini.

Lagi Kes Tembak, Kali Ni Melibatkan Taukey Emas #1Malaysia


Seorang peniaga emas cedera terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya ketika kenderaan beliau berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, dua lelaki yang menaiki motosikal Yamaha berwarna biru menghampiri kereta Toyota Camry yang dipandu peniaga itu pada pukul 8.45 pagi.

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...