Full Width CSS

Hasrat Pelajar Menjadi Orang Pertama Mati Di Jambatan Kedua Pulau Pinang Tidak Kesampaian #1Malaysia #Lifestyle

Seorang pelajar kolej berusia 26 tahun nyaris maut apabila dipercayai jatuh dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, petang semalam.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 2.50 petang di kilometer 13.9 dari arah Batu Maung menghala ke Batu Kawan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, polis yang menerima maklumat berhubung kejadian segera ke lokasi.

“Dia ditemui dalam keadaan terapung dan mangsa diselamatkan sebuah bot nelayan yang kebetulan melalui tempat kejadian sebelum bantuan bot Maritim Malaysia tiba. Dia kemudiannya dibawa ke Pangkalan Marin Batu Uban, sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang masih bujang itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya.

Post a Comment

0 Comments