Teka teki siapakah yang bakal menjadi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa akhirnya terjawab hari ini selepas pemilihan kali ketiga diadakan sebentar tadi. Sebelum ini pemilihan utama yang diadakan mendapat bantahan daripada perwakilan yang tidak berpuas hati dengan keputusan undian awal. Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan (BPUWP) telah menerima beberapa bantahan dan membuat keputusan untuk mengadakan persidangan pemilihan semula jawatan Timbalan Ketua UMNO Setiawangsa. Pemilihan kedua yang diadakan pada 16 November 2013 lepas, memperlihatkan keputusan seri antara calon Shuib Ibrahim & Datuk Halim yang mendapat 165 undi manakala bekas Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian mendapat 8 undi sahaja. Keputusan seri tersebut menyebabkan BPUWP mengadakan pemilihan sekali lagi bagi merebut jawatan tersebut. Hari ini, pada permulaan persidangan, calon 02 Datuk Halim telah membuat pengumuman tidak akan bertanding dan menarik diri. Sekali gus, persaingan sengit antara dua orang calon saja. Keputusan yang jelas telah diperolehi dan secara tidak langsung teka teki siapakah yang dipilih oleh perwakilan sudah terjawab. Berikut keputusan yang diperolehi ; 01 Shuib Ibrahim - 212 Sudah confirm kemenangan dimiliki oleh Shuib Ibrahim bagi menyandang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa. Tahniah |
Saturday, November 30, 2013
Shuib Timbalan Ketua #UMNO Setiawangsa Yang Baru #1Malaysia @NajibRazak @TengkuAdnanReal #PAU13
Wednesday, November 27, 2013
Tahniah @razlanrafii Dilantik Ketua Pergerakan Pemuda #UMNO Wilayah Persekutuan #1Malaysia @NajibRazak
Nama Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii merupakan nama yang tak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia politik tanah air terutama di peringkat Pergerakan Pemuda UMNO. Beliau yang dikenali kerana kelantangan membahaskan isu-isu semasa dan memperjuangkan nasib Bumiputera di Kuala Lumpur yang tersepit antara pembangunan dan survival hidup di ibu kota Malaysia ini. Lantikan beliau yang diumumkan pagi ini oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin di hadapan barisan Exco baru di PWTC setelah Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan juga merestui cadangan nama beliau. Pengalaman saya yang pernah dan masih berjuang dalam dunia siber bersama beliau banyak mempengaruhi perjuangan politik saya hari ini. Banyak perkara baru mengenai politik telah saya pelajari bersama beliau. Mungkin ada beberapa pihak yang belum mengenali beliau secara mendalam. Cara yang paling mudah, kenali beliau dengan membuat carian di Google dan lihat artikel-artikel di dalam surat khabar yang pernah dikeluarkan sebelum ini. Kepada 'bos', saya ucapkan selamat maju jaya dan teruskan perjuangan walaupun dikecam oleh Pembangkang. |
Tuesday, November 26, 2013
Selamat Ulangtahun Ke 74, PakLah !!~ #1Malaysia
Beliau menyambut hari lahir yang ke 74 tahun hari ini. Semoga Allah memberkati Tun Abdullah Badawi.
Terangsang Dengan Nurul Izzah, Pemandu Peribadinya Rogol Warga Asing #1Malaysia
#PRKampus : Skrip Drama Kali Ini LETUPKAN Universiti Malaya #UM Kali ini? #WeCare #1Malaysia
Menjelang beberapa hari menuju ke Pilihanraya Kampus Universiti Malaya (UM), banyak spekulasi serta suara² yang berbunyi seakan² cuba menimbulkan kegusaran dan ketakutan di kalangan pelajar yang akan membuat undian terhadap calon² pemimpin pelajar.
