Thursday, October 31, 2013

#PRKSgLimau : PAS Rasuah Penduduk Untuk Raih Undi #1Malaysia


Dulu PAS pernah kata UMNO yang menyampaikan sumbangan kepada penduduk di sesuatu tempat, seumpama memberi rasuah kepada pengundi.

#PRKSgLimau : We Salute You TPM, Berani Minta Maaf #SgLimau #1Malaysia @MuhyiddinYassin #BeraniHijrah #BeraniKejam


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya akur untuk meminta maaf kepada keluarga Allahyarham Ustaz Azizan Razak berhubung kontroversi ucapannya yang dianggap menyinggung perasaan dan mengguris hati keluarga bekas Menteri Besar Kedah itu.

Menurut Muhyiddin, sebagai umat Islam dan manusia biasa, beliau memohon maaf sekiranya ucapannya sebelum ini menyinggung hati dan perasaan keluarga Ustaz Azizan.

#GSTMalaysia : @AnwarIbrahim Sendiri Setuju Dengan Pelaksanaan #GST, Puak Pakatan Hamlau Terdiam #1Malaysia


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai April 2015 merupakan sistem cukai yang efisyen namun beliau menggesa kerajaan mengambilkira beberapa faktor sebelum melaksanakannya.

“Saya akui memang saya pernah bersetuju dengan pelaksanaan GST pada 1993 ketika Tun Daim Zainuddin menjadi Menteri Kewangan. Ketika saya ambil alih Kementerian Kewangan pada 1998, saya tidak pun laksanakan GST kerana kita ada catat lebih kecil pendapatan.

#Accident : Treler Dipandu Laju Terbabas Langgar Kereta Jabatan Perdana Menteri #1Malaysia @NajibRazak #SPADNews @AduanSPAD


Kecoh malam tadi tersebarnya video sebuah treler yang dipandu laju (mungkin tiada muatan) di susur keluar memasuki lebuhraya SKVE daripada Putrajaya.

Di dalam video tersebut menunjukkan pemandu kenderaan belakang telah merakam adegan biadap pemandu treler tersebut yang memandu secara melulu dan bersikap sambil lewa tanpa menghiraukan keselamatan orang lain.

#PRKSgLimau : Ustaz Kazim Diugut Jika Berceramah Di #SgLimau #1Malaysia @NajibRazak @MukhrizMahathir #BeraniHijrah #BeraniKejam

Ustaz Kazim Elias menerima ugutan dari puak-puak Pembangkang kononnya beliau akan dibaling dengan telur busuk sekiranya beliau hadir berceramah di kawasan Sg. Limau, Kedah di sini.

Namun ugutan tersebut tidak sedikit pun membuatkan bekas ahli PAS ini gentar kerana beliau hanya takutkan kepada Allah SWT sahaja.


Saya pasti tentunya para pembaca teruja dengan kenyataan berani dan sempoi oleh Ustaz Kazim ini. Confirm para pembaca ingin menonton video penuh ceramah beliau.

Allah tempat kita mengadu dan kepada Allah juga lah kita berserah.

Wednesday, October 30, 2013

#PRKSgLimau : Tahniah Hadi Awang Turun Bendang Berkempen HaHaHa #1Malaysia #BeraniHijrah #BeraniKejam @MukhrizMahathir


HIPOKRIT
Lakonan Kempen Haji Hadi, Mahfuz & Azam Turun Ke Bendang Berkain Pelikat.

Penulis amat bersetuju jika ada orang mengatakan kempen pilihanraya adalah medan untuk parti politik berdrama dan bersandiwara. Lihatlah bagaimana Presiden PAS, Haji Hadi, Mahfuz Omar dan calon PAS, Azam Samad berpakaian ketika program PAS turun ke bendang bersama penduduk DUN Sungai Limau.

#PRKSgLimau : Tahniah Pemuda UMNO Labuan Atas Komitmen Tinggi #1Malaysia @NajibRazak @MuhyiddinYassin @MukhrizMahathir #BeraniHijrah #BeraniKejam



Mungkin ada pihak yang beranggapan ketibaan jentera Pemuda UMNO Labuan sudah terlambat untuk membantu kerja-kerja parti.

#PRKSgLimau : #BarisanNasional Bantu Lagi Orang Cina Di Sini #1Malaysia @MuhyiddinYassin #BeraniHijrah #BeraniKejam


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau menjadi medan terbaik untuk mengukur tahap perubahan sikap pengundi Cina terhadap Barisan Nasional (BN).

