Tuesday, January 28, 2014

Dua Kenyataan Akhbar Bertentangan Bukti PKR Tidak Sehaluan #1Malaysia


Selepas saja pengesahan perletakan jawatan YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang diumumkan oleh Speaker DUN Selangor petang tadi, media dihujani dengan pelbagai kenyataan akhbar dari pelbagai pihak yang mengutuk dan memberikan pendapat mereka mengenai hal tersebut.

Namun ada dua kenyataan akhbar yang menarik minat saya untuk diketengahkan di sini. Pertamanya, kenyataan media daripada ketua macai Anwar Ibrahim iaitu Sam Ketot, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) puii.Dalam kenyataan tersebut, beliau yang mewakili AMK mendesak agar kerajaan negeri mencalonkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai calon mewakili PKR di DUN tersebut.

Baca kenyataan tersebut di bawah,

27 Januari 2014
Pilihanraya Kecil Kajang:
AMK Hanya Setuju Anwar Ibrahim Menjadi Calon

Angkatan Muda Keadilan menghormati keputusan dan tindakan Bendahari AMK Malaysia, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Kajang. Tentunya tindakan ini di ambil setelah mengambil kira beberapa pertimbangan khusus yang membabitkan kepentingan negeri dan rakyat seterusnya mengatasi sebarang pertimbangan peribadi.

Ini membuka ruang untuk Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat menawarkan pemimpin yang lebih berkaliber dan berpengalaman untuk memimpin Negeri Selangor sebagai Menteri Besar.

Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dan seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar. AMK percaya dengan kepimpinan beliau akan dapat menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan konsensus nasional.

Oleh yang demikian AMK mengambil pendirian hanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim sesuai menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang.

Jentera pilihanraya AMK akan digerakkan untuk bersama-sama jentera Pakatan Rakyat bagi memastikan keputusan terbaik dalam pilihanraya kecil ini.

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Ahli Parlimen Malaysia


Ini permintaan secara bersahaja daripada Sam Ketot kerana umum mengetahui si mamat ni memang kaki bodek Anwar dan merupakan antara macai terhebat kerana mengecam Jepun pada minggu lalu hanya kerana Anwar tidak dibenarkan memasuki negara matahari terbit tersebut.

Tetapi keterbukaan Sam Ketot dalam memberi pendapat tidak matangnya telah menyebabkan 'abang besar' Gombak tak berapa happy dengan kenyataan berat sebelah yang tampak seperti kaki bodek kaw kaw.

Berikut pula kenyataan balas daripada Azmin Ali,

KENYATAAN MEDIA

Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor belum memutuskan siapakah calon yang layak untuk menggantikan YB Tuan Lee Chin Cheh, Adun Dewan Undangan Negeri N25 Kajang yang telah secara rasmi meletakkan jawatannya hari ini.

Pihak Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor juga TIDAK pernah menyokong Kenyataan Media oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia yang mahu mencadangkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk Pilihanraya Kecil N25 DUN Kajang.

Calon yang akan menggantikan YB Tuan Lee Chin Cheh semestinya anak jati negeri Selangor.

Sehubungan dengan itu, kami mohon agar Angkatan Muda Keadilan Malaysia jangan sesekali mencampuri urusan Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor.

Adalah dimaklumkan bahaw Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor akan mengadakan Mesyuarat Tergempar pada 29 Januari 2014 untuk mencadangkan nama nama calon yang layak untuk diluluskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat bertanding kerusi N25 DUN Kajang.

MOHAMED AZMIN BIN HAJI ALI
Pengerusi
Majlis Pimpinan Negeri Selangor
Parti Keadilan Rakyat


27hb Januari 2014

Dua kenyataan akhbar yang bercanggah pendapat ini membuktikan bahawa PKR kini berada dalam ambang perpecahan dan pergolakan parti yang secara seriusnya bakal membuatkan perancangan mereka di Kajang bakal lingkup.

Bukanlah niat saya untuk mengadili 'persembahan' kedua-dua pemimpin Pembangkang berdua ini tetapi secara realitinya rakyat dan pengundi harus lihat bagaimana pemimpin dalam parti cacar marba ini bertelagah sesama sendiri hanya kerana isu calon pada Pilihanraya Kecil (PRK) Kajang.

Masing-masing mempunyai agenda serta kepentingan tersendiri apabila mengutarakan isu. Semua orang tahu, tujuan Sam Ketot hanya untuk duduk mengampu Anwar sepanjang masa jika Anwar dilantik sebagai Menteri Besar tetapi bagi Azmin Ali, beliau lebih rela melihat anak negeri sendiri menerajui kepimpinan negeri Selangor ini.

Persoalannya apakah punca kepada ADUN Kajang ini meletakkan jawatan sesuka hati tanpa memikirkan kesan jangkamasa panjang?

Tepuk dada tengoklah sendiri.


No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...