Saturday, February 15, 2014

Apahal Pulak Pemuda-Pemuda #UMNO WP Buat Kat Labuan #1Malaysia @NajibRazak @KhairyKj @AzwanBro

Hari ini Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan diketuai saudara Razlan Rafii bersama- sama kepimpinan Pemuda UMNO dari seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya berkonvoi ke seluruh pelusuk Labuan.

Peserta konvoi dilepaskan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Azwan Bro sambil diiringi bersama Ketua Pemuda UMNO Labuan, saudara Rafi.

Selaku tuan rumah, banyak program telah disusun bagi tujuan merapatkan hubungan antara kepimpinan Pemuda & Puteri Negeri dengan rakyat setempat. Program yanhgbermula seawal pagi akan berakhir pada malam ini di Dataran Labuan.

Peserta konvoi bermotorsikal dan pacuan 4 roda telah berpecah kepada 2 kumpulan untuk menyampaikan sumbangan. Di akhir program Prihatin 1Labuan, konvoi akan berkumoul semula di Bukit Kuda bagi meraikan majlis kenduri rakyat 1Wilayah Persekutuan peringkat parlimen Labuan.

Untuk perkongsian bersama, Labuan telah 30 tahun menjadi sebahagian daripada Wilayah Persekutuan. Labuan tidak diletakkan di bawah pemerintahan Sabah mahupun Sarawak. Tetapi di bawah kerajaan Persekutuan Malaysia seperti Kuala Lumpur dan Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...