"Kali ini adalah yang terbaik untuk kita mengukur tahap perubahan sikap (pengundi Cina). Saya tidak tahu dan saya tidak pasti sehinggalah keputusan nanti barulah kita tahu," kata Muhyiddin.

Tuesday, October 29, 2013

#PRKSgLimau : Susu Pekat Punya Story, Meh Baca Dulu Baru Balun @azeezputera @MukhrizMahathir @NajibRazak #1Malaysia @MahfuzOmar

Susu pekat cap Keluarga yang semakin popular di Sg. Limau hari ini apabila didakwa telah diserahkan oleh Barisan Nasional (BN) melalui Datuk Azeez Rahim yang merupakan wakil rakyat Parlimen Baling. 

Tindakan terdesak Mahfuz Omar yang terdesak memanipulasikan cerita kononnya susu pekat yang diberikan telah tamat tempoh. Sekaligus usaha pihak berkepentingan jahat ini ingin menampakkan keburukan kepada BN.

Lihat di bawah ;-

#PRKSgLimau : Pengundi Mahukan Wakil Rakyat Seperti Allahyarham Tan Sri Azizan #1malaysia

Melihat perkembangan yang sedikit positif di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sg. Limau yang agak memihak kepada Barisan Nasional (BN) sebenarnya bukanlah tanda selesa buat UMNO & BN.

Tinjauan yang saya sendiri lakukan di sini mendapati penduduk masih mahukan wakil rakyat seperti Allahyarham Tan Sri Azizan. Pengundi mahukan seorang YB yang ikhlas dan tidak bermuka-muka bila berhadapan dengan mereka.

Dua-dua calon di PRK Sg. Limau di sini mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Antaranya seperti berikut ;

Calon BN
1. Kurang senyuman dengan pengundi.
2. Seakan kurang fokus semasa bertemu rakyat mungkin stres atau tidak serasi lagi dengan program.
3. Nampak sedikit ego tetapi bila bercakap di hadapan, beliau sangat merendah diri sebenarnya.

Calon PAS
1. Memilih kawasan untuk berjumpa pengundi.
2. Jarang dilihat turun padang bersendirian.
3. Ego dan masih menceritakan kehebatan Allahyarham Tan Sri Azizan tapi tak cerita apa yang hendak diberikan nanti pada rakyat.

Inilah antara beberapa kesimpulan kedua-dua calon yang bakal dipilih pengundi Sg. Limau pada 4 November 2013 nanti.


Sent from Samsung Mobile

Monday, October 28, 2013

#PRKSgLimau : PAS Tipu Rakyat Dengan Gambar Super Impose? #1Malaysia @NajibRazak @MukhrizMahathir

Umum mengetahui calon PAS di Pilihanraya Kecil Sg. Limau, Kedah ini bukanlah dari 1 kem yang sama dengan bekas ADUN di sini iaitu Allahyarham Ustaz Azizan.

Desas desus yang mengatakan calon PAS kali ini bukanlah 'feberet' penyokong PAS dalam kawasan DUN Sg. Limau. Ini kerana selepas PAS mengumumkan calon ini, cakap-cakap kononnya beliau bukanlah orang yang disenangi Allahyarham semasa sihatnya.

Hari ini dalam tempoh kempen, PAS mengahadapi laluan sukar apabila terpaksa menyakinkan rakyat bahawa inilah calon yang bakal menjuarai rakyat di Sg. Limau dan dalam masa yang sama PAS terpaksa menggunakan pelbagai cara serta helah bagi mengaburi pandangan pengundi di sini.

Seperti gambar di atas, PAS terpaksa melakukan super impose terhadap gambar yang asal dan meletakkan gambar calon PAS ini kononnya sedang mengadakan pertemuan semasa Allahyarham masih menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

Memalukan sungguh PAS terpaksa menipu rakyat demi meraih undi. Islam tidak mengajar umatnya menipu dan PAS sebenarnya tidak mengamalkan prinsip Islam yang sebenar.

Tapi Abby Abadi & Bob Lokman kata dia nak kembali ke jalan diredhai Allah dengan memilih PAS. Hah macam mano tu?

Wednesday, October 23, 2013

Air Penuh Di Empangan, Pekan Sungai Bertam Cameron Highlands Ditimpa 'Tsunami' #1Malaysia @NajibRazak


Ini adalah gambar yang diterima oleh beberapa kenalan yang berada di pekan Sungai Bertam berhampiran Cameron Highlands hari ini.

Satu pintu empangan telah dibuka bagi mengelakkan empangan Sultan Abu Bakar, di Ringlet Cameron Highlands daripada pecah tetapi sesuatu yang tidak dijangka berlaku apabila air yang dilepaskan telah melimpahi bak tsunami di pekan tersebut.

