Full Width CSS

'Calon' PAS Bukit Gelugor Dipecat Kerana Perjuangkan #Hudud? #1Malaysia


Kepe­mimpinan Pas tidak seharusnya memecat dan menghina ahlinya, Mohamed Nabi Bux Mohd. Abd. Sathar hanya kerana beliau bertanding atas tiket Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor.

Ahli Pas cawangan Taman Selasih di Kulim, Kedah, Wan Johari Wan Omar berkata, ini kerana Mohamed Nabi Bux telah menyatakan bahawa tujuannya bertanding adalah untuk memperjuangkan hudud di Pulau Pinang.

Beliau yakin Mohamed Nabi Bux masih ahli Pas walaupun mengambil tindakan bertanding dalam PRK tersebut kerana pernah bersama calon Bebas itu ketika memperjuangkan isu kalimah Allah, dua bulan lalu.“Umat Islam di Pulau Pinang wajib menyokong Mohamed Nabi Bux kerana tindakannya ini sedikit sebanyak membuka mata rakyat berhubung isu hudud di negeri tersebut.

“Saya bangga dengan tindakan beliau dan walaupun Pas mempunyai hubungan dengan DAP dalam pakatan pembangkang, namun amat jelas beliau tidak melanggar sebarang kesalahan dalam Pas.

“Bagi saya hukum hudud adalah hukum Allah dan sejak penubuhan Pas, isu negara Islam dan hudud adalah perjuangan asal parti ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Johari berkata, langkah Mohamed Nabi Bux bertanding dalam PRK tersebut juga merupakan peluang kepada Pas untuk menjelaskan kepada rakan pakatan mereka tentang perjuangan asal parti itu terutama sekali kepada DAP.

Langkah itu jelas beliau perlu memandangkan perjuangan hudud tersebut telah sekian lama dibawa Pas sejak sebelum kewujudan pakatan pembangkang.

“Tindakan Mohamed Nabi Bux untuk bertanding membuka mata ramai pihak di Pulau Pinang walaupun tindakannya kurang disenangi oleh sesetengah pemimpin Pas demi menjaga hati DAP, namun jangan sampai menghina anak sendiri.

“Oleh itu, saya mencadangkan agar Mohamed Nabi Bux dapat menjemput para ulama termasuk dari Dewan Ulama Pas untuk ke Bukit Gelugor dan memperjelaskan kepada rakyat Pulau Pinang tentang apa itu hudud," katanya.

Menurut Wan Johari, perkara itu kerana hudud adalah hukum Allah dan bukan hukum yang boleh dipermainkan.

Beliau juga mengakui kemungkinan kepemimpinan DAP tidak memahami hudud dan kini adalah masa dan peluang paling sesuai Dewan Ulama Pas datang ke Bukit Gelugor untuk berbincang tentang isu hudud.

“Saya juga bersetuju yang hudud bukan sahaja untuk negeri Kelantan namun untuk semua orang. Saya berharap Mohamed Nabi Bux tidak berputus asa dalam memperjuangkan isu hudud di Pulau Pinang," kata beliau.

Post a Comment

2 Comments

  1. Salam sahabat.

    Tahniah kepada Pemimpin-pemimpin Malaysia yang punya kesedaran bahawasanya HUDUD itu ubat yang mujarab pada penyakit manusia tanpa mengira fahaman politik. Walaupun HUDUD cuma sebahagian kecil dari cara kehidupan ISLAM namun ia teramat signifikan kepada kehidupan manusia. Ini dapat dilihat dengan usaha ahli politik yang membawa HUDUD ke kancah pertimbangan Perlembagaan Malaysia.

    Walau masih ramai yang belum bersedia dan kurang kefahaman namun ia tetap menjadi agenda prima pemimpin-pemimpin Malaysia secara konsisten. Biar lambat asal berkat. Semoga seluruh rakyat Malaysia mengenali dan menerima HUDUD sebagai sesuatu yang positif kerana ianya undang-undang dari langit yang semestinya MAHA SEMPURNA. Tak kenal maka tak cinta.

    Jom kita beramai-ramai mencintai ILMU Allah dan segeralah kita memanfaatinya.

    Salam.

    ReplyDelete
  2. Mohamed Nabi Busuk Mohd. Abd. Sathar lebih berupa makluk yg telah telan wang UMNO. Manusia yg bodoh ini sepatutnya Tanya kenapa org2 UMNO ini berenang dalam rasuah seumur hidup mereka. Bolehkah hudud dilaksana dlm keadaan ini, dimana Bangsawan2 yg kaki Rasuah tidak boleh disentuh Hudud. Mereka ini adalah bersamaan dengan Syaitan2.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..