Wednesday, December 31, 2014

Tangan Hitam Bertanggungjawab Terhadap #MH370 #MH17 #QZ8501? - Blogger China


Tindakan seorang blogger misteri di China meramalkan sebuah pesawat AirAsia akan ghaib - 13 hari sebelum QZ8501 dilaporkan hilang pada Ahad menjadi viral dikalangan netizen.

Dalam ramalan tersebut blogger terbabit dilaporkan memberi amaran kepada syarikat penerbangan bahawa sebuah pesawat lagi sedang menjadi sasaran oleh kumpulan bayangan yang digelarnya 'Tangan Hitam' (Black Hand).

Lagi Pesawat #AirAsia Hadapi Masalah Teknikal Ketika Terbang


Sebuah pesawat AirAsia yang baru sahaja berangkat ke destinasi di timur laut Thailand terpaksa berpatah balik ke Bangkok hari ini selepas juruterbang mengesan ‘sesuatu yang di luar kelaziman dalam ruang penyimpanan, ujar jurucakap rasmi syarikat penerbangan tersebut.

Insiden tersebut berlaku sejurus selepas pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di Indonesia menemui serpihan di permukaan laut yang disahkan daripada pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang sewaktu dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura Ahad lalu.

Tuesday, December 30, 2014

Handphone Tidak Dimatikan Punca Pesawat AirAsia #QZ8501 Terhempas?


Ketua Polis Indonesia, Jenderal Pol Sutarman memberitahu Kompas.com bahawa mereka mengesan isyarat telefon bimbit salah seorang penumpang pesawat Air Asia Indonesia QZ8501, yang terhempas tiga hari lalu, melalui base transciever station.

Pemuda & Puteri UMNO WP Hantar Bantuan Sampai Tengah Malam #Banjir2014 #PrayForPantaiTimur



Konvoi Prihatin Pergerakan Pemuda & Puteri UMNO WP telah tiba di Kuala Lipis dan disambut oleh Ahli Parlimen Kuala Lipis merangkap Ketua UMNO Bahagian, YB Datuk Hj. Rahman Mohamad.

Konvoi telah dipecahkan kepada 5 kumpulan yang akan masuk ke beberapa kampung seperti Kg. Mela, Kg. Aur Gading, Kg. Jeram Landak, Kg. Redan & Kg. Seberang Jelai.

Monday, December 29, 2014

Nombor Telefon Bilik Gerakan Banjir Tempatan Terengganu, Kelantan & Pahang #Banjir2014 #PrayForPantaiTimur

Ketua Pemuda UMNO WP Minta Dikongsikan Lokasi Mangsa Banjir Belum Terima Bantuan @TengkuAdnanReal @razlanrafii #Banjir2014 #PrayForPantaiTimur


Pagi ini Pergerakan Pemuda & Puteri UMNO Wilayah Persekutuan (WP) telah berlepas menuju ke 3 (tiga) buah daerah utama di negeri Pahang bagi menyampaikan sumbangan yang telah dikumpulkan semenjak 25 Disember 2014 yang lepas.

Antara daerah² tersebut adalah Temerloh, Kuala Lipis dan Maran. Beberapa buah kampung telah dikenalpasti dan laporan mengenai bekalan tidak sampai telah dimaklumkan kepada Pemuda & Puteri UMNO WP kerana disebabkan masalah logistik tempatan. Konvoi akan cuba meringankan bebanan yang ditanggung pasukan penyelamat.

Kenyataan Penuh Penangguhan Tarikh Bermula Persekolahan Oleh TPM #Banjir2014 #PrayForPantaiTimur


Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.

Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sunday, December 28, 2014

Pesawat AirAsia Penang - Langkawi Hadapi Masalah Teknikal


Pesawat AirAsia dari negeri ini ke Langkawi berpatah balik dipercayai berpunca daripada masalah teknikal.

Pesawat AK6242 berpatah balik selepas 10 minit memulakan perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada jam 4.30 petang, sebentar tadi.