#PRKSgLimau : @MukhrizMahathir Lemas Dalam Pelukan Mahfuz #1Malaysia


Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir membidas tindakan pihak tertentu yang membuat tafsiran negatif berhubung tawaran pembangunan Barisan Nasional (BN) jika berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, 4 November ini.

#PemilihanUMNO : Nasib Kedua² Calon Naib Ketua Pemuda Ditentukan Hari Ini @azwanbro @jamawijaafar #UMNO #PAU2013


Penentuan jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO pusat melibatkan pemilihan semula di Sabak Bernam menyaksikan 248 perwakilan Pemuda daripada 54 cawangan UMNO bahagian itu mengundi hari ini.

Pemilihan semula itu bermula kira-kira pukul 10.10 pagi ini ekoran kedudukan dua calon iaitu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenom, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO Perak, Khairul Azwan Harun terikat apabila masing-masing menerima 73 undi.

Selain Sabak Bernam, turut diadakan pemilihan semula bagi jawatan tersebut ialah Pemuda UMNO Bachok, Kelantan dan Gelang Patah, Johor.


P/s : Siapa menang, saya tetap balun~ =D

#PRKSgLimau : Penamaan Calon Selesai, Kedua² Parti Bertanding Sporting Betoi #1Malaysia @NajibRazak @MuhyiddinYassin @MukhrizMahathir @ahmadmaslan


Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 Novemberi ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pas.

Tuesday, October 22, 2013

Pandangan Penulis The Chinese Dilemma Berkenaan Kaum Cina #1Malaysia


Berikut adalah satu pandangan menarik dari seorang ahli perniagaan dari China yang menulis buku The Chinese Dilemma, penulis belum membaca lagi buku ini, petikan di bawah adalah dari mereka yang telah membaca, samada kandungan dalam buku berkenaann ada atau tidak seperti petikan dibawah, kita tahu ia adalah sesuatu yang memang benar-benar wujud

Hati² Dengan Penipuan New York Skincare Solution, Kisah Pengguna Diherdik Oleh Staf Mereka #1Malaysia @KPDNKK @DatoHasanMalek @NajibRazak


"..Nak story sket pengalaman temankan my younger sis pegi New York Skincare Solution (NYSS).My lil sis, Nurul gatal tangan sms ke NYSS for free facial trial and free travel kit. So one of NYSS's staff called her and after some chit chatting and after Nurul confirmed with her that there will be no hidden charges or she doesn't have to sign up with any of the packages, that fella sets an appointment for her last friday at NYSS Mid Valley Megamall.

So here goes, when we arrived there around 1 pm, her name wasn't in the appointment list. So that's fine with us as it was a free facial. Owh...lupa nak bagitau, masa tgh tunggu nak fill up forms tu Nurul bagtau yang dia tu student. We realized that staff dkt situ semua buat muka tak puas hati bila dengar she is a student. Berbalik pada cerita tadi.

#PRKSgLimau : Pemilihan Calon #BarisanNasional Berdasarkan Penilaian @MukhrizMahathir #1Malaysia @NajibRazak @MuhyiddinYassin @ahmadmaslan


Pemilihan Ahmad Sohaimi, 52, adalah berdasarkan kelebihan beliau yang mempunyai kelulusan tinggi selain pernah terlibat dalam parti termasuk kini sebagai Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerai dan aktiviti kemasyarakatan.

Katanya pemilihan dibuat berdasarkan oleh penilaian oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau sendiri dan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.

#KalimahAllah : Harun Taib Sokong Keputusan Mahkmah Tapi Dr Maza Berpendirian Sebaliknya #1Malaysia


Keputusan Mahkamah Rayuan tidak membenarkan penggunaan Kalimah Allah dalam majalah mingguan The Herald adalah satu kemenangan yang berharga kepada umat Islam di Malaysia. Malangnya, masih kedengaran "suara-suara sumbang" yang tidak berpuashati dan tidak bersetuju dengan keputusan tersebut, malah enggan mematuhi larangan tersebut.

Malah, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib menyokong keputusan Mahkamah Rayuan tempohari yang melarang melarang penggunaan kalimah Allah dalam majalah The Herald. Beliau sendiri menyeru supaya semua pihak perlu akur dengan keputusan tersebut.

#PRKSgLimau : #BarisanNasional Pertaruhkan Profesional Di Sg Limau @NajibRazak



Bekas Pensyarah Kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr Ahmad Sohaimi Lazim diumumkan sebagai calon Barisan Nasional bagi Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau. Pengumuman dibuat Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang semalam.