Saturday, November 23, 2013
Blogger Pembangkang Buka Kelas Menari? #1Malaysia
Gila gempaklah bloggers Pembangkang membuat kelas belajar buat blog. Secara tidak langsung mereka dapat mengumpulkan dana untuk poket sendiri lah kan. Masyukkk~ Agaknya mereka sudah tidak mendapat pembiayaan bulanan daripada kerajaan negeri Selangor yang sebelum Pilihanraya Umum 13 lepas, kecoh apabila sebuah kerajaan negeri menyediakan peruntukan khas buat para troopers PR berjihad. Umum mengenali bloggers PR seperti dalam flyers di atas yang tidak pernah takut dosa dan tidak mengenali apakah itu pahala. Matlamat utama mereka adalah menjatuhkan kerajaan, pemimpin lawan dan tak perlu untuk memikirkan kesan akibat sebaran berita yang tidak berasas. Kali ini strategi mereka membuat kelas belajar buat blog sebenarnya projek 2 dalam 1. Mereka bukan saja mencurahkan ilmu blog tapi sebenarnya merekrut bloggers baru untuk diletakkan bersama bawah naungan PR yang memperjuangkan LGBT dan duduk menyokong perjuangan COMANGO. Sebelum buat pilihan, fikir-fikirkanlah. |
Friday, November 22, 2013
#PRKampus : Kempen Mahasiswa Pendidik Sudah Bermula? #UpsiOk #1Malaysia @WeLoveUpsi
Gambar pelajar perempuan memegang sepanduk di atas merupakan satu daripada beberapa puluh gambar diperolehi daripada laman Facebook menyokong Mahasiswa Pendidik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menunjukkan pelajar-pelajar di sana telah memulakan kempen provokasi Pilihanraya Kampus di sini.
Secara jelas mereka telah memulakan kempen awal sebelum tarikh yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (SPMPP) iaitu pada 25 Nov sehingga 27 Nov 2013.
Kalau nak difikirkan tindakan mereka ini memang sudah salah sebab berkempen terlebih awal daripada sepatutnya. Mungkin sebab dah tak sabar kot nak mengundi, itu pasal mereka sibuk-sibuk berdiri terlolong menarik perhatian orang yang lalu lalang di sana.
Salah tetap salah tapi adakah mereka yang mewakili Mahasiswa Pendidik ini bakal berdepan dengan tindakan dari SPMPP atau pihak yang berwajib sekadar melihat dan membiarkan saja?
Tunggu dan lihat.
Jom follow Twitter @WeLoveUPSI
|
Thursday, November 21, 2013
Menteri Wilayah Persekutuan @TengkuAdnanReal Perjelas Isu Cukai Pintu Naik #DBKL @NajibRazak #1Malaysia
![]() |
Menteri Wilayah Persekutuan, YB Tengku Adnan berjalan masuk bilik mesyuarat bersama Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok |
Isu utama yang dibentangkan dan diperbincangkan adalah kenaikan tarif cukai pintu seperti yang diterima dan dipertikaikan penduduk Kuala Lumpur. sebelum ini.
Tuesday, November 19, 2013
#Pray4TunM Respon Positif Dari Ayahanda Tun Mahathir #1Malaysia @MukhrizMahathir
Persoalan dan persepsi yang bermain di minda para rakyat Malaysia yang bimbang akan masalah kesihatan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan dimasukkan ke dalam Institut Jantung Negara (IJN). Inilah satu nota ringkas yang ditulis sendiri oleh ayahanda Tun Mahathir yang masih lagi menerima rawatan di IJN. Tun Mahathir dilaporkan terkena jangkitan kuman pada dadanya dan dimasukkan ke IJN tengahari semalam. Sama-sama kita doakan untuk kesejahteraan Tun Mahathir, Insyallah. |
Monday, November 18, 2013
Tahniah Rider Malaysia Hafizh Syahrin Menang Lagi Di #Sepanyol #1Malaysia @NajibRazak @KhairyKj
Sunday, November 17, 2013
#PemilihanSemulaUMNO : Saingan Sengit Merebut Jawatan Timbalan Ketua #UMNO Bahagian #Setiawangsa #1Malaysia @NajibRazak @TengkuAdnanReal
Sidang mesyuarat telah dimulakan pada jam 10 pagi di Dewan Tun Dr Ismail, PWTC semalam dengan kehadiran seramai 342 orang perwakilan daripada 364 orang jumlah sebenarnya.
