Full Width CSS

Pertembungan #MalamCintaRasul & #HimpunanCintaAnwar Peringkat Parlimen #Baling @MukhrizMahathir @azeezputera #1Malaysia


Pagi ini kecoh sebentar di Alor Star, Kedah apabila pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah telah diconteng dengan spray warna merah yang tertera perkataan 'RE4MASI 2.0'.  Semua ini berkemungkinan berkait rapat dengan penganjuran Reformasi 2.0 oleh Anwar Ibrahim di Baling pada 5 April ini.

Berkemungkinan juga, perbuatan ini dilakukan kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang membidas sikap Pembangkang yang datang ke sini hanya semata² ingin menimbulkan kekecohan.

"Pemimpin depa (pembangkang) nak jelajah Kedah nak lancar reformasi 2.0, konon himpunan derita rakyat, 5 April nak pi (pergi) Baling bagi memperingati ulang tahun insiden Baling (kejadian di Memali). Nak mai (datang) cetus kemarahan rakyat pada kerajaan...itu tindakan mudah dan langsung tidak bertanggungjawab, mai kata kat orang (datang mengkritik kerajaan negeri) tapi tak bagi penyelesaian," 

Untuk makluman umum, perancangan mengadakan Reformasi di Baling, Kedah dicetuskan awal minggu ini oleh Anwar dengan tujuan dan niat semata² mensabotaj program keagamaan yang telah menarik minat rakyat mendekati Allah & mencintai Rasul Junjungan, Muhammad S.A.W. 

Jika sebelum ini, program sebegini juga telah dihijack tarikh & masanya semasa tarikh Pilihanraya Kecil Kajang semakin hampir walhal semua orang tahu program Selawat Perdana yang mendapat sambutan lebih 500,000 orang Islam di Putrajaya telah dirancang lebih awal & terperinci.


Kali ini apabila ia melibatkan di satu kawasan yang kecil pastinya akan berlaku beberapa perkara yang tidak diduga. Saya berharap semoga tiada perkara yang tidak diingini berlaku kerana pastinya rakyat sendiri mahu melakukan sesuatu perkara dengan mendapat pahala dan dirahmati Allah S.W.T.

Sama² kita lihat nanti, apakah perhimpunan #MalamCintaAnwar yang mendapat tempat di hati rakyat atau #HimpunanCintaAnwar bakal memberikan impak besar kepada rakyat terutamanya kepada penganjuran program keagamaan seperti ini.

Tengok gambar kebiadapan pentaksub Anwar di sini.

Post a Comment

8 Comments

  1. Moga Allah mempermudahkan penganjuran malam cinta Rasul nanti.. Amin

    ReplyDelete
  2. PKR parti ahli keluarga sahaja. Korang yg lain ni asyik kena kencing je

    ReplyDelete
  3. SELAMATKAN ANWAR DARI MENJADI MANGSA KEZALIMAN REJIM BN!!!!

    ReplyDelete
  4. Siapa yang buat program dulu? Aku tak berapa clear sebab tak ada tarikh perancangan dibuat.
    Takkan Anuwar nak tunjuk kebolehan dia bersaing dengan program agama? Ataupun mungkinkah agama sudah dipermainkan demi kelangsungan politik?
    Harap tuan tanah dapat tulis dengan lebih jelas.

    ReplyDelete
  5. Anonymous at 12:21pm... kamu sememangnya pengikut Anwar Aljub.... yang dunggu, (200%) seperti kata saudara Zulkifli Nordin dlm siaran soal jawab...... semua rakyat Malaysia setujukan....yang semua pengikut Anwar itu dunggu...jgn marah itu benar bah... ha...ha..ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak berapa setuju. Orang PKR ni bukannya dungu, atau bodoh, atau bahlol. Kalau diteliti kata2 Amom 12:21 ni, memang tak nampak pun dungunya. Tak ada juga carut mencarut. Harapannya cukup jelas sekali, nak selamatkan Anuwar dari menjadi mangsa kezaliman REJIM BN. Jika kita duduk ditempatnya pun kita akan bersuara begitu. Cukup suci niatnya, nak membela pemimpin.

      TETAPI sayangnya dia tak pandai nak mengenal pemimpinnya. Matanya buta, telinganya tuli dan otaknya beku bila nak menilai pemimpin agungnya. Apa yang dibuat semuanya betul. Tak ada dalam dunia ni laki bini berebut nak jadi presiden parti mamat 12:21 oiii... Kamu ni orang Parti PKR Sdn. Bhd. ke? Parti anak beranak! Sumbat telinga kamu dengan kapas bila baca tulisan aku ni kalau takut terpengaruh.

      Bagi pendapat aku pula, seluruh orang PKR ni berotak tak stabil. Pandai nak menuntut keadilan, tetapi semata2 untuk puak dema saja. Pandai tunjuk perasaan, tapi perasaan orang lain tak dipeduli. Pandai makan minum tapi berak kencing merata2. Pandai sanggama tapi tak peduli sesiapa, hentam kot mana boleh.

      Memang tak stabil sungguh otak dema ni.

      Delete
  6. Ya Allah, selamatkan Malaysia dari Anwar dan pengikut-pengikutnya yang sesat lagi menyesatkan.

    ReplyDelete
  7. Doa la molek sikit. Malaysia jer selamat. Diri yg berdoa dan ibu bapa x minta selamt dr azab Allah.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..