Saturday, December 27, 2014

Nampak Tak Game Pembangkang & Syarikat Insurans Mahukan Darurat #Banjir2014 #PrayForPantaiTimur



Selagi Perdana Menteri tak sampai Malaysia selagi tu tak senang duduk macai-macai Pembangkang apabila mereka beriya-iya mendesak agar Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak pulang ke Kelantan melawat mangsa-mangsa banjir.

Walhal sebelum Najib ke Amerika, beliau telah turun padang berjumpa mangsa-mangsa banjir terlebih dahulu pada 20 Disember 2014 yang lepas. Menurutnya, beliau sendiri sudah dimaklumkan berkenaan status harian banjir di Malaysia semasa di luar negara.

Dana Tambahan Bantuan Banjir RM500 Juta & Darurat Tak Diisytiharkan - PM @NajibRazak #Banjir2014 #PrayForPantaiTimur


Saya telah meninjau dan melakukan lawatan ke banyak kawasan di Kelantan yang dilanda banjir. Dalam sidang media berkaitan, saya menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan bantuan sampai kepada mangsa yang memerlukan.

Selain itu, saya juga melahirkan kepercayaan dan keyakinan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara bagi menangani isu banjir yang melanda kini.

Malaysiakini Cuba Lagakan Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri @NajibRazak @MuhyiddinYassin #Banjir2014 #PrayForPantaiTimur


Dah lah sumbangan kepada negara takda langsung, tiba-tiba pula hari ini Malaysiakini cuba memprovoke kepimpinan UMNO hari ini.

Melihatkan saja tajuk berita mereka, sudah jelas menunjukkan cubaan media Pembangkang ini melaga-lagakan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Ismail Sabri Arahkan Semua Agensi Di Bawah Kementeriannya Bantu Mangsa Banjir @IsmailSabri60


Semua agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah digerakkan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara terutamanya di kawasan yang teruk di landa banjir.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Pertanian memperuntukkan RM362,000 untuk disalurkan segera kepada mangsa-mangsa.

Friday, December 26, 2014

[Video] Pemuda & Puteri UMNO WP Turun Padang Bantu Mangsa Banjir Kg. Puah Di Kuala Lumpur


Pemuda Umno Wilayah Persekutuan diketuai Mohd Razlan Muhammad Rafli tampil menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terlibat dalam kejadian banjir di beberapa buah kampung sekitar Kampung Puah di sini hari ini.

Menurutnya, sebanyak 31 buah keluarga dari tiga kampung yang berlainan, termasuk Kampung Puah Asal, Kampung Puah Lembah dan Kampung Puah terlibat dalam bencana itu selepas paras air dikatakan meningkat berikutan hujan lebat, semalam.

Thursday, December 25, 2014

Luahan Kisah Sebenar Wanita Nyaris Dirogol Di KTM Batang Benar


Baru² ini Malaysia dikejutkan dengan berita seorang wanita nyaris dirogol di stesen KTM Batang Benar. Kejadian dikatakan berlaku ketika di tempat parking semasa hendak pulang ke rumah. 

Ada banyak pengajaran dan perhatian yang perlu dititikberatkan oleh semua pihak yang terlibat. Walaupun kejadian rogol ini saban minggu kita boleh dengar ianya berlaku tetapi perlu ada langkah² pencegahan dan yang paling penting bagaimana perlakuan biadap ini dapat dielakkan daripada terus menerus berlaku.

Wednesday, December 24, 2014

Senarai Laluan Bas #RapidKuantan Yang Dinaiki Banjir #timbangrasa @rapidkuantan @MyRapidKL


Memandangkan keadaan jalan raya di Kuantan, Pahang telah mula dinaiki air. Pihak RapidKuantan telah mengeluarkan pekeliling mengenai pemberhentian sementara operasi bas di lima (5) laluan yang tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan & pengangkutan awam.

Laluan² tersebut adalah ;

Kurangkan Penggunaan Mobile Data Di Kawasan Banjir #timbangrasa @NajibRazak @shaberyc @razlanrafii


Orang ramai yang berada di kawasan berhampiran berlaku kejadian banjir dan bencana alam diingatkan supaya menghadkan penggunaan mobile data melalui telefon pintar.

