Full Width CSS

Di Saat Rakyat Diminta Berjimat, ADUN Membazir #Kangkung #1Malaysia @NajibRazak

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata tindakan Adun daripada PKR itu sangat keterlaluan.

"Tindakan ADUN itu sangat biadab kerana bertindak sedemikian, apa dosa dan hina sangat Perdana Menteri sehingga diperlakukan sebegitu. Lagipun tindakan wakil rakyat itu bukan boleh membantu kerajaan dalam menangani masalah kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang ini.

"Kalau betul beliau (Lee) seorang yang jujur dalam berpolitik, beliau sepatutnya tampil memberi cadangan atau idea bagi membantu mengatasi masalah kos barang yang semakin naik," katanya dalam satu sidang akhbar di Bukit Mertajam hari ini.

Reezal yang juga ahli Parlimen Kepala Batas berkata demikian bagi mengulas tindakan Lee dan sekumpulan penyokong DAP menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai perdana menteri di sebuah pasar malam di Machang Bubuk Rabu lepas.

Gambar patung dan tindakan kumpulan itu kemudiannya dimuat naik menerusi akaun laman sosial Twiter milik wakil rakyat Machang Bubuk berkenaan dan menerima pelbagai komen daripada orang ramai.

Reezal Merican berkata rakyat perlu menilai tindakan pemimpin Pakatan Rakyat itu beliau percaya ia dibuat hanya mahu meraih kepentingan politik.

"Apakah dengan melakukan omokan dan meracuni pemikiran rakyat akan selesai masalah rakyat yang terhimpit dalam menangani kenaikan kos sara hidup. Bolehkah kerajaan negeri ini menangani masalah kenaikan harga barang?.

"Lagipun mana-mana agama dan budaya kita tidak boleh menghina sehingga ke tahap ini dan adakah ini politik baru yang nak diperkenalkan PKR," katanya.

Post a Comment

1 Comments

  1. Lebih sedap Kang Kang Eli Wong dan Cina Doll PKR daripada Kang Kong Najib termasklah Kang Kang B*r*t Mah Mat Sabu

    Kerana Kang Kang Stopa Alilah penyebab spender dia saiz XXXL.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..