Full Width CSS

#MH370 Dirampas Oleh Chinese Martyrs' Brigade? #1Malaysia @NajibRazak #PrayForMH370


Kenyataan kumpulan menggelar diri mereka daripada Chinese Martyrs’ Brigade yang mengaku bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat MH370 sedang disiasat walaupun ia diragui.

Pihak China dan media negara itu yang menerima kenyataan berkenaan juga menolaknya kerana menganggap ia sebagai palsu untuk membangkitkan ketegangan etnik di negara berkenaan.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata China menghantar pasukan khas ke Malaysia bagi membantu negara merungkai misteri kehilangan pesawat, khususnya dalam tiga aspek. Ia merangkumi usaha mencari dan menyelamat, pasport palsu dan memastikan kebajikan keluarga warga China yang dibawa ke Malaysia.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, pasukan khas terbabit akan berada di Malaysia untuk tempoh tertentu bagi membantu siasatan kehilangan pesawat MH370.

“Pasukan ini adalah wakil kementerian yang berkepentingan dan mewakili Parti Komunis China. Ini adalah hasil perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya dari Republik China dua hari lalu.

Elak buat andaian
“Menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat bukan mudah dan ia perlu digerakkan secepat mungkin. Tiada gunanya kita bincang perkara lain jika belum menemui pesawat.

Saya menggesa media tidak membuat andaian kerana ia boleh menjejaskan operasi, selain kita tidak mahu tersebarnya berita palsu yang boleh mengguris perasaan ahli keluarga penumpang pesawat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

Hishammuddin juga menafikan dakwaan bahawa Kerajaan China kurang berpuasa hati kerana Malaysia lambat bertindak menangani isu kehilangan pesawat.

Mengenai dua penumpang misteri MH370, Hishammuddin berkata, kerajaan hanya akan mendedahkan gambar mereka menggunakan pasport curi selepas siasatan selesai.

“Kita mendapat bantuan Polis Antarabangsa (INTERPOL), di mana mereka sudah diberikan akses untuk mendapatkan maklumat seperti biometrik, latar belakang, jantina, tarikh lahir dan cap jari. Justeru, kita minta mereka diberi masa untuk melakukan siasatan terperinci,” katanya.

Sementara itu, Azharuddin berkata siasatan lebih terperinci berhubung dua penumpang misteri terbabit dijalankan oleh pasukan penyiasat khas merangkumi pakar bidang berkenaan.

“Ini termasuk meneliti rakaman video penumpang yang dikenal pasti dan sebarang maklumat hanya boleh didedahkan selepas itu.

“Mengenai lima bagasi yang dibawa keluar daripada MH370 selepas pemiliknya tidak menaiki penerbangan, saya tegaskan DCA mengesahkan tiada bahan terlarang yang ditemui padanya,” katanya

Post a Comment

1 Comments

  1. DAJAL betullah si DALANG-DUA-MUKA plg. MERBAHAYA, iaitu CIA (yg. sebenarnya diKUASAI Barat-ZIONIS/ISRAEL) – begitu galak MENUDUH juruterbang Islam/Melayu kita kononnya mungkin bunuh diri! Kem. Luar patut BANTAH tuduhan si KAPIR DAJAL ni – lihat di http://www.dailymail.co.uk/news/article-2578020/Why-cellphones-missing-Malaysian-Airlines-passengers-ringing-Family-members-claim-loved-ones-smartphones-active.html:

    Did pilot commit SUICIDE? CIA boss says it is one theory agency is looking at as Malaysian police say they are carrying out psychological profiles of everyone on plane

    By James Nye and Amanda Williams and Richard Shears

    11 March 2014

    Authorities are investigating the possibility that the pilot of the missing Malaysian Airlines flight MH 370 committed suicide, the director of the CIA has revealed.
    John Brennan, head of the US Central Intelligence Agency (CIA), said: 'I think you cannot discount any theory', when asked if it was possible the pilot deliberately crashed the Boeing 777………

    Tapi tak pula si DAJAL CIA ni nak tuduh bekas tentera dr. New Zealand ni, yg. berikan cincin kahwin dan jam tangan pd. isterinya sebelum penerbangan – saya syak dia direkrut jadi ejen CIA-Mossad setelah rumahnya musnah dlm. kejadian gempabumi di Christchurch; dan mungkin dia sempat parachute keluar selepas menjlnkan misinya. Sebab gaya dia seolah nak bunuh diri atau mulakan hidup dgn. ID baru – kan ejen CIA-Mossad (barat-Zionis) boleh buat apa saja! Lihat di
    http://www.dailymail.co.uk/news/article-2578358/Husband-gave-wedding-ring-watch-wife-boarding-missing-flight-MH370-case-happen-him.html:

    Agony of the wife whose husband gave her his wedding ring and watch before boarding missing flight MH370 'in case something should happen to him'

    • Paul Weeks was on the missing flight as he made his way to new job
    • Before leaving he had taken 'lots of photos' of his family, his wife has said
    • She said he left her his wedding ring and watch in case something happened
    • She has said she 'can't give up hope... I would love him to walk through that door'

    By James Rush

    11 March 2014

    Mechanical engineer Paul Weeks, 39, of Perth, Australia, was on the flight as he made his way to his first shift in a fly-in fly-out job.

    His wife Danica has revealed how he left the objects with her to give to their two boys if something was to happen to him……

    She told 9News National in Perth: '(He said) "If something should happen to me then the wedding ring should go to the first son that gets married and then the watch to the second".'

    The former soldier, who was born in New Zealand, moved his young family to Perth after their home in Christchurch was devastated by earthquakes…..

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..