Full Width CSS

#Hudud : Yakinkah PAS Dengan Keikhlasan #UMNO #BarisanNasional #1Malaysia @NajibRazak


Keputusan sama ada cadangan pelaksanaan hukum Hudud di Kelantan akan berjaya ataupun tidak, hanya akan diketahui setelah Ahli-Ahli Parlimen membuat undian menyokong pelaksanaannya atau sebaliknya penghujung bulan ini.

Kesediaan Kerajaan Persekutuan yang memberi 'lampu hijau' kepada mana-mana negeri untuk melaksanakan hukum hudud telah membuka mata banyak pihak terutama di sebelah pihak PAS yang telah lama mengimpikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 ini digunapakai khususnya di negeri Kelantan.
Keikhlasan kerajaan Barisan Nasional (BN) disemarakkan lagi dengan pembabitan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang membawa & membentangkan usul ke Dewan Rakyat bagi meminda undang-undang untuk membolehkan Kelantan melaksanakan Hudud.

Namun untuk merealisasikan hasrat tersebut, suara sokongan 2/3 ahli Dewan Rakyat diperlukan. PAS yang dibarisi 30 orang Ahli Parlimen diyakini bakal memperolehi sokongan tambahan seramai 79 Ahli Parlimen daripada UMNO untuk menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 109 sokongan berdasarkan hint sokongan pada ucapan perbahasan pelaksanaan Hudud oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Bin Baharom dan Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican di Dewan Rakyat minggu lalu.

Namun jumlah tersebut masih lagi tidak mewakili 2/3 suara Parlimen bagi meluluskan cadangan pelaksanaan hudud. Di sini lah PAS dilihat tersepit di antara dua pilihan sama ada terus memujuk rakan dalam Pakatan iaitu PKR & DAP untuk sama-sama berkompromi walaupun pada asas penggabungan Pakatan, mereka menolak untuk bersekutu dalam soal hudud, atau..

PAS perlu mengharapkan sokongan Ahli Parlimen dari komponen BN.

Ahli Parlimen Islam dari dalam PKR akan menyokong PAS tetapi mereka sendiri perlu memperolehi restu Anwar Ibrahim selaku Ketua Pakatan Pembangkang. Itu pun kalau Anwar sanggup mengetepikan politik dan mengutamakan Islam terlebih dahulu. Tapi nampak gayanya keadaan seakan sukar kerana campur tangan DAP sebagai 'abang long' akan lebih menyulitkan suasana.

PAS dinasihatkan supaya lebih peka dan bijak menilai siapakah sahabat dan siapakah teman yang boleh dipercayai mereka. Mata dan pandangan rakyat hari ini tertumpu kepada kebijaksanaan PAS dalam membuat keputusan untuk menjadikan hasrat pelaksanaan hudud itu sebagai realiti.


Jangan persiakan harapan rakyat kerana rakyat menantikan janji untuk dikota oleh Kerajaan PAS Kelantan.

Post a Comment

0 Comments