Monday, October 21, 2013

Polis Sudah Mengenal Pasti Siapa Sebenarnya Predator #1Malaysia


Gempar sebelum ini mengenai ‘Predator Malaysia’ yang datang ke Balai Polis, kononnya sesetengah spekulasi mengatakan predator sesat bertanyakan jalan dan sebagainya hangat diperkatakan laman-laman media sosial. Pasti ramai yang bertanya siapakah di sebalik topeng predator tersebut.

#PemilihanUMNO : Positif Sifat Terpuji @MukhrizMahathir #UMNO #PAU2013


Hari Sabtu lepas merupakan hari yang dirasakan tidak senang duduk buat para perwakilan mahupun ahli² UMNO dari seluruh negara. Kerana ini merupakan satu detik bersejarah buat parti keramat UMNO dalam usaha transformasi meremajakan UMNO sekaligus melihat satu pendekatan yang lebih terbaik dicipta untuk menjaga kepentingan semua pihak di dalam UMNO.

Buat pertama kalinya para Perwakilan dari Cawangan dibenarkan membuat keputusan memilih siapakah calon yang berkelayakan mengungguli kedudukan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

#PemilihanUMNO : Tersungkurnya @Azwanbro Di Bahagian Sendiri Bukti Tiada Sokongan Akar Umbi #UMNO ? #1Malaysia #PAU2013


Hari Sabtu lepas, kita melihat satu senario baru dalam proses peremajaan UMNO Malaysia yang telah melakukan transformasi memilih kepimpinan parti dari peringkat akar umbi lagi.

Namun sesuatu yang menarik telah berlaku di Bahagian UMNO Pasir Salak apabila Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Khairul Azwan tewas kepada pencabarnya, Datuk Ibrahim Katop dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Pasir Salak kelmarin.

Saturday, October 19, 2013

Macha Ni Cakap Jer Lebih Tapi Penakut #1Malaysia

YB Surendran Takut?
Cuba Baju Kalis Peluru Tapi Belum Tandatangan? 

Setelah banyak bercakap sambil membazir air liur, Naib Presiden PKR, N Surendran dilaporkan telah mencuba mengenakan baju perisai polis sebagai persediaan untuk menyertai operasi polis.


Namun malangnya, menurut laporan, beliau masih belum menandatangani perjanjian indemniti yang diperlukan oleh pihak polis.

Friday, October 18, 2013

#PemilihanUMNO : Pilihan Tepat Calon Naib² Presiden #UMNO #PAU2013 #PAU13 @Zahid_Hamidi @MukhrizMahathir @mohdshafieapdal #zahidVP01 #MM4VP #SA4VP

Saya SOKONG Ketiga² Calon Ini Untuk Naib Presiden UMNO Malaysia

#PemilihanUMNO : @KhairyKj Cuba Gagalkan Perjuangan Ikhlas @MukhrizMahathir #BeraniBerubah #1Malaysia #PAU2013 #PAU13

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada YB Khairy Jamaluddin (KJ) kerana telah memenangi kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia. It was a convincing win.

Walau bagaimanapun, setelah memenangi kerusi Ketua Pemuda KJ nampaknya cuba mempengaruhi ketua - ketua Pemuda UMNO Cawangan dan G10 supaya TIDAK mengundi Datuk Paduka Mukhriz Mahathir (MM). Umum mengetahui bahawa KJ dan MM tidak berkawan baik, namun begitu bagi saya tindakan KJ ini dapat dilihat sebagai satu tindakan sabotaj terhadap MM.

Sokongan terbuka KJ terhadap Hishamuddin satu usaha untuk jatuhkan MM

Melalui analisis yang dilakukan oleh blogger Life of Annie, hanya 1% sahaja orang menyokong Hishamuddin menjadi Naib Presiden.

#PemilihanUMNO : Wahyu Sudah Turun, Kejadahnya @Khairykj Arah Undi Hisham, Cubaan Gagalkan @MukhrizMahathir #VP02 #BeraniBerubah #UMNO #PAU2013 #PAU13


Apa hal pulak tiba² Khairy keluarkan kenyataan WAJIB kepada Pemuda, Puteri dan Wanita untuk mengundi Hishammuddin sebagai Naib Presiden UMNO.

Apa kuasa yang ada pada diri dia untuk mewajibkan perwakilan sayap undi Hisham?
Siapa Khairy untuk tentukan siapa pilihan perwakilan sayap?
Adakah Presiden &Timbalan Presiden tahu akan perkara ini?

