Tuesday, April 8, 2014

Batalkan Saja Lesen Premis Yang Anjurkan Parti Liar Ini - Ketua Pemuda #UMNO Wilayah Persekutuan @razlanrafii @KhairyKj #1Malaysia


KONSERT TOPLESS, JALAN AMPANG

Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (PPUWP) berterima kasih kepada masyarakat yang peka dengan segala perkembangan tidak sihat yang berlaku di persekitaran Wilayah Persekutua dan menyampaikan maklumat tersebut kepada pihak kami.

Berkenaan dengan Parti Topless yang akan dianjurkan oleh sebuah kelab di Jalan Ampang, kami mendapati banyak bantahan dilakukan.

Sudah tentu PPUWP juga turut membantah sekeras-kerasnya dan mendesak agar kelab ini dikenakan tindakan sehingga lesen operasi perniagaan mereka ditarik balik.

YB Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan (BPUWP) sudah mengarahkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan apa sahaja kuasa yang termaktub untuk membatalkan konsert tersebut. PPUWP juga menyambut baik, ketegasan YB Menteri mengarahkan DBKL mengemukakan notis tunjuk sebab kepada pemilik kelab terbabit yang secara jelasnya telah melanggar peruntukan Akta Hiburan WPKL 1992 yang mana tindakan membatalkan lesen boleh dikenakan kepada pemilik.

Saya mewakili PPUWP menyambut baik tindakan YB Menteri Wilayah Persekutuan yang tidak berkompromi dan tidak menunggu lama untuk membuat keputusan dalam sebarang bentuk gejala yang tidak sihat di Kuala Lumpur. Kami percaya, sekiranya terdapat isu tidak seiring dengan peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa sampai ke telinga YB Menteri, sudah tentu tindakan akan diambil.


MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.


2 comments:

  1. umno yg anjur.. umno yg sibuk batal bla kantoi.. muahaha

    ReplyDelete
  2. Satu lagi fitnah akhir zaman yg berjaya direka macai PR. Tahniah, free2 je org UMNO dpt pahala & ko akan menangis nk minta maaf dari semua org UMNO.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...