Full Width CSS

Orang Pilah Tak Suko Fitnah-Fitnah Ni #1Malaysia @NajibRazak

Kan den dah koba jangan main bedal je keluarkan konyataan kek Fesbuk. Ado ko bebudak ni poie cakap Pak Menteri, Hassan Malek nak lotak jawatan hari ini. Kejadahnya, main suko jo cakap tanpa solidik dulu.

Den takmo lah cakap banyak, pembaca semuo buleh baca sendiri konyataan laporan Polih yang dibuek Pergerakan Pemudo UMNO Bahagian Kuala Pilah potang tadi.
______________________

LAPORAN POLIS

Pada jumaat jam 9.00 pagi 10 January 2014 saya telah terbaca satu posting dalam Facebook seorang rakan saya terdapat satu posting oleh page AFIQ KL TOWN berkaitan seorang menteri kabinet barisan nasional yang akan meletakkan jawatan iaitu Yb Dato Hasan Bin Malek menteri KPDNKK.

Saya seterusnya telah berhubung dengan setiausaha politik Yb Dato Hasan Malek utk mengesahkan perkara tersebut dan saya di maklumkan bahawa perkara itu adalah tidak benar.

Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak Pemuda Umno Bhg Kuala pilah merasa posting dalam facebook tersebut adalah berniat jahat dan merupakan satu hasutan kepada masyarakat untuk menjatuhkan kredibiliti Yb Dato Hasan Malek sebagai seorang Menteri kabinet daj kerajaan.

Posting tersebut dilihat mempunyai unsur utk rakyat berfikir bahawa kerajaan barisan yang ada sekarang adalah lemah dan seterusnya menghilangkan keyakinan rakyat kepada kerajaan BN dan di khuatiri akan menimbulkan suasana huru hara di serta mencetus keadaan tidak sihat dlm pentadbiran negara.

Saya juga merasa khuatir bahawa ia adalah satu tindakan terancang yg di susun oleh pihak tertentu utk menjatuhkan kan imej kerajaan melalui serangan kepada imej kementerian yg menjaga hal ehwal pengguna dlm negara dan di kaitkan dengan isu kenaikan brg serta kos sara hidup yg di propaganda kan oleh pihak pembangkang sehingga mencetus kan satu perhimpunan bantahan kepada kjaan pada 31 disember lalu yg kita telah sedia maklum bahawa himpunan TURUN adalah satu cubaan utk mencetuskan huru hara serta menjatuhkan kerajaan.

Saya juga merasakan posting tersebut satu fitnah yg jelas kerana mengaitkan seolah olah kenyataan tersebut datang dari pihak keluarga Yb Dato Hasan Malek sedangkan saya di maklumkan tiada ahli keluarga Yb Dato Hasan Malek mengenali penulis.

Saya mohon pihak polis menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan melalui peruntukan yg sedia ada terhadap penulis dan yg berkaitan dengan beliau bagi membersihkan nama Yb Dato Hasan Malek dan keluarga , kementerian yg di wakili oleh Yb dato Hasan Malek serta kerajaan secara umumnya.

Sekian laporan saya.
________________________

Habih macam mano nak buek ni. Laporan dah dibuek, kang tak pasal-pasal Pak Menteri saman cyberstroopers plak.

p/s : kan den dah koba havoc.. havoc..

Post a Comment

4 Comments

  1. laporan Polis yang di buat ni tak cerdik...

    ReplyDelete
  2. Ade beberapa Menteri lain pun patut letak jawatan.

    ReplyDelete
  3. Harap Polis Tangkap Puak2 Gomo ini yg menyebar fitnah tanpa had.

    ReplyDelete
  4. Jabatan Media Sosial Malaysia (Di Bawah PEMANDU)

    Pengarah Jabatan Media Sosial Malaysia - Amhari Nazaruddin
    Timbalan Pengarah Jabatan Media Sosial Malaysia - Akmar Hisham Mokhles

    Jabatan Media Sosial Malaysia telah di tubuhkan pada Mac 2013 bagi menghadapi Pilihanraya umum ke 13 Selepas PRU13 JMSM diteruskan dan melaksanakan tugas di setiap Zon. Beberapa negeri sudah siap dengan pejabat dan kelengkapan serta pasukan media sendiri.

    Pejabat Zon JMSM
    Pulau Pinang (Che Wan MPP) - mewakili zon utara iaitu Kedah, P.Pinang dan Perlis

    Selangor (MYKMU) - mewakili zon tengah perak,selangor,wilayah, N.9

    Johor - mewaki zon Selatan Johor, Melaka

    Terengganu (AAKJ) - mewakili zon pantai timur Kelantan, Terengganu dan Pahang.

    Konsultant dar Singapura di lantik oleh JMSM bagi menyediakan segala kemudahan dan juga sebagai penasihat kepada Jabatan Media Sosial Malaysia.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..