Satu bentuk risalah telah disebarkan awal minggu ini menunjukkan keperluan & kepentingan komunikasi di kawasan berlaku bencana banjir hari ini.

Tuesday, December 23, 2014

Pendatang Asing Tanpa Izin Digesa Biarkan Diri Ditangkap Pihak Berkuasa Tempatan @imigresenmy


Melihatkan gambar² daripada Jabatan Imigresen Malaysia berkenaan penghantaran pulang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) melalui jalan udara telah menyebabkan saya menulis artikel tak seberapa ini.

Cuma saya berharap, Pembaca² untuk artikel kali ini adalah terdiri daripada rakyat Indonesia yang bertaraf PATI. Kalau para Pembaca warganegara Malaysia barangkali boleh dijadikan panduan untuk memberi nasihat kepada PATI² berhampiran mereka.

Sunday, December 21, 2014

Adik Adam Perlukan Bantuan Rakyat Malaysia Yang Prihatin @NajibRazak @TengkuAdnanReal


Tiada tergambar perasaan apabila melihat wajah anak ini yang baru bernafas sebulan di dunia. Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa perasaan tersirat ibu dan bapa anak ini.

Sebaik melihat gambar ini, saya sendiri telah menghubungi ibu anak bernama Adam ini. Ibunya mengesahkan gambar yang bertebaran di laman sosial adalah benar anaknya.

Rakyat Menantikan Rafizi Ditangkap Kerana Menghasut Rakyat Berdemontrasi Malam New Year #2015 @PDRMsia


Misi utama Rafizi Ramli memecahbelahkan rakyat. Dia dan pemimpin PR yang lain tak suka apabila rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman tanpa memikirkan sejenak sentimen politik semasa menonton sukan.

Dalam kesempatan final bola Piala AFF Suzuki, dia still lagi nak menghasut rakyat supaya turun di jalanan pada malam sambutan Tahun Baru 2015.

Friday, December 19, 2014

Gunakan Pengangkutan Awam Untuk Tonton Final Bola #Malaysia vs Thailand #AFFSuzukiCup2014


Demi memastikan para penyokong Harimau Malaya turun beramai-ramai menyokong pasukan bola sepak nasional, Rapid Rail Sdn Bhd, pengendali perkhidmatan LRT di Lembah Klang, akan meletakkan tren-tren Rapid KL dalam keadaan bersedia atau ‘stand-by’ untuk memastikan perjalanan selesa untuk para penggunanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Haji Khairani Mohamed, dalam satu kenyataan hari ini, berkata para penyokong tidak perlu bimbang kerana Rapid KL akan memastikan masa perkhidmatan LRT yang sesuai.

Pendekatan Ismail Sabri Bersama Pengundi Bera Di Kuala Lumpur Menampakkan Petanda Positif @IsmailSabri60


Secara peribadi apabila saya melihat sambutan pada majlis perjumpaan anak-anak kelahiran Bera, Pahang yang berhijrah di Kuala Lumpur, saya amat kagum dan tertarik dengan cara pendekatan yang dibawa. Tidak rasmi dan santai bersahaja.

Pertamanya saya kagum dengan sikap Dato' Seri Ismail Sabri yang tak menang tangan melayan tetamu yang hadir pada program tersebut. Beliau nampak begitu excited apabila berbual dengan pengundi-pengundinya dan ahli keluarga yang turut hadir.

Wednesday, December 17, 2014

Salah Siapa Apabila Pemandu Teksi Uber Rogol Penumpang @aduanSPAD @NajibRazak


Kejadian pemandu teksi Uber merogol penumpang dilaporkan berlaku di India baru² ini. Kini pasukan polis India masih lagi berusaha mengesan seorang pemandu teksi perkhidmatan tempahan antarabangsa, Uber.

Pegawai polis New Delhi berkata, siasatan lanjut yang dilakukan menjumpai sebuah teksi yang ditinggalkan pemandu berusia 32 tahun itu, namun pemandu tersebut masih dicari.

Monday, December 15, 2014

Al-Fatihah : Hero Filem Melayu Mustapha Maarof Meninggal Dunia


Hero legenda filem Melayu era Studio Jalan Ampas dan Cathay Keris, Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia pada Isnin di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju.

