Thursday, April 10, 2014

Penculik Pulau #Singamata Minta Wang Tebusan Lebih RM30 Juta #1Malaysia @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Red Bean Army Tak Tangkap Lagi~

Wang tebusan sebanyak RM36.4 juta (500,000 peso) dituntut kumpulan penculik bagi membebaskan seorang wanita pelancong warga China yang dilarikan dari Pulau Singamata, Sabah, 2 April lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ketika mengesahkan perkara itu turut memberitahu kerajaan kini sedang melakukan rundingan dengan kumpulan penculik berhubung perkara itu.

"Tuntutan wang tebusan berkenaan hanya membabitkan pelancong warga China yang diculik, dan setakat ini tiada tuntutan membabitkan pekerja warga Filipina yang turut dilarikan dalam kejadian itu.

"Kita sudah pun menghantar satu pasukan khas dari pihak polis disertai jururunding untuk melakukan rundingan dengan orang tengah kumpulan penculik berhubung wang tebusan yang diminta itu," katanya.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...