Friday, January 24, 2014

Alhamdulillah Murid Melayu Islam Dihina Cikgu Cina Pula #1Malaysia @NajibRazak @MuhyiddinYassin @PKamalanathan


Agaknya memang setiap perkara ni selalunya bermusim berlaku. Selepas guru mualaf dihina Guru Besar yang mengarahkan gurus tersebut membuka tudung. Kemudian timbul pula isu, penyanyi bertudung diarahkan turun pentas kerana hal yang sama.

Kali ini anak murid Melayu beragama Islam yang menuntut di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK) pula dilayan seperti lembu. Satu penghinaan yang biadap oleh kaum Kiasu ini.

Apa yang kita lihat hari ini ialah CUBAAN daripada pihak mereka yang sengaja membuat provokasi walhal umum mengetahui tidak apa-apa isu perkauman langsung ditimbulkan mutakhir ini oleh orang Melayu dan kaum-kaum lain.

Kita sendiri boleh faham dan menilai bahawa selepas isu ini dibesarkan oleh media dan media sosial, ia akan mengundang sedikit kontroversi di mana banyak pihak akan melatah dan penyelesaiannya ialah mereka yang mencetuskan provokasi ini meminta maaf dan menyesal akan tindakan mereka yang lepas.

Mengapa ini terjadi?

Saya pasti tiada tertulis pada peraturan sekolah berkenaan jika anak murid tidak menyiapkan kerja sekolah maka mereka dikehendaki memakai loceng di leher dan makan rumput.

Sebelum kita melangkah ke fasa yang lebih angresif, fikir-fikirkanlah dan saya teringin menunggu dan melihat mana-mana pihak yang sudi menyebelahi kedua-dua anak murid tadi.


* YB Kamalanathan mungkin boleh bersuara kot, kan YB.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...