Friday, March 28, 2014

Secret Service Obama Kantoi Mabuk


Tiga ejen Perkhidmatan Rahsia yang sepatutnya melindungi Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama di Amsterdam pada minggu ini dihantar pulang ke Amerika Syarikat (AS) selepas didapati mabuk.

Akhbar The Washington Post yang memetik tiga sumber melaporkan, seorang daripada ejen tersebut ditemukan mabuk dan pengsan di koridor sebuah ruang hotel.

The Washington Post menyatakan, ketiga-tiga ejen tersebut telah dihantar pulang dan diarahkan bercuti.Kejadian terbaharu itu mengulangi skandal pada April 2012 melibatkan ejen Perkhidmatan Rahsia dan pelacur di Cartagena, Colombia.

Kes terbaharu tersebut melanggar peraturan perlakuan baharu Perkhidmatan Rahsia yang dikuatkuasakan selepas skandal di Colombia tersebut yang menyaksikan ejen mabuk dan membawa pelacur ke hotel mereka sebelum Obama tiba di negara itu.

Jurucakap Perkhidmatan Rahsia, Ed Donovan mengesahkan agensinya menghantar pulang tiga kakitangannya kerana masalah disiplin.

“Kesemua mereka telah digantung tugas sementara sehingga siasatan dilakukan," katanya.

Beliau enggan mengulas lanjut kes tersebut.

5 comments:

  1. Agen mabuk mcm ni jugak kot yg 'tolong' siasat MH370 bg pehak Kerajaan Najib? Sebab tu Najib teruja dgn hasil 'siasatan'.. org mabuk yg siasat..pastinya hasilnya memabukkan.. ye Mr Najib?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kang kalo dipanggil bodoh, marah pulak. Tp kalo tak panggil, takot salah tafsir plak fungsi otak tu. Agent tu ada pelbagai cabang. Agent yg mabuk ni bodyguard Obama. Yg dtg tlg siasat kt Malaysia ni gelarannya dipanggil Agent tp job scope nya bahagian siasatan.

      Delete
  2. Kalau setakat berani bsuara atas nama anonymous x payahlah ... tunjukkan diri anda.. sembang kasi bimbang

    ReplyDelete
  3. kote bengkok mcn boss dia kot.

    ReplyDelete
  4. bangsat mcm anon 11.45 memang menanti ruang nak spin mcm bos jubor dia ler jugak....pantang nmpk lobang belakang.....terus pancut..........eeeeeee setan betolll

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...