Allahyarham yang berusia 79 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.40 pagi akibat komplikasi masalah paru-paru.

Friday, December 12, 2014

Penganjur Debat Isu Sabah Sengaja Memalukan Rahman Dahlan @mpkotabelud


1. The invitation by several NGOs, activists, and Sabah’s opposition lawmakers for me to attend the RCI Debate last night is mischievous in its intention.

2. At this juncture, after decades of not having effective solution on this issue, I think Sabahans are now more interested and craved for substantial steps forward - earnest and frank discussions without resorting to rhetorical argument.

Senarai Lokasi Gangguan Bekalan Air 17 Disember 2014 @puspel


Sebanyak 82 kawasan di Gombak, Kuala Lumpur dan Petaling akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 17 Dis (Rabu) mulai 9 pagi hingga 12 tengah malam.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan memaklumkan gangguan itu berikutan kerja pengalihan paip di kawasan berkenaan.

Thursday, December 11, 2014

Kereta RM1.2 Juta Terbakar Di Lebuhraya Berhampiran Yong Peng


Seorang lelaki kerugian kira-kira RM 1 juta selepas kereta mewah dipandunya terbakar di Kilometer 113.8 Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran Yong Peng di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 3.40 petang itu, pemandu kereta terbabit bersama dengan seorang penumpang terselamat selepas keluar sebaik menyedari kejadian itu.

Tuesday, December 9, 2014

PBNJ Haramkan IJF Masuk Stadium Babitkan Perlawanan Pasukan Johor


Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengharamkan kumpulan penyokong bola sepak yang menamakan diri mereka ‘Inter Johor Firms’ (IJF) daripada memasuki Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos seumur hidup.PBNJ, dalam kenyataan menerusi laman sosial rasminya pada Isnin, menyebut kumpulan IJF itu diharamkan daripada memasuki mana-mana stadium yang membabitkan perlawanan pasukan Johor.

“PBNJ dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia telah mendapat perkenan daripada Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) untuk menghalang kegiatan kumpulan pelampau yang mencemar imej negeri Johor,” kata persatuan itu.

43 Fakta Ringkas Bajet Negeri Terengganu 2015


Berikut adalah 43 fakta ringkas mengenai Bajet 2015 bagi negeri Terengganu Darul Iman seperti yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Dato' Ahmad Razif.

1. Bajet dari rakyat kepada rakyat untuk rakyat

2. Bersifat inklusif kerana mengambil kira pandangan rakyat melalui Majlis Perundingan Rakyat, secara online melalui minggu pandangan bajet, whatsApp, SMS. 

Seorang Komando Malbatt 850 - 2 Meninggal Dunia

Seorang anggota komando yang menyertai MALBATT 850-2 dalam Misi United Nations Interim Force (UNIFIL) di Lubnan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika dalam tugas, semalam.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan, anggota berkenaan, Koperal Azman Che Soh, 34, yang menyertai misi itu sejak 18 September lalu sedang bertugas di Kem UNP 2-1, Kem Marakah Lubnan.

Monday, December 8, 2014

Rakyat Berterima Kasih Kepada Imigresen Ambil Langkah Wajar @NajibRazak @Zahid_Hamidi @imigresenmy


Dalam satu keputusan yang dianggap penuh bersejarah, Jabatan Imigresen Malaysia hari ini mengumumkan pembatalan pasport Alvin Tan dan Ali Abdul Jalil. Kedua-dua mereka juga diletakkan dalam senarai hitam jabatan berkenaan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim yang mengumumkan keputusan itu dalam sidang akhbar khas di pejabat beliau di sini hari ini berkata, sebelum ini tidak pernah ada mana-mana pasport rakyat Malaysia dibatalkan.

Tahniah Pemuda #UMNO Semakin Kurang Program Syok Sendiri #KataKita @Khairykj @AzwanBro


Pertama sekali saya ingin rakamkan ucapan tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO Johor kerana berjaya merangka satu program yang berbentuk komunikasi 2 hala tetapi dalam masa yang sama berjaya menarik minat orang ramai terutama dari luar UMNO untuk turut serta secara tidak langsung.

