Full Width CSS

[Video] Selepas Buaya, Mungkin @khairykj Bakal Dilempang Oleh Raja Bomoh #1Malaysia #PRKKajang #PrayForMH370


Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin menyelar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai budak hingusan yang kurang ajar dan biadab. Menurutnya, Khairy sepatutnya berjumpa dengannya terlebih dahulu bagi mendapatkan penjelasan sebenar, sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang diperoleh daripada media.

“Budak-baru baru yang jadi menteri ni, tak usahlah nak ambil publisiti atas nama Datuk. Biar saya buat kerja, kalau nak cari publisiti pergilah cari orang lain dan bukan atas nama saya. Tak baik. Orang-orang muda ni, (seharusnya) menghormati orang yang lebih tua. Jangan kata itu haram, ini haram. Berjumpalah dahulu. Mahkamah kalau nak jatuh hukum pun, kena siasat dulu” jelasnya ketika ditemui semalam.

Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno, di dalam akaun Twitternya sebelum ini menyifatkan upacara ritual, Raja Bomoh itu sebagai memalukan. Beliau turut berkata tindakan perlu diambil terhadap bomoh “tikar terbang” tersebut.

“Seseorang perlu menangkap bomoh permaidani ajaib itu. Ia memalukan,” katanya.

Terdahulu, ahli parlimen Rembau itu turut memaklumkan beliau telah menghubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom agar menangani isu berkaitan Raja Bomoh ini.

Ia ekoran dari tindakan Ibrahim yang melakukan upacara ritual di lapangan terbang antarabangsa (KLIA) bagi mengesan pesawat #MH#70 yang hilang beberapa hari lalu.

Mengulas lanjut, Ibrahim turut menggesa Khairy agar menarik kembali kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini atau berdepan dengan tindakan saman kerana mengeluarkan kenyataan yang memalukan dirinya.

“Saya tidak takut dengan dia. Letak jawatan sebagai menteri, boleh lawan dengan saya. Dia pun bukan senonoh sangat perangai. Biar saya cakap terang-terang pada Khairy Jamaluddin. Saya cabar dia. Letak jawatan (sebagai Menteri) dan saya letak jawatan sebagai mahaguru. Kita try fight. Saya tampar dia macam buaya nanti, baru dia tahu.

Ibrahim turut mengatakan, keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Khairy sebagai ahli kabinet adalah merupakan satu keputusan yang salah.

“Kalau perkara ini melarat, saya akan buat memorandum untuk berjumpa dengan (Perdana Menteri) Najib bersama semua ahli silat kita seramai 500 ribu orang. Dia budak baru, dia ingat saya baru setahun jagung?. Orang kampung dia bolehlah dia gempar di Rembau, kena bodoh. Ibrahim Mat Zin, dia (Khairy) jangan gempar.

Beliau turut menyifatkan Khairy sebagai seorang menteri yang gila, kerana sering bergaduh dengan semua orang.


P/s : saya rasa Tok Bomoh ni orang Pembangkang lah~

Post a Comment

11 Comments

  1. sudah la Ibrahim Mat Zin. Ko tu bukan mahaguru pun, Datuk pun bukan...menipu jer hidup ko..kot tak ingat ker masa kena lepuk depan pasar Tk Anson (Tk Intan) dulu?? sampai menyungkur dalam longkang...bawak-bawak ler bertaubat..sana sini ko nak menipu jer...

    ReplyDelete
  2. Orang muda macam Khairylah yang PM perlukan sebagai Menteri. Berani berkata-kata. Bukan macam sesetengah Menteri yang duduk diam membisu sebab nak jaga kedudukan sendiri atau nak mengelakkan kontroversi yang akhirnya PM sendiri yang kena jawab. Kisah lama Khairy usah diungkit lagi. Setiap orang pasti akan melakukan kesilapan.

    ReplyDelete
  3. aku bukanlah suka sangat dgn KJ....tapi dlm hal ni, aku support KJ. Lu diam2 buat jampi dgn bubu ikan tu kat rumah dah la. Mmg amat memalukan btul bomoh pakatan ni. Cara bercakap pun org dah bley menilai sebijik mcm Anwat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa bomoh pakai pin baju berlogo 1 Malaysia?

      Delete
    2. pin logo 1Malaysia tu mudah didapati di mana² saja dan pin tu bknnya pemimpin kerajaan saja boleh pakai tapi semua peringkat rakyat boleh pakai. cuma dalam kes Raja Bomoh ni, dia menyalahgunakan logo tersebut dan jata negara pada name tag di baju.

      Delete
  4. Mcm nie laaa...letak seekor buaya tembaga kt dlm sangkar..buaya tu jgn bagi makan dlm sebulan ker...lepas tu kurung tok bomoh dlm sangkar tu dlm 5-10 min cukup laaa...buat dlm stadium shah alam...kalau hidup gi...haaaa...baru la kita cabar kerrry bergusti nak pakcik tu one-to-one summer slam...amacam?

    ReplyDelete
  5. datuk ke dulu yg kena kes mencabul kehormatan.....pantang tgk pantat tembam...hakkk tuihhhh

    ReplyDelete
  6. Itu boleh bagi guinness world record ,lagi pun pakcik ni dah terkenal satu dunia aksi tikar terbangnya. Memalukan org malaysia saja lepas itu ada pulak penulis upahan tulis pasal dia yg kaitan dgn PM. Ada ke patut.

    ReplyDelete
  7. Pakcu Rantau Panjang.March 15, 2014 at 7:19 PM

    Kadang-kadang dalam menyelesai masalah tidak salah jika kita berada di sudut yang lebih terbuka. Dalam bidang yang tertentu kadangkala kepakaran seorang doktor diakui hebat tapi adakala bantuan tabib pula diperlukan jika melibatkan spritual yang mana gagal dikesan oleh doktor.

    Lantaran itu kita tidak perlu laga-laga antara satu sama lain kerana cara berikhtiar menurut bidang masing-masing. Yang penting kita sama -sama berikhktiar mencari dan mendoakan kesejahteraan bagi kakitangan dan penumpang MH 370.

    Jika kita mula saling menuduh dan memperbodohkan seseorang maka keikhlasan dari hati yang cuba menolong telah terpadam dan timbulnya rasa negatif yang luar jangkaan. Jadi seharusnya kita perlu berkata dengan sopan dan baik apa lagi jika dicalitkan kepada orang lain yang sengaja mencari isu-isu seumpama ini sebagai batu loncatan untuk di lastikkan kepala individu tertentu. Jangan jadikan isu yang remeh temeh hingga menengelam apa yang sebenarnya...dan jangan timbulkan sesuatu yang tak menguntungkan jika hasil kerja yang tak sepatutnya. Berdamai dan bermesyuarah adalah jalan terbaik jika kita seeorang yang beriman...walahualam.

    ReplyDelete
  8. masalahnya setelah kau buat upacara tu jumpa ke kapalterbang tu? selesai ke kes tu? Kalau berjaya boleh jgk kau bantai blk org2 yg bantai kau.. Ini sama aje..kes tak selesai, kapalterbang tetap hilang.. Orang luar makin ketawa tgk video kau... Negara tambah malu..

    ReplyDelete
  9. bomoh nie memalukan negara, bangsa dan agama di depan negara yg lain..... dah nyanyuk ah org tua nie

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..