Thursday, November 14, 2013
Timbalan Menteri Sengaja Bakar Sentimen Keagamaan #1Malaysia @NajibRazak @TengkuAdnanReal
Menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia, P Waythamoorthy, menyatakan Tengku Adnan tiada hak menyatakan apa yang tempat suci dan apa yang kuil. (“no business in interpreting what amounts to a shrine or temple”).
Blogger #KLChronicle Dedah Masalah Besar DAP Di 6 Buah Negeri #1Malaysia

Cantas mencantas untuk terus mendominasi parti dan keretakan dalaman, antara punca kebanyakan pemimpin tertinggi DAP negeri tampil membuat kenyataan terbuka 'menghentam'.
Ini dipercayai ada hubung-kait dengan pemilihan negeri yang akan diadakan tidak lama lagi. Pemimpin kanan DAP seperti Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng dikatakan akan memastikan 'orang'nya dipilih pada pemilihan parti kali ini. Seterusnya, didakwa akan membantu mereka menguasai dan 'mencantas' ahli-ahli yang tidak menyokong mereka.
Apa yang terjadi di negeri-negeri berikut:
#PAU2013 Tarikh Perhimpunan Agung #UMNO 2013 #1Malaysia @NajibRazak

Wednesday, November 13, 2013
Permilihan Ketua Dewan Pemuda PAS Amat Jijik #1Malaysia #MuktamarPAS @NajibRazak @RazlanRafii
Nasaruddin Tantawi tidak mempertahankan jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, sebaliknya membiarkan anak-anak buahnya memilih pilihan ketua mereka.
Apapun, disebalik insiden menyamakan anjing dengan salah seorang daripada calon ketua amat memalukan dan jijik.
Tuesday, November 12, 2013
Peguam Pembangkang Akan Bantu Suspek Kes Bunuh Kerani Ambank? #1Malaysia @NajibRazak @PDRMsia
Sekalung tahniah saya ucapkan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) apabila berjaya menangkap suspek kes bunuh dan rompak sebulan yang lepas.
Suspek yang dikenali sebagai Ardi dirakam oleh kamera kawalan tertutup (cctv) telah menembak mangsa sehingga mati seorang kerani cawangan Ambank dan melarikan kira-kira RM450,000 pada kejadian tersebut.
Maklumat awam dan risikan yang baik telah membuahkan hasil apabila penjenayah warganegara Indonesia ini telah berjaya ditangkap hidup-hidup oleh anggota Polis dari Bukit Aman, menurut tweet Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Sunday, November 10, 2013
Exco Pemuda #UMNO Dari WP Mana Pulak Gagal Buat Kerja Di Sg. Limau? @NajibRazak @KhairyKj @azwanbro
Tak sudah-sudah cerita pasal Pemuda UMNO buat hal di Sg. Limau semasa Pilihanraya Kecil DUN Sg. Limau awal minggu ini.
Hari ini pula timbul cerita si polan ni merupakan orang kuat Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang gagal untuk menyumbangkan tenaga buat UMNO Cawangan, Bahagian dan apatah lagi peringkat negeri.
Ini bukan cerita baru tapi dah lama berlaku dan terpaksa ditelan oleh sebahagian besar ahli Pemuda UMNO Bahagian Segambut, Kuala Lumpur dan kepimpinan parti di sini.
Mungkin mereka berharapkan agar 'keistimewaan' boleh dikecapi apabila seorang wakil sayap ke peringkat nasional dan sedikit sebanyak bolehlah bantu apa-apa yang patut. Namun segalanya hanya tinggal angan-angan kerna dikatakan tiada pun sumbangan si polan ni di peringkat Bahagian sepanjang tempoh menjelang PRU 13 yang lepas.