#PemilihanUMNO : Membela Bangsa, Memperkasa Agama & Mempertahankan Negara @Zahid_Hamidi #zahidVP01 #PAU2013 @PAU13


Tinggal hanya 1 hari saja lagi, bangsa Melayu akan menentukan barisan kepimpinan yang akan menjadi jentera kuat di belakang Presiden dan Timb Presiden UMNO.

Perwakilan dari setiap lapisan jawatan serta akar umbi bakal menentukan siapa pemimpin yang mereka sayangi. Adakah perwakilan akan memilih pemimpin yang mereka inginkan berdasarkan cara mereka bekerja atau pun memilih pemimpin disebabkan 'garam' yang mereka berikan untuk mengundi mereka?

#PemilihanUMNO : Kehadiran @MukhrizMahathir Sebagai Ancaman Kepada Naib Presiden Atau Ketua Pemuda? #BeraniBerubah #1Malaysia #MM4VP




Penyertaan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dalam perebutan jawatan Naib Presiden Umno pasti mengundang kontroversi. Daripada disyaratkan meminta nasihat Presiden Umno terlebih dahulu, kemudian penyertaannya dikatakan tidak mendapat restu berikutan Najib mahu penyandang sedia ada dikekalkan dan terbaru ini, beliau dikatakan merupakan ancaman kepada kedudukan Najib pula.

Apakah semua tohmahan ini?

#PemilihanUMNO : Sokong @tunfaisal Sebagai Ahli Majlis Tertinggi #UMNO #PAU2013 #PAU13 #VP02 #TF4MT


#PemilihanUMNO : #UMNO Tidak #BeraniBerubah Jika Buat Cai Untuk Perwakilan #PAU2013 @PAU13 @NajibRazak @MukhrizMahathir

Perlembagaan parti UMNO telah digubal untuk pemilihan kepimpinan parti secara demokrasi tetapi mengapa masih juga berlaku kejadian² 'arahan', 'wahyu' dan tangan² ghaib dalam urusan Pemilihan kali ini.

Ini sesuatu yang amat dikesalkan apabila untuk kali pertama ianya akan dijayakan tetapi tiba² ianya telah diperalatkan oleh sesetengah pihak untuk mengaut keuntungan di dalam pemilihan kali ini. Kalau nak beri mandat pada rakyat untuk tentukan, biarkan rakyat yang pilih. Pemimpin di atas duduk diam dan jangan sesuka hati mengarahkan itu dan ini.

#PemilihanUMNO : Ketua Pemuda UMNO Sokong Hishammuddin? #UMNO #PAU2013 #PAU13 #VP02 #Hisham4VP


Amat memeranjatkan bagi saya apabila melihat gelagat Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru mengekalkan pengaruhnya di sini turut berada di dalam majlis bersama² calon Naib Presiden UMNO iaitu Dato' Seri Hishammuddin Hussein.

Mungkin bagi sesetengah pihak, ianya dianggap biasa kerana itu adalah sokongan peribadi beliau terhadap calon Naib Presiden UMNO tetapi bagi saya ia tetap dianggap tidak perlu dan jika boleh tak payahlah turut serta dalam kempen Naib Presiden UMNO kerana kelak nanti akan kelihatan bias ataupun memihak.

Thursday, October 17, 2013

#PemilihanUMNO : Apahal Plak @MukhrizMahathir Minta Doa Orang Ramai? #PAU13 #PAU2013

#PemilihanUMNO : Transformasi #UMNO Bermula Dari Akar Umbi #PAU2013 #PAU13 #RM4BTR


Pelaksanaan pemilihan UMNO dari peringkat akar umbi yang telah dilangsungkan minggu lepas untuk Pergerakan Sayap dan pada hari Sabtu ini bagi Bahagian UMNO dilihat satu perkembangan yang positif buat UMNO yang sedang menuju proses peremajaan parti.

Calon² pemimpin di peringkat atasan @ Kebangsaan dipilih secara demokrasi oleh perwakilan cawangan² hingga ke Bahagian² UMNO dari seluruh negara yang merangkumi seramai 146,500 orang perwakilan yang bakal menjadikan semua yang berlaku ini sebagai satu sejarah dan lembaran baru buat parti keramat yang berusia 67 tahun.

Kuota Jemaah Mungkin Bertambah Jika Mutawif Rakyat #1Malaysia #AidilAdha @azeezputera


Tabung Haji (TH) akan mengadakan rundingan dengan kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan badan itu menggunakan khidmat rakyat Malaysia di Makkah dan rakyat Arab Saudi sebagai petugas TH pada musim haji akan datang.

Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Rahim berkata, cadangan itu jika dipersetujui kerajaan Arab Saudi akan mengurangkan bilangan petugas TH dari 1,800 kepada 1,000 orang dan membolehkan kuota yang kosong itu diisi oleh jemaah haji.

Wednesday, October 16, 2013

MP PKR Buat Kerja Kotor Pergunakan Orang Kelainan Upaya (OKU) #1Malaysia

AUTA

KULIM - Seorang OKU dari Persatuan Kebajikan Setia Orang Kurang Upaya Kulim (PKSOKU) dikatakan nekad mendaki tangga dengan merangkak kerana mahu menyerahkan sendiri memorandum kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di daerah itu pada 6 Oktober lalu.

Beberapa blog dan berita dalam talian melaporkan, OKU itu yang juga Pengerusi PKSOSU, K Genggataran, 53, berbuat demikian selepas pegawai JKM Daerah Kulim dikatakan enggan menemui mereka walaupun setelah menunggu lebih sejam.

Monday, October 14, 2013

#PemilihanUMNO : Berikan Peluang Transformasi Oleh @MukhrizMahathir Dalam Saf Kepimpinan Majlis Tertinggi #UMNO #PAU13 #MM4VP


Majlis Tertinggi (MT) UMNO dirasakan semakin memerlukan bantuan otak orang² muda dalam usaha parti ini untuk meneruskan kelangsungan kehebatan dan kegemilangan UMNO bagi merealisasikan hasrat ahli yakni meremajakan parti.

Suara ramai yang berpendapat mungkin sudah tiba masanya Menteri Besar Kedah, Dato' Paduka Mukhriz Mahathir diserapkan di dalam barisan kepimpinan UMNO bagi mencapai hasrat mulia ini.

#PemilihanUMNO : Lim Guan Eng Jeles Shahrizat Dipilih Menerusi Undi Sistematik #UMNO


Ikutkan hati saya, memang tak nak keluarkan artikel ni kerana rasa sakit hati dan marah kepada Ketua Pergerakan Wanita, Shahrizat Abd Jalil ni masih lagi berbirat di dalam hati.

Tapi dek kerana saya ni sebagai seorang Pemuda Melayu yang ikhlas berjuang dan menepis keceluparan Pembangkang yang mencaci pemimpin UMNO, saya tetap terbitkan juga artikel ini. 

Ok back to da picture kat atas tu, nampak tak tweet dari Lim Guan Eng, Ketua Menteri Diktator Penang yang sibuk mencaci pemimpin pilihan Wanita UMNO Malaysia.
Apahal Lim Guan Eng sibuk nak meroyan dengan kemenangan Shahrizat? 
Apa yang dia tak puas hati?

Sunday, October 13, 2013

#PemilihanUMNO : @MukhrizMahathir Bersedia Meremajakan #UMNO #1Malaysia


Sejarah bakal tercipta apabila 150,000 ahli akan membuat pilihan untuk memilih siapakah yang layak untuk menduduki jawatan tertinggi UMNO. Tujuh (7) pindaan perlembagaan yang telah diluluskan pada Oktober 2009 sudah pastinya akan menguji kematangan ahli dalam memilih pemimpin yang mampu mencorak landskap politik baru UMNO. Pindaan tersebut telah membuka peluang kepada ahli untuk bertanding dengan syarat yang minimum.

Yang menjadi persoalan pada masa sekarang adalah mampukah perwakilan menyahut seruan transformasi dengan menampilkan kematangan dalam politik sekaligus dapat meremajakan UMNO?

Friday, October 11, 2013

#PemilihanUMNO : Jawapan Bocor Untuk Perwakilan #UMNO Simpan !!! #PAU13 #VP01 #MM4VP #AZEEZ4MT #JK4MT #12 #TF4MT #RM4MT #KJ4KP #Lokman4NKP #EXCOPEMUDA #RM4BTR #AMIR4KP #ZEDZAIDI4EXCO #TOM4EXCO #NAZIR4EXCO


Pilih calon biarlah berdasarkan apa yang pernah dilakukan oleh calon tersebut sepanjang masa tempoh berkempen PRU 13 yang lepas. Jangan pilih calon yang tak buat kerja dan akhirnya nanti akan menyusahkan semua orang.

#PemilihanUMNO : Kenali @LokmanAdam Melalui Video² #UMNO #PAU13 #JJ4NKP #AZWANBRO4NKP

Kenali calon Naib Ketua Pemuda #O2, saudara Lokman Adam melalui video² yang dipautkan di sini. Jom tonton.

