Full Width CSS

Lebih 30,000 Warganegara Memohon #MyHome @NajibRazak @mpkotabelud @GoTeamRD @gtp_roadmap


Hari ini YB Datuk Abdul Rahman Dahlan (DRD) telah mengesahkan bahawa 37,000 orang telah memohon untuk menyertai program #MyHome ini. Ini merupakan sesuatu yang patut dibanggakan kerana tidak hampir sebulan sahaja program ini dilancarkan, rakyat telah memberi respon yang sangat baik dengan menyokong usaha kerajaan yang murni ini.

Bukan sahaja rakyat yang didapati menyokong program ini, malah menurut DRD, lima pemaju perumahan telah mengemukakan permohonan rasmi untuk menyertai #MyHome dan 49 pemaju lagi melahirkan minat untuk menyertai program ini. Jelas sekali #MyHome adalah bukti kejayaan satu lagi inisiatif Kerajaan.

Saya berpendapat dengan penyertaan yang ramai dari orang awam dan juga pemaju, it shows that the people have confidence in the government in general and the ministry in particular.

Sebagai kerajaan yang menepati janji, DRD juga telah mengumumkan 'the next plan' bagi program #MyHome dimana kerajaan kini akan melaksanakan penilaian individu dan pemaju dengan teliti, supaya mereka yang benar-benar layak saja akan menikmati manfaat program ini.

Alhamdulillah, sebagai rakyat Malaysia, saya berasa gembira dengan usaha mulia kerajaan ini untuk membantu rakyat golongan pertengahan untuk memiliki rumah di bandar. Diharapkan lebih ramai pemaju akan tampil untuk bersama-sama membantu kerajaan dan rakyat untuk menjayakan program ini.

TERBAIK !!

Post a Comment

0 Comments