Full Width CSS

Jawapan @jamawijaafar 70% Pemuda #UMNO Seluruh #1Malaysia Adakan Bacaan Yassin @NajibRazak @KhairyKj


Semalam saya ada mengeluarkan artikel berkenaan dengan cadangan serta saranan oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM), saudara Jamawi Jaafar berhubung dengan sambutan Tahun Baru yang perlu disambut secara bersederhana dan ke arah keagamaan.

Secara peribadi, saya positif dan menyambut baik pendapat beliau kerana jika ianya dilaksanakan pasti persepsi rakyat terhadap UMNO akan berubah dan UMNO dirasakan sebagai sebuah parti yang benar-benar menunjangi segala program berbentuk keagamaan terutama Islam di negara ini.

Ada beberapa pendapat yang mengatakan saya sengaja mencari salah Jamawi Jaafar tapi perlu saya tegaskan kat sini, mengapa perlu saya cari salah Jamawi sedangkan saya langsung tiada kepentingan di sini. Berani saya katakan, saya tidak berharap satu sen pun daripada sesiapa untuk menulis, menutup isu dan menarik balik artikel ini. Orang-orang yang pernah bekerja dengan saya, mereka tahu bagaimana sikap saya yang tak berharapkan apa-apa imbuhan.
Sebagai seorang Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian, saya sendiri terpanggil untuk membantu dan memperbaiki Pemuda UMNO. Apakah salah saya menegur pemimpin atasan ataupun jentera Jamawi tidak boleh melihat saya menegur pemimpin mereka?


Come on guys, kalau saya sendiri mahu mencari salah Jamawi, saya tidak akan memberikan pesanan ringkas What’sApp kepada beliau. Bodohlah saya jika balun Jamawi kemudian menghantar pesanan ringkas kepada beliau.

Berikut saya sertakan bersama perbualan ringkas saya bersama Jamawi. Beliau tampak professional dan tidak melatah teruk seperti jentera di bawahnya.

   

Cuma apa yang saya inginkan kepastian daripada Jamawi ialah apakah nama-nama 70% Pergerakan Pemuda Bahagian UMNO yang terlibat dalam program keagamaan pada malam sambutan Tahun Baru. UMNO mempunyai sebanyak 191 Bahagian dan 70% daripada mewakili sebanyak 130 Bahagian.

Saya ulangi di sini, saya bukan nak cari salah tetapi jika beliau nyatakan 70% Bahagian UMNO yang berbuat demikian, menunjuk kata beliau telah mempunyai maklumat tersebut secara bertulis ataupun nota kecil sebagai rujukan.

Yang memeningkan kepala saya apabila Jamawi meminta saya untuk mendapatkan pengesahan daripada Ust. Azmir iaitu Biro Keagamaan PPUM dan memeriksa sendiri melalui laman Facebook. Wow ianya sesuatu yang amat hebat untuk saya sendiri katakan. Mengapa?

 

Adakah Bahagian UMNO seluruh Malaysia mempunyai laman Facebooknya sendiri. Itu persoalan misteri yang mengganggu tidur saya malam tadi sehingga di pejabat sekarang ini.

Menurut beliau juga, ke semua Bahagian UMNO di Terengganu & Pahang telah menganjurkan majlis bacaan Yassin dan keagamaan. Tapi benarkah Pemuda terlibat ataupun sekadar tumpang nama saja. Takpe itu tidak berapa penting tapi persoalan 70% masih lagi berlegar-legar dalam ruang benak kepala saya ni.

Bagaimanapun saya berterima kasih kepada Jamawi kerana beliau bersungguh-sungguh mengepilkan bersama gambar-gambar program berbentuk keagamaan kepada saya untuk rujukan. Tetapi kesahihan gambar-gambar tersebut masih belum diperolehi. Jika para pembaca nak confirmkan gambar tersebut dari Bahagian anda, sila berbuat demikian di ruangan komen.

Lihat perbualan seterusnya antara saya dan Jamawi untuk rujukan para pembaca.

 

Seperti saya katakan di awal tadi, saya bukan nak cari salah tetapi saya nak bantu Pemuda UMNO. Saya dah meluat mendengar cakap-cakap orang berkenaan Pemuda dan UMNO. Sembang je tapi buat kerja harammm tak da. Bukan semua program saya maksudkan tetapi ada segelintir je program-programnya.

Sebelum saudara Jamawi hanyut dibuai pujian melambung dari penasihat punasihat 25%, lebih baik saya buat teguran ini lebih awal. Saya berniat baik dan tak berminat nak apa-apa dari Jamawi. Jauh sekali mahu menjadi jentera berbayar Jamawi. Akhir bicara, saya minta maaf kepada Jamawi jika artikel ini menyinggung perasaan beliau sekali lagi.

Dan tolong beritahu saya jika Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tidak boleh ditegur. Nanti saya tak tulis dah pasal PPUM. Nantikan artikel seterusnya antara saya dan Ustaz Azmir, Insyallah.

 

Nasib dan masa depan anak saya, anak Jamawi dan orang Melayu bergantung kepada apa yang saya lakukan hari ini.

Rujuk artikel saya sebelum ini, klik sini.


P/s : tiada satu pun tertinggal snapscreen antara saya dan Jamawi.

Post a Comment

2 Comments

  1. Gua confius bro mana dtg 70% yg Jamawi ckp tu? Dia check ker setiap bhgn

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..