Monday, February 24, 2014

Kemungkinan Besar PAS Pulaukan #PRKKajang Disebabkan Pil Kuda #1Malaysia #Kajang

Surat khabar hari ini menyiarkan Presiden PAS, Hadi Awang disaman sebanyak RM2 juta daripada partner in crime, Pakatan hamlau.

Saman RM2 juta tersebut dibuat oleh calon DUN Bukit Besi, Terengganu yang dikaitkan dengan pil kuda oleh Hadi Awang sebelum ini. Hari ini keputusan tersebut menyebelahi orang yang dianiaya, berkemungkinan besar keputusan mahkamah ini juga akan memberi kesan kepada gerakan jentera PAS pada PRK Kajang kali ini.

Sedangkan partner in crime tidak boleh bertolak ansur sudah pasti hal ini akan menjadi buah mulut sesama jentera Pakatan hamlau nanti di Kajang.

Secara jelasnya, rakyat melihat di dalam Pakatan tiada langsung istilah kesepakatan dan mereka hanya menggunakan istilah tersebut untuk mendapatkan kepercayaan rakyat untuk dinodai.

Tindakan Shamsul Mat Amin ini dirasakan bakal memberi impak kepada hubungan PAS dan PKR kerana seharusnya masing-masing kena bersikap toleransi sesama sendiri. Namun apabila seorang Presiden parti disaman oleh seorang ahli parti bersekutu sudah pasti ianya dianggap tidak menghormati pemimpin parti sekutu.

Hal ini amat menyakitkan hati pencacai PAS dan saya sendiri boleh mengagak, PAS hampir pasti menolak untuk membantu kempen PRK kali ini.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...