Full Width CSS

Panel Sayap Kapal Terbang Boeing Tertanggal Ketika Di Udara #PrayForMH370


Macam-macam hal pula berlaku sekarang ni menbabitkan kapal terbang.

Kejadian mencemaskan ini pula berlaku di Amerika Syarikat pada 16 Mac 2014 yang lepas semasa penerbangan yang membawa seramai 179 orang penumpang dan 6 orang anak kapal.

Pesawat Boeing 757 - 200 ini dikatakan dalam penerbangan domestik dari Orlando menuju ke Atlanta.

Difahamkan kejadian disedari oleh penumpang yang duduk di sebelah tingkap bahagian kepak pesawat. Kemudian dimaklumkan kepada anak kapal dan juruterbang bertindak untuk menerbangkan pesawat DL2412 ini lebih rendah dan melakukan pendaratan kecemasan.Bagaimanapun pendaratan kecemasan terpaksa dilakukan di Atlanta kerana jarak antara lapangan terbang tersebut merupakan yang paling hampir.

Pesawat berjaya mendarat dengan selamat dan berhenti di landasan. Difahamkan tiada kemalangan jiwa berlaku dalam penerbangan ini.


Post a Comment

0 Comments