Full Width CSS

Reezal Merican Ucap Takziah Kepada Keluarga Bekas ADUN Kajang? #1Malaysia @NajibRazak @reezalmerican

Kecoh dibuatnya apabila ADUN Kajang dengan selamba kodoknya meletakkan jawatan sebagai YB dan dengan harapan dapat memberi laluan mudah kepada Anwar Ibrahim untuk mengejar 'cita-cita' yang mungkin sudah lama diimpikan beliau.

Apa punya samdol lah permainan politik yang dijana oleh kepimpinan negeri Selangor. Habis tunggang langgang dibalun.

Ikuti 6 touch point menarik daripada Ahli Parlimen Kepala Batas merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, YB Dato Seri Reezal Merican Naina Merican berhubung isu yang terjadi di negeri Selangor hari ini.

1. Pertamanya, saya ingin mengucapkan 'takziah' kepada mantan ADUN Kajang, kerana terpaksa membuat keputusan yang sukar, semata-mata mahu memberikan peluang kepada seorang individu dari 'luar Selangor' untuk bertanding di kawasan tersebut.

2. Dalam pengumuman keputusan sebentar tadi, beberapa kali Anwar mengatakan bahawa ini adalah usaha melonjak 'khidmat cemerlang' PKR Selangor selama ini. Kepada saya, ayat tersebut hanya bermakna bahawa ini adalah usaha 'melonjak' ego politik Anwar semata-mata.

3. Ahli PKR, rakyat Selangor, pengundi di DUN Kajang sepatutnya membuka mata bahawa ini adalah permainan politik penting diri dan tidak hemah dalam menilai kepercayaan rakyat.

4. Pada pandangan peribadi saya, Barisan Nasional (BN) wajar membuat kajian yang lebih teliti samada mahu terlibat di dalam PRK yang bukan sahaja mempunyai nilai moraliti yang rendah, malahan hanya menjadi alat pemuas berahi kepada seorang yang sangat kemaruk dengan kuasa. Anwar sudah menjadikan rakyat sebagai ‘komoditi politik’ untuk menyelesai masalah dalaman.

5. Secara psikologi, ia akan membuktikan kepada pengundi di Selangor bahawa mereka sudah memilih seorang ‘raksasa politik’ yang haloba dan hanya melihat kedudukan peribadinya sendiri. Berkemungkinan juga, kemenangan Anwar, walaupun secara percuma, bakal merosakkan imej PKR, DAP dan PAS di dalam jangkamasa panjang.

6. Kita tidak seharusnya terikut-ikut dengan kegilaan dan kemaruk kuasa Anwar ini. Apa yang berlaku ini sekadar menunjukkan kepada rakyat, ‘siapa Anwar’ yang sebenarnya. PKR wajar membuang sama sekali perkataan ‘reformasi’ daripada kamus parti tersebut, kerana Anwar baru sahaja melempar ‘reformasi’ ke dalam longkang yang kotor dan hanyir.

P/s : Tiba-tiba pula kesian dengan pengundi yang susah payah bangun seawal pagi bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih pada 5 Mei 2013 yang lepas. Jasa pengundi tak dihargai.

Post a Comment

0 Comments