Umum ketahui sesi Townhall #katakita ini diadakan untuk menjadi platform terbaharu menyatakan pendirian kerajaan berhubung pelbagai isu yang membelenggu fikiran rakyat hari ini. Mungkin townhall dalam bahasa yang mudah kita fahami adalah 'ceramah umum'.

Perginya Seorang Patriot Melayu Allahyarham Datuk Fuad Hassan


Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) tengah malam tadi akibat serangan sakit jantung. Beliau berusia 62 tahun.

Fuad menghembus nafas terakhir kita-kira jam 12.20 tengah malam tadi di sisi ahli keluarganya setelah tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital berkenaan awal pagi semalam.

Rakyat Malaysia Menantikan Detik Pembatalan Pasport Milik Alvin Tan


Kenyataan daripada Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung tindakan Jabatan Imigresen yang bakal membatalkan pasport milik si pelakon filem lucah online akan melegakan hati rakyat Malaysia.

Berita gembira ini sudah tentu membuatkan banyak pihak di sini tersenyum dan berpuas hati sekiranya pembatalan ini benar-benar berlaku. Apatah lagi, kebiadapan Alvin Tan telah mencabar kesabaran orang-orang Islam dan Melayu serta UMNO khususnya.

Friday, December 5, 2014

Mulai Tahun Depan Perjalanan Ke Terengganu Lebih Dekat


Persidangan Dewan Negara diberitahu bahawa projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Dua (LPT2) dijangka dapat dibuka sepenuhnya kepada lalu lintas pada 31 Disember ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Rosnah Abdul Rashid Shirlin dalam laporan Bernama berkata LPT2 yang sudah 99 peratus siap, akan dibuka sepenuhnya pada tarikh itu jika tiada kejadian luar jangka seperti banjir besar.

Thursday, December 4, 2014

Pendapat Rahman Dahlan Berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing Di Sabah #RCI @GoTeamRD


Laporan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah dan Laluan Ke Hadapan

1. Ini adalah maklum balas saya terhadap Laporan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah yang dikeluarkan semalam. Saya ingin menegaskan bahawa fokus seterusnya harus menjurus kepada keperluan untuk terus melangkah, khususnya bagi rakyat Sabah. Usaha mesti terarah terhadap apa yang perlu dilakukan selepas ini dan bukannya menuding cari mencari kesalahan serta mengungkit apa yang berlaku pada masa lampau. Sabah hanya boleh melangkah ke hadapan dan mencapai kemajuan jika kita berfikiran proaktif.

Apahal Pula Ku Nan Ni Menyanyi Kat Tepi Jalan? @TengkuAdnanReal @NajibRazak #WPCeria #WPPrihatin


Weihhhh korang pernah tengok seorang pemimpin UMNO bertaraf Menteri & Ahli Parlimen menyanyi di siar kaki Bukit Bintang?

Gambar ini dirakamkan malam tadi di Jalan Alor, Bukit Bintang semasa Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan melakukan lawatan tidak rasmi dan tiada protokol ke sekitar tiga segi emas Kuala Lumpur bagi melakukan pemeriksaan kebersihan kawasan sekitar dan meninjau penambaikan yang sedang dinaiktaraf.

10 Perkara Yang Rafizi Tak Mahu Rakyat Malaysia Tahu #1Malaysia


Di bawah ini 10 di antara ratusan perkara yang cuba diselindungkan oleh Rafizi Ramli Lembu berhubung kenyataan² nya untuk memenangi sokongan rakyat walhal ia sebenarnya memanipulasi keadaan semasa.

1. Pendidikan percuma seperti di Norway - tetapi Norway mempunyai 25% GST

2. Tidak ada GST seperti di Hong Kong - tetapi Hong Kong adalah antara negara yang mempunyai ketidaksamarataan pendapatan yang paling tinggi di dunia dengan bacaan indeks Gini 0.537 berbanding dengan bacaan indeks Gini Malaysia iaitu 0.431 pada tahun 2012 (merosot daripada 0.441 pada tahun 2009)

Wednesday, December 3, 2014

Biasiswa Menteri Besar Selangor Hanya Untuk Pancing Undi Saja


Manifesto pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk menawarkan Biasiswa Menteri Besar kepada rakyat negeri ini ternyata janji kosong semata-mata.

