Full Width CSS

Pemuda #UMNO WP Rancang Tubuh Skuad Pemantau Harga @NajibRazak #1Malaysia #Kangkung @KhairyKj @azwanbro @razlanrafii @RahmanHussin @kabir_akram

Pemuda UMNO terus 'mengganas' di pasar-pasar pagi. Setelah semalam Khairy Jamaluddin membuat lawatan mengejut bersama Biro Kualiti Hidup Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) dan Ketua-Ketua Pemuda di Pasar Borong Selayang.

Pagi ini pula giliran Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan diketuai Ketua Pemuda saudara Razlan Rafii turun padang 'shopping' di pasar Chow Kit, Kuala Lumpur seawal jam 630 pagi. Tujuan turun padang ini diadakan untuk memantau harga barangan dapur yang dikhuatiri akan dinaikkan oleh para peniaga dan mendengar feedback daripada pengguna sendiri.

Terdapat satu biro yang dipertanggungjawabkan untuk memikirkan, menerima dan bertindak untuk semua pihak. Biro Kualiti Hidup PPUM merupakan satu badan tugas khas yang berperanan memantau keadaan kehidupan semasa rakyat dan dalam masa yang sama membantu pihak berkuasa memantau harga-harga barangan keperluan dapur rakyat umumnya.

Juga berperanan seperti skuad pengguna dan sedia menerima apa-apa saja bentuk aduan daripada pengguna khususnya. Kalau nak lagi mudah faham, mereka ni jadi mata dan telinga untuk rakyat serta Kementerian yang berkenaan lah rasanya.

Dalam masa yang sama juga, bagi meningkatkan kualiti hidup, PPUM akan mewujudkan makmal-makmal yang khusus bagi mencapai hasrat objektif serta slogan UMNO iaitu berkhidmat untuk rakyat. Segala keputusan daripada kajian di makmal tersebut akan disampaikan terus kepada Kementerian terbabit untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Razlan, PPUNWP juga bercadang akan mewujudkan skuad pemantau harga di peringkat bahagian-bahagian seluruh Wilayah Persekutuan dengan objektif yang sama seperti yang disampaikan Khairy kelmarin.

Secara tidak langsung, ia bukanlah menjadi tugasan satu pihak saja bahkan ia sebenarnya tanggungjawab semua peringkat golongan rakyat bagi bersama-sama merealisasikan kepentingan sejagat.

Tahniah kepada Pengerusi Biro saudara Rahman Hussin dan seluruh team Biro Kualiti Hidup PPUM yang terus buat kerja tanpa banyak keluarkan statement tak berkualiti.

Post a Comment

0 Comments