Full Width CSS

Confirm Pengundi Di #Kajang Dah Bosan #1Malaysia #PRKKajang


Walaupun Datin Seri Wan Azizah merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau tetap mempunyai kelemahan daripada aspek menawarkan perkhidmatan sebagai wakil rakyat.

Calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, perkara itu jelas terbukti apabila Wan Azizah mengkhianati pengundi di Parlimen Permatang Pauh apabila meletak jawatan semata-mata untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat PKR.

Di atas sebab itu katanya, beliau yakin mampu meraih sokongan majoriti pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.Katanya, beliau mempunyai kekuatan tersendiri untuk menarik perhatian pengundi dan keyakinan itu adalah bersandarkan penerimaan positif masyarakat setempat setiap kali turun padang bertemu mereka.

"Setiap calon mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Saya optimis mampu meraih sokongan daripada pengundi di Kajang," katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang di Bandar Baru Bangi di sini hari ini.

Menurut Mei Fun, sokongan pengundi di Kajang terhadapnya juga semakin bertambah berbanding sebelum ini terutama melibatkan masyarakat Cina.

Ditanya mengenai strategi sepanjang tempoh berkempen, beliau berkata, jentera parti bertekad untuk menjalankan kempen secara sihat dan akan mengelak daripada menggunakan taktik menyerang peribadi atau memburuk-burukkan calon lawan.

Post a Comment

1 Comments

  1. tak payah la confident 100% dgn sokongan kaum Cina ni......telunjuk lurus kelingking berkait......tak serik serik ke Najib..???

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..