Friday, March 21, 2014

[Video] Setuju Hentikan Azan & Kita Tengok Jam Je Lah Bila Masuk Waktu #1Malaysia @NajibRazak


Mungkin sudah tiba masanya laungan azan diperlahankan atau dihentikan terus daripada kedengaran terus dan membingitkan telinga orang² bukan Muslim yang harus menahan telinga selama 5 kali sehari. Mungkin juga kita boleh tukar trend daripada laungan azan, kepada tengok jadual waktu azan & jam di tangan sahaja.

Ini antara cadangan saya yang mungkin boleh digunapakai oleh semua pihak yang beragama Islam terutamanya kerana kita telah mengganggu emosi kaum 'pendatang' ini terlalu lama. Apa² pun JAKIM boleh buat keputusan terbaik terhadap respon saya ini.

Jangan cakap sekali dan jangan sebut hanya 2 kali perkara ini berlaku namun sebaliknya ia sudah tidak terkira dengan jari bilangan penghinaan yang diterima oleh umat Islam di Malaysia ini. Bukan hari ini ianya bermula tetapi sudah lama ianya dimulakan dan hari ini ia semakin berleluasa tanpa kawalan dan penguatkuasaan.

Kita ada pelbagai jenis Jabatan Agama Islam di seluruh Malaysia. Sebutlah dari ceruk mana sekali pun, tetap ada juga Jabatan Agama Islam. Tapi persoalan pertama yang bermain di minda saya ialah APA RESPON DARIPADA JABATAN AGAMA ISLAM BILA ISLAM DIHINA baik dari azan, kalimah Allah dan apa² saja yang menggambarkan Islam.

Jangan berharaplah pada PAS, parti yang 'berlandaskan' ISLAM pada perjuangannya dan parti yang memutarbelitkan ayat² AlQuran dalam setiap kempen ceramah politiknya. Mereka ini dah bersumpah takkan mengutuk setiap tindakan orang bukan Islam dari kalangan ahli Pakatan kecuali jika diyakini kaum 'pendatang' ini daripada Barisan Nasional (BN) barulah mereka berteriak sama.


So berbalik pada persoalan pertama tadi, di manakah Jabatan Agama Islam..?

Takkan bila setiap isu yang berlaku membabitkan maruah Islam, Jabatan Agama Islam menyerahkan bulat² kepada KEBIJAKSANAAN cyberstroopers pro kerajaan yang bertindak sebagai ahli fikir dan bertindak sebagai 'pegawai' / 'pengarah' yang menjawab segala tohmahan isu² berbangkit.

Takkanlah bila isu ini berbangkit, Menteri yang menjaga hal ehwal Islam selalu dihalakan persoalan untuk dijawab. Kadang² orang politik yang duduk di dalam Biro Agama Islam pula dipertanggungjawabkan. Mana pergi orang² Jabatan Agama Islam? Jadi mat saja kah atau hanya terlibat dengan isu² berkenaan makanan / produk halal haram je ker atau sebenarnya mereka sendiri tak tahu job skop kerja masing².

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...