Saturday, November 9, 2013
Insyallah Parti PAS Akan Dibatalkan Oleh ROS? #1Malaysia

Kita menerima kemenangan PAS di Sungai Limau dengan hati yang terbuka dan tenang. Tiada rungutan dan bantahan di pihak UMNO walaupun berlaku beberapa insiden yang tidak memuaskan hati. Tiada juga kedengaran rungutan dan bantahan di pihak PAS seperti dakwaan pengundi hantu, dakwat tidak kekal atau SPR tidak telus, yang sering kita dengar setiap kali pilihanraya.
Mungkin PRK Sungai Limau merupakan PRK paling bersih bagi PR dan juga bagi Ambiga, kerana PAS telah menang.
Friday, November 8, 2013
Pemuda UMNO Lesu Di Sg Limau? #SgLimau #1Malaysia @NajibRazak @Khairykj @azwanbro

Pengalaman berdepan dengan Pilihanraya Kecil DUN Sg Limau di sini amat berbeza dengan PRK² yang lain. Di Sg Limau, pemandangannya jauh lebih indah dan aman tetapi politiknya cukup berbeza daripada kawasan² yang lain.
Manakan tidak, Sg Limau merupakan kubu kuat PAS di Kedah selain 1 2 kawasan yang lain di negeri ini. Mungkin ramai yang telah menjangkakan kemungkinan Barisan Nasional (BN) akan tewas di sini amat kuat dan ada juga pendapat yang mengatakan kemungkinan juga BN bakal memenangi hati penduduk di sini dengan transformasi yang dibawa dari dalam UMNO kepada rakyat terutamanya pengundi.
Reezal Merican Tempelak Dewan Rakyat Dikatakan Tidak Demokratik #1Malaysia

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang paling tidak demokratik kerana menafikan hak wakil rakyat Barisan Nasional (BN) untuk bertanya dalam sesi soal jawab lisan.
Media Pula Dituduh Spin Kenyataan Karpal Singh? #1Malaysia #DAP

Menyedari akan keterlanjuran dan kesilapan yang dilakukan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung kenyataan kontroversinya semalam, Penasihat parti itu, Lim Kit Siang dengan pantas menarik ‘hand break’ bagi membetulkan keadaan bagi menjaga hati rakan sekutunya Pas.
Karpal semalam dilaporkan telah menggesa agar semua parti politik dan pertubuhan yang berasaskan kepada satu kaum dibatalkan pendaftaraannya supaya sesuai untuk disertai rakyat tanpa fahaman dan latarbelakang keturunan. Menurutnya lagi parti politik dan pertubuhan profesional yang berasaskan kaum dan agama sepatutnya tidak dibenarkan kerana ia merupakan sesuatu yang serius.
#TabungWiraNegara : Tahniah Kerajaan #1Malaysia Umum Sumbangan Bulanan Kepada Keluarga Perwira Lahad Datu
Ahli keluarga dan waris kepada wira negara yang terkorban ketika menentang pengganas dalam kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah akan menerima bantuan secara bulanan daripada Tabung Wira Negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, balu kepada wira negara akan menerima sumbangan sara hidup RM800 setiap bulan, RM500 (anak di bawah 18 tahun) dan RM400 (ibu bapa kepada wira yang bujang).
