Full Width CSS

Calon Muda 26 Tahun Di #BukitGelugor Akui Disabotaj Pencadang #1Malaysia


Ahli perniagaan, Mohd Yacoob Mohd Noor, 26, yang sebelum ini mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas merebut kerusi Parlimen Bukit Gelugor dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) mendakwa disabotaj penyokong sendiri sehingga gagal menghantar borang pencalonan.

Katanya, beliau kecewa selepas individu yang sepatutnya menjadi pencadang dan penyokongnya ketika penamaan calon bagi PRK berkenaan di Dewan Sri Pinang, di sini pagi ini, bertindak menghilangkan diri serta gagal dihubungi."Kali terakhir saya berhubung dengan mereka adalah pada pukul 7 pagi ini dan mereka meyakinkan saya akan tiba di pusat penamaam calon seperti yang dijanjikan.

"Namun, mereka tidak muncul dan sehingga kini saya tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Perkara ini jelas merupakan tindakan sabotaj oleh pihak-pihak tertentu yang mungkin rasa tergugat sekiranya saya bertanding," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Post a Comment

0 Comments