Tuesday, April 15, 2014

Demontrasi Penduduk Bantah Langkah 'Menyelamat Generasi Masa Depan' Kerajaan Negeri #PulauPinang #1Malaysia @NajibRazak @reezalmerican


Siapa yang tak marah jika sebelum ini kerajaan rejim DAP Pulau Pinang kebanggaan PAS negeri dianggap sebagai yang terbaik di Malaysia boleh membuat satu langkah samdol dengan menaikkan kadar tarif air demi generasi masa depan.

Saya tak kata kerajaan negeri yang terbaik tapi orang PAS lah yang kata sehinggakan gelaran Khalifah Umar Abd Aziz boleh diberikan kepada Ketua Menteri negeri kononnya dia adalah pemimpin yang terbaik dikurniakan kepada rakyat Pulau Pinang.


Hasilnya, kira² 30 orang penduduk yang majoritinya berbangsa Melayu melahirkan rasa kesal mereka dengan berkumpul, berarak dan memegang pelbagai sepanduk di tepi jalan bagi menyuarakan kekesalan mereka terhadap kerajaan rejim DAP hari ini.

Demontrasi aman ini diadakan di sekitar kawasan Pasar pagi Penaga, Kepala Batas pada hari Ahad lepas.


Sebelum ini, kerajaan negeri dikatakan cuba berselindung kononnya kenaikan tarif air ini disebabkan demi menyelamatkan generasi masa hadapan yang sebenarnya merupakan alasan dan juga boleh dianggap hipokrasi tahap dewa oleh kerajaan rejim DAP.

Tapi andai kata mahu menjaga kepentingan generasi akan datang, maka bolehlah sekiranya kerajaan rejim DAP mengurangkan pembangunan rumah kos tinggi di kawasan² hijau di dalam Pulau Pinang. Kerana dari apa yang kita lihat hari ini, kerajaan rejim DAP seolah² sudah gila membuat pelbagai pembangunan tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang terhadap pulau tersebut.


Itu baru cerita pasal pembangunan di dalam pulau, belum lagi cerita berapa ramai orang Melayu, Cina dan India yang terpaksa lari keluar daripada pulau tersebut kerana tidak berkemampuan untuk meneruskan kehidupan di sana kerana faktor kos kehidupan yang meningkat naik dan juga kenaikan harga rumah yang melambung tanpa kawalan orang kerajaan rejim DAP.

Apa kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang merangkap wakil rakyat Kepala Batas.

"Kalau betul itu alasan kerajaan negeri, adalah lebih berbaloi sekiranya subsidi petrol juga dikurangkan bagi menyelamatkan fosil demi generasi akan datang. Jadi jangan gunakan itu sebagai alasan kalau sebenarnya sekadar mahu mengurangkan beban yang ditanggung kerajaan negeri kerana tidak mampu mendapatkan pendapatan melalui kaedah lain," - Datuk Seri Reezal Merican

1 comment:

  1. banyak cerita Reezal Marican, jd org pulau skg?

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...