Monday, April 14, 2014

Bomba Pindahkan Pesakit Obesiti Lebih 200 Kg Guna Trak #1Malaysia @bombaJBPM


Kerja rutin bomba biasanya memadamkan api atau menangkap ular sawa namun lain pula yang dilakukan oleh anggota Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila mereka terpaksa memindahkan pesakit obesiti seberat 200 kilogram semalam.

Pemindahan ihsan tersebut dilakukan pada pukul 12 tengah hari sebaik bomba menerima panggilan daripada Hospital Banting setengah jam sebelum itu.

Mereka terpaksa menggunakan sebuah trak seberat lima tan untuk memindahkan pesakit pendarahan paru-paru, Norfaizah Mohammad Rashid, 31, ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat KLIA, Yahya Mohd. Sham berkata, pihaknya mengambil keputusan untuk menggunakan trak tersebut untuk memindahkan pesakit memandangkan Norfaizah tidak boleh dibawa dengan ambulans kerana faktor berat badannya.

1 comment:

  1. yup memang benar Australia laksanakan GST.. tapi untuk lebih adil lihat dengan sifat yg jujur dan adil bagaimana mereka meningkatkan tahap pendapatan rakyat mereka... adakah seperti di Malaysia.. hendak melaksanakan gaji minimum pun susah oleh kerajaan bn seperti sekarang ni.. dan dibebankan dengan kos2 yg tinggi dan menyusahkan

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...