Monday, November 4, 2013
#PRKSgLimau : Calon BN Selamat Mengundi Bersama Keluarga Tapi Calon PAS Tak Boleh Mengundi Pula? #1Malaysia #BeraniHijrah
Seawal jam 830 pagi, calon Barisan Nasional (BN) telah tiba di Pusat Pembuangan Undi, Dulang Kecil. Dr Sohaimi Lazim tiba bersama isteri dan anak-anaknya bagi menjalankan tanggungjawab di sini. Insyallah, kita yakin Barisan Nasional akan mencipta kemenangan di DUN Sg Limau. Yakini Barisan Nasional P/s : Calon PAS bukan pengundi DUN Sg Limau. Beliau orang luar dan yang pastinya bukan anak tempatan. |
Sunday, November 3, 2013
#PRKSgLimau : PAS Dah Parah Bergaduh Sesama Sendiri Pula #BeraniHijrah #1Malaysia
Perjumpaan Pimpinan PAS malam tadi bersama ketua ketua pusat mengundi turut dihadiri wakil DAP yang mana DAP dah sahkan sg Limau PAS akan menang kerana DAP berjaya dapat 2800 undi untuk PAS. Menurut wakil DAP prk Sg limau kali ini hanya boleh ditentukan dengan faktor beli undi dan atas sebab itu DAP telah menyalurkan peruntukkan kepada 2800 pengundi bagi memastikan untuk mengundi PAS esok. Atas penerangan wakil DAP itu menyebabkan 4 ketua pusat mengundi yang hadir tidak berpuas hati dengan campurtangan wakil DAP dan telah bertindak keluar dari meeting yang diadakan. 4 ketua pusat mengundi PAS juga telah mengugut untuk menututup dan tidak membawa pengundi esok keluar kerana tidak berpuas hati DAP mengatur segala proses Prk Sg Limau dan bermain dengan pembelian undi. "DAP dah atur kemenangan, nampak sangat lah bahawa DAP yang boleh tentukan kemenangan PAS walaupun ditempat Melayu" Terbukti PAS hanya ikut telunjuk DAP dalam apa cara sekalipun termasuk dengan Prk Sg Limau ini dengan menggunakan duit yang DAP perolehi bagi membeli undi. Tak hairan lah Lim kit Siang keluarkan kenyataan Prk Sg limau Duit merupakan faktor kemenangan parti yang bertanding. |
#PRKSgLimau : Gantung 'Kaki Ustaz' Mungkin Kerja Parti Anak Beranak #1Malaysia
Barisan Nasional (BN) menafikan parti itu menggantung patung yang dipotong kakinya di kawasan Titi Batu dan Bukit Besar di sini hari ini. Patung berwarna kelabu yang dipotong separuh kaki sehingga paras betis dan tertulis perkataan 'Ini kaki Ustaz Azizan' digantung di atas wayar elektrik berhampiran bilik gerakan BN di kawasan tersebut. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, satu laporan polis berhubung kejadian tersebut telah dibuat hari ini dan pihaknya meminta semua petugas parti berhati-hati sepanjang tempoh 48 jam yang masih tinggal untuk berkempen. "Saya amat kesal dengan kejadian ini kerana ia satu provokasi melampau yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mungkin dilakukan oleh pakatan pembangkang pada saat-saat akhir berkempen ini. "Perkara ini sangat tidak wajar dan saya menafikan penglibatan BN dalam hal ini, kami masih ada etika dan tidak sampai ke tahap melakukan perkara sebegitu," katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan BN di sini hari ini. Menurut beliau, sehingga kini pihaknya masih menyiasat siapa yang bertanggungjawab di sebalik kejadian tersebut dan menolak tanggapan awal bahawa perkara itu dilakukan oleh ahli UMNO untuk mensabotaj parti itu. "Secara logiknya kenapa kita nak gantung patung tersebut berhampiran bilik gerakan BN. Saya tidak mahu menuduh sesiapa tetapi perkara ini sangat jijik dan tak wajar dilakukan walaupun kita sedang giat meraih sokongan pengundi di Sungai Limau," ujarnya. |
Friday, November 1, 2013
#PRKSgLimau : Siapalah Yang Buat Kalendar EXCO Pemuda UMNO Ni? #1Malaysia @KhairyKj @AzwanBro

#PRKSgLimau : Setelah Banyak Melakukan Dosa Fitnah Politik, Kini @hairieothman Enggan Terjebak Dengan Pakatan Rakyat #1Malaysia #BeraniHijrah #BeraniKejam
Hairie, 42, turut berkata, dia juga tidak terlibat menyertai kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Yan, Kedah yang sedang berlangsung.