1. Mengenali Lokman Adam



2. Perjalanan politik Lokman Adam



3. Menjawab & bersumpah mengenai fitnah bakar dan pijak bendera Sang Saka Bangsa UMNO



4. Siri debat Lokman Adam 



5. Pendirian & bahayanya jika kalimah Allah digunapakai penganut lain



6. Siapa lagi yang layak jika tidak Lokman Adam



JANGAN DIBUNUH PEJUANG UMNO INI
JANGAN ANDAIKAN PEJUANG INI TIDAK BERGUNA
DIA PEJUANG KITA SEMASA PRU 13 YANG LEPAS
TEPUK DADA BUATLAH PILIHAN BIJAK
BERILAH PEJUANG INI PELUANG UNTUK BERKHIDMAT
DEMI AGAMA BANGSA & NEGARA

#PemilihanUMNO : @KhairyKj Berani Tak Cium Keris Selepas Menang Nanti? #UMNO #PAU13

Semalam saya sempat tweet dengan YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan merangkap Menteri Belia & Sukan Malaysia.

Tweetnya berbunyi begini :


Namun sehingga artikel ini ditulis, Khairy masih tidak respon terhadap tweet ini. Saya faham, YB Khairy seorang yang sibuk sekarang ini untuk berkempen sana sini sehingga tidak sempat membaca twitternya.

Tak mengapalah YB Khairy, mungkin undi saya yang diminta tapi permintaan saya tidak dilayani. Inilah nasib ahli UMNO.

Berikut adalah mesej peribadi YB Khairy kepada semua perwakilan.

Tanggal 12 Oktober nanti, para perwakilan Pemuda UMNO akan melaksanakan proses demokrasi dalam parti dengan memilih kepimpinan Pemuda di peringkat bahagian dan juga pusat. Ini adalah satu anjakan monumental bagi parti keramat UMNO yang sentiasa menongkah cabaran agar sentiasa relevan dan kekal di kelok perubahan.

Saya akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia sebagai calon no 1 dan saya berharap rakan-rakan perwakilan akan dapat menyokong dan bersama-sama saya dalam kita meneruskan perjuangan sayap Pemuda UMNO demi agama, bangsa dan tanahair yang tercinta. Saya telah cuba melaksanakan amanah kepimpinan yang diberi dengan terbaik pada penggal lalu dan kini memerlukan anda untuk menyempurnakan apa yang telah kita azam dan rancangkan bersama.

#PemilihanUMNO : Calon Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang Dibelasah #PAU13


Di atas ini merupakan artikel surat khabar keluaran 16 Mac 2009 yang memaparkan calon Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang, saudara Mohd Khaizam menerima 7 jahitan di kepala angkara Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Beliau dibelasah oleh pegawai gara² membuat aduan berkenaan sampah yang tak dipungut di Blok G Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Setapak. Disebabkan hal tersebut, Pegawai tersebut berang dengan tindakan mengutamakan rakyat oleh Khaizam.

#PemilihanUMNO : Ucapan Ikhlas Ketua Pemuda Seputeh @razlanrafii #1Malaysia #UMNO #PAU13


"24 jam dari sekarang, kepimpinan Pemuda UMNO akan dipilih semula bagi penggal 2013 - 2016. Di negeri Wilayah Persekutuan, terdapat 10 orang Ketua Pemuda Bahagian yang sudah melangkaui umur Pemuda iaitu 40 tahun.

3 orang daripadanya tidak bertanding apa² jawatan di peringkat Bahagian mahupun Nasional, 7 orang menawarkan diri untuk bertanding jawatan di peringkat Bahagian. Pada penggal yang lepas, hanya seorang bekas Ketua Pemuda berjaya naik pangkat (kerusi Bahagian).

Hari ini yang kekal tinggal hanya 3 orang iaitu diri saya, saudara Idham Yasser (KP Titiwangsa) dan Mohd Rafii Alli Hassan (KP Labuan) dan akan meneruskan perjuangan parti, Insyallah.

Saya mendoakan YBhg Datuk Rizalman Mokhtar akan berjaya dalam mengisi kekosongan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak. Ketua Pemuda Kepong, Datuk Noridzan Ali dan saudara Azmi (KP Setiawangsa) berjaya dalam jawatan Timbalan Ketua Bahagian.
Ketua Pemuda Batu Saudara Azniee, Ketua Pemuda Bukit Bintang Tengku Azman, saudara Taupik (KP Wangsa Maju) dan saudara Mahadhir (KP Segambut) akan berjaya mengisi jawatan Naib Ketua Bahagian masing².

Saya mendokong kejayaan buat institusi Pemuda dan terus mengharapkan mereka berjaya dalam pertandingan ini.