Hal itu disahkan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang mengakui cadangan untuk mewujudkan biasiswa tersebut tidak pernah dibawa kepada Jabatan Perbendaharaan negeri menyebabkan sehingga ke hari ini kemudahan itu tidak wujud.

Ada Lagi Nabi Selepas Nabi Muhammad S.A.W? @NajibRazak @Zahid_Hamidi @KDNPUTRAJAYA


Ramai kalangan kawan² saya menfowardkan dua keping gambar daripada sebuah buku bertajuk "Beginilah Al-Quran Mengajar Kami" yang di dalamnya terdapat unsur² tidak boleh dipercayai.

Sunday, November 30, 2014

Akta Hasutan Bukan Untuk Musuh Politik #UMNO @IsmailSabri60 #PAU2014 @NajibRazak


Isu Akta Hasutan 1948 dikekalkan menjadi buah mulut para pembahas dan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 (PAU2014). Bahkan perkara ini juga dipersetujui sebulat suara oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Pengumuman mengenai pengekalan Akta Hasutan 1948 diumumkan oleh Presiden UMNO, Dato Sri Najib Tun Razak pada Ucapan Dasar PAU 2014 Khamis lepas.

[Video] Kesejahteraan #SabahOKBah, Bandar & Remaja @MpKotaBelud @GoteamRD #PAU2014


Bicara berkenaan politik, elok juga kita merenung kembali dan mengetengahkan semula latar belakang dan status pendidikan yang merupakan tonggak penting dalam pembangunan negara.

Dalam hal ini, konteks berikut perlu diberi perhatian sewajarnya:

Saturday, November 29, 2014

Kantoi Ada Pihak Sumbang Duit Kepada Mukhriz Mahathir? #PAU2014 @MukhrizMahathir @RajaNongChik @NajibRazak


Kecoh pagi ini di PWTC apabila Menteri Besar Kedah merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Mukhriz Mahathir menerima cek berjumlah RM 8,000 daripada Old Putra Association.

Beliau yang merupakan Presiden ANSARA (alumni pelajar MARA) menerima sumbangan tersebut mewakili Noor Aisyah Shahira Binti Alfian yang merupakan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghafar Baba.

Risiko Lebih Tinggi Jika Sabah Berada Di Luar Malaysia - Rahman Dahlan @mpkotabelud #PAU2014


Desakan sebuah kumpulan minoriti yang berkepentingan mahu membawa keluar negeri Sabah daripada Malaysia merupakan satu tindakan yang terdesak dan tidak waras. Kumpulan ini tidak mempunyai penyokong yang kuat sebagaimana yang digambarkan melalui dada akhbar dan laman-laman media sosial kebelakangan ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tindakan tidak fikir panjang ini boleh dianggap satu usaha yang terdesak yang tidak bertanggungjawab dan cubaan membawa rakyat Sabah yang tidak bersalah dalam kancah permainan semberono kumpulan ini.

Friday, November 28, 2014

Mahasewel Tergamam Melihat Razlan & Armand Menunggu Depan Pintu #PWTC #PAU2014 @razlanrafii @Armand_PJU


Pergerakan Pemuda UMNO hari ini melalui Pengerusi Biro Briged Kesatria Muda, saudara Armand Azha & Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Rafii tampil ke hadapan menahan 'serangan' demo oleh mahasewel.

Demo yang dianjurkan oleh Gerakan Mahasewel Islam Malaysia (GAMIS) mengekploitasikan beberapa orang penduduk kampung untuk menjayakan harapan retorik mereka kononnya berjuang demi penduduk yang tertindas.

Thursday, November 27, 2014

Syarikat Tempatan Diberi Pengiktirafan Kendali #MakkahMetro @dsjamilkhir @shahrilmokhtar @NajibRazak


Berita yang pasti membanggakan warga Malaysia terutamanya apabila pengendali perkhidmatan awam terbesar di sini berjaya membida untuk menjadi 'pengendali bayangan' bagi Fasa Pertama Metro, Program Pengangkutan Awam Makkah (Makkah Metro).

