Tuesday, April 8, 2014

Kecoh Pemuda #UMNO WP Serbu Pejabat #PR1MA #1Malaysia @NajibRazak @KhairyKj @razlanrafii


Ibu pejabat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) hari ini 'diserbu' oleh Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (PPUWP) yang mendesak supaya PR1MA mengkaji semula cara pengagihan rumah kepada pembeli yang dirasakan tidak mengikuti polisi serta kehendak sebagaimana yang dicadangkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sejak akhir² ini, banyak projek pembangunan perumahan untuk rakyat diwujudkan kerana kerajaan mendengar dan prihatin akan permasalahan rakyat yang terpaksa berdepan dengan pelbagai bentuk bebanan yang harus dilalui setiap hari. Maka pelbagai skim serta dasar perumahan diwujudkan untuk menjaga kepentingan dan mengatasi masalah rakyat terutama di bandar.


Masalah utama penduduk bandar terutama di Kuala Lumpur ialah membeli / memiliki aset rumah sendiri. Jika hendak dikira bilangan rumah di bandar ini, ianya mencukupi tetapi malangnya yang menjadi halangan kepada golongan muda terutamanya untuk membeli rumah adalah penawaran harga itu sendiri.

PR1MA yang diwujudkan khas atas nama rakyat bertujuan untuk membantu orang² bandar dan golongan muda pertengahan mendapatkan rumah terutama di bandar. Hari ini situasinya berbeda sekali berbanding dengan apa yang diingini kerajaan BN. Apakah yang boleh pembaca harapkan dengan harga jualan rumah PR1MA bermula daripada RM100,000 sehingga ke RM400,000. Adakah ianya boleh dimiliki oleh para pembaca sekalian jika mempunyai pendapatan bulanan di bawah RM2,000?


Dalam soal ini, berkemungkinan besar pecahan penduduk pastinya akan berpihak kepada satu kaum saja dan kependudukan di kawasan tersebut dirasakan langsung tidak ideal. Yang pasti kelihatan adalah jurang perbezaan antara golongan rendah & sederhana dan golongan elit.

PR1MA perlu merasai setiap denyut nadi golongan muda di bandar. Apakah kesesuaian rumah yang mereka kehendaki. Bukannya sekadar melihat pembangunan ibu kota Kuala Lumpur sebagai penanda aras pendapatan 'lumayan' penghuni bandar.

Dalam hal ini juga, pemaju perumahan yang bernaung / makan projek dengan kerajaan BN harus memikirkan kesesuaian harga² penawaran yang diminta. Jangan terlalu mengikutkan trend pasaran hartanah yang dipengaruhi dengan polisi membenarkan warga asing memiliki hartanah bernilai RM500,000 sehingga menyebabkan pemaju bercita² membina rumah mewah yang hanya disasarkan kepada golongan berpendapatan tinggi di Malaysia.


Atas rasa tanggungjawab akan permasalahan golongan muda di bandar, PPUWP melalui Ketua Pemuda Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii telah menyerahkan memorandum kepada PR1MA yang diterima oleh Vice President Corporate Com, Norashikin Abdullah.

"Kami tidak mahu sesebuah kawasan itu didominasi oleg sesuatu kaum kerana akan menyebabkan berlakunya jurang perkauman dan kami tidak mahu perkara ini terjadi", kata Razlan

Berikut sedikit kandungan yang terdapat pada memorandum tersebut.


Ini adalah langkah pertama PPUWP untuk membantu & mencari penyelesaian bagi mencapai apa yang diingini golongan mufa bandar. Semoga sebutir gerakan ini akan membuahkan hasil yang terbaik kepada masyarakat bandar terutamanya.

Video desakan Khairy kepada PR1MA 

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...