Sunday, February 9, 2014

Retreat Pemuda #UMNO Yang Paling #Stylo #1Malaysia @NajibRazak @KhairyKj @AzwanBro @RazlanRafii @NazirHussin79




Saya tertarik dengan segala program serta aktiviti yang dijalankan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang menganjurkan retreat sesama barisan Exco dan kepimpinan Pemuda UMNO Negeri dari seluruh Malaysia.

Retreat yang diadakan di Damai Laut, Lumut, Perak berhampiran pulau Pangkor dilihat sebagai langkah terbaik Pemuda dalam memupuk semangat setiakawan dan merancang strategi Pergerakan Pemuda pada masa mendatang.


Pemerhatian saya melalui akaun Facebook milik saudara Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Razlan Rafii dan Exco Pemuda, saudara Nazir Hussin yang mengupload gambar-gambar program memberi gambaran bahawa Pemuda UMNO bersedia merencanakan arah tuju terbaik buat pergerakan ini melalui kertas kerja yang dibentangkan oleh setiap ahli Pemuda yang mengikuti retreat ini.

Lebih membuatkan ia kelihatan stylo, apabila exco Pemuda dan KPN pulang menuju ke Kuala Lumpur dengan menaiki motorsikal berkuasa besar sebagai tanda kesepakatan dan semangat brotherhood antara mereka mulai terjalin dengan baik.

  

  

 

Sebagai ahli Pemuda UMNO, saya melihat ini sebagai satu perkembangan positif ke arah kemantapan pergerakan ini demi masa depan yang terbaik mendaulatkan agama Islam sebagai teras utama perjuangan, mengutamakan agenda Melayu bumiputera serta mempertahankan tanah air sebagai penanda aras kecintaan negara Malaysia.

Pemuda UMNO Terbaik !!


No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...