Semoga berjaya sahabat² dan terima kasih meninggalkan Pergerakan Pemuda Wilayah Persekutuan dalam keadaan yang cukup baik.

Terima kasih dari saya dan Pemuda UMNO Seputeh."


Razlan Rafii

@MukhrizMahathir Yakin Pengundi Buat Pilihan Tepat Undi #BarisanNasional #1Malaysia

Mukhriz  yakin pengundi  pilih BN

Penguasaan PAS selama 20 tahun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, bukan halangan besar kepada Barisan Nasional (BN) untuk menang dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir yang mengakui BN sebagai ‘underdog’ dalam pilihan raya kecil itu yakin pengundi Sungai Limau akan memilih BN bagi mendapat manfaat agenda transformasi yang diatur kerajaan negeri.

#PemilihanUMNO : @PapaGomo Kata @LokmanAdam Bodoh!! #PAU13 #UMNO

Apasal lah si PapaGomo dok meroyan sound² calon nombor O2 Naib Ketua Pemuda UMNO, saudara Lokman Adam ni bodoh. Apasal plak dia tak sound calon² lain. Sedangkan ada lagi ramai yang bodoh compare dengan Lokman Adam.

Mesti ada cai yang bayar Gomo untuk herdik Pengerusi Unit Pidato UMNO & Barisan Nasional (BN) ni. Takkan sebab Lokman upload gambar personal dia kat Instagram pun dah jadi masalah pada Gomo.

#PAS Kata Pemilihan DAP Bersifat Racist !


Ahli Pas cawangan Taman Selasih, Kulim, Kedah, Wan Johori Wan Omar hari ini menempelak DAP kerana didakwa bersifat rasis apabila tiada calon benar-benar Melayu menang dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bulan lalu selain bertindak biadap menyerang Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang majoriti kakitangannya orang Melayu.

Berikut kenyataan penuh Wan Johori:

l Ekoran pemilihan semula CEC, ternyata DAP adalah parti rasis dan anti-Melayu. Keputusan pemilihan semula September 2013 sama dengan keputusan Disember 2012, tiada calon Melayu yang menang, semua calon Melayu kalah.

#PemilihanUMNO : Gempar Video Terbaru @LokmanAdam Akui Bakar Bendera? #UMNO #Lokman4NKP



Thursday, October 10, 2013

#PemilihanUMNO : Kenapa Baru Sekarang Mahu Cantas @LokmanAdam ? #UMNO #1Malaysia #Lokman4NKP


Persoalan mudah buat semua Pembaca dan Perwakilan Pemuda UMNO yang bakal membuat keputusan menentukan kepimpinan parti pada 12 Oktober 2013, Sabtu ini.

Ini semua cerita, black ops dan ketidakpuasan hati sesetengah pihak terhadap Lokman Adam.

Jika kita tidak bersetuju dengan tindakan Lokman Adam, mengapa Lokman Adam diberi kepercayaan memegang posisi sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia pada penggal 2008 hingga kini?

#PemilihanUMNO : Transformasi UMNO Beri Ruang Lebih Ramai Babitkan Diri #1Malaysia #UMNO #PAU


Pemilihan UMNO 2013 adalah antara transformasi yang dijanji oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi membolehkan lebih ramai ahli UMNO turut terbabit dalam menentukan pucuk kepimpinan parti berbanding apa yang pernah dilakukan sebelum ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keterbukaan UMNO telah memberi ruang sehingga ahli di peringkat cawangan untuk bersama-sama kepimpinan parti menjadikan UMNO sebagai sebuah parti yang terus relevan bukan sahaja kepada ahlinya malah untuk seluruh rakyat.

851 Orang Perwakilan Hilang Atau Dihilangkan #DAP ? #1Malaysia #CEC


Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng terus didesak memberi penjelasan kepada semua pihak termasuk Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung 'kehilangan' sebanyak 851 perwakilan dalam Kongres Khas pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu 29 September lalu.

Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Baling, Kedah, Zamani Mustaffa berkata, beliau bersetuju dengan Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim perkara itu tidak pernah berlaku dalam senario politik negara.

#PemilihanUMNO #Umno Polls: @MukhrizMahathir Optimistic About Securing VP Post #1Malaysia


Kedah Mentri Besar Datuk Mukhriz Mahathir is optimistic about his chances of winning one of the three Umno vice-president slots at the party’s Oct 19 elections.

However, Mukhriz said that there was still work to do, as he had to continue meeting members to strengthen his bid for one the three slots eyed by six contestants, including three incumbents.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...