Lebih membanggakan lagi apabila Prasarana berjaya menewaskan syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan rel daripada Turki, Korea dan lain-lain negara.

Tuesday, November 25, 2014

Harapan Perbahasan #PAU2014 Lebih Terbuka Dan Berani Oleh Pembahas @IsmailSabri60


Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Ismail Sabri mengharapkan agar perbahasan kali ini akan dibahaskan dengan penuh terbuka, berani dan dapat membawa harapan serta suara akar umbi orang Melayu di negara ini.

Kata beliau, pembahas-pembahas usul juga perlulah membahaskan usul secara terbuka dalam setiap isu yang dibahaskan tanpa ada rasa takut dan tanpa ada sekatan.

Saturday, November 22, 2014

Kebersihan Tandas Awam : Muktamad Kerajaan Ambil Alih ! @mpkotabelud


Kerajaan Pusat akan mengambil alih aktiviti pembersihan tandas awam di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mulai 2016. Langkah ini akan memastikan kira-kira 2,600 tandas-tandas awam yang sebelum ini di bawah kawal selia PBT, berada dalam keadaan bersih dan selesa pada setiap masa.

Pengambilalihan ini juga adalah selaras dengan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) dan juga seiringan dengan Pelan Tindakan Transformasi PBT yang sedang dibangunkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Thursday, November 20, 2014

Isu Cameron Highlands : Masaklah Korang Sultan Pahang Murka @NajibRazak


Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menzahirkan kemurkaan dan rasa dukacita terhadap aktiviti penerokaan tanah secara haram untuk tujuan pertanian di daerah ini.

Baginda yang menyifatkan kegiatan itu sebagai penyakit yang melarat turut menitahkan supaya segala aktiviti penerokaan haram berkenaan dihentikan segera.

Perubahan Cuaca Punca Anjing Laut Merogol Penguin


Isu pemanasan global bukan sahaja memberi kesan kepada perubahan cuaca sejagat dan kehidupan harian manusia, bahkan ia menyebabkan aktiviti seks haiwan di benua Antartika menjadi celaru apabila anjing laut didapati ‘mengahwini’ penguin.

Laporan stesen penyiaran terkenal BBC hari ini mendedahkan, pasukan penyelidik antarabangsa terkejut melihat gejala seks songsang dalam kalangan haiwan terbabit malah mendapati ada sekumpulan anjing laut tergamak ‘memperkosa’ seekor penguin.

Tuesday, November 18, 2014

@rafiziramli Terpaksa Berbohong Demi Melonjakkan Namanya Kembali Dalam Pakatan Haram Jadah


Sebelum ini Ahli Parlimen Pandan yang juga Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli lantang bersuara di Dewan Rakyat dalam membongkar isu 1MDB sehingga sanggup bertemu dan bertentang mata terhadap Timbalan Menteri Kewangan, YB Datuk Ahmad Maslan.

Malah, beliau berjanji akan memberikan dokumen yang didakwanya sebagai bukti terhadap penyalahgunaan wang 1MDB seperti mana yang didakwanya kepada Speaker Dewan Rakyat.

Sudah Tiba Masanya KDN Lebih TEGAS Tangani Jenayah Warga Asing @Zahid_Hamidi @PDRMsia


Sebanyak 9,496 kes jenayah melibatkan warga asing dica­tatkan antara Januari - Ogos 2014. Mungkin sekiranya kita menunggu sehingga penghujung tahun ini, jumlahnya bakal bertambah melebihi 10,000 kes jenayah.

Sebagai warganegara, saya sendiri merasakan takut dengan melihat angka tersebut kerana lokasi tempat tinggal saya hari ini, terdapat juga beberapa buah rumah yang menempatkan pekerja² warga asing. Bukan saja warga Indonesia & Bangladesh, malah warga Iran, Myanmar, Pakistan, Vietnam, China dan beberapa lagi warganegara luar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...