Full Width CSS

GEMPAR : Ini Puncanya Kenapa JPJ Tidak Mahu Pengguna Pakai Cermin Gelap #1Malaysia


Isu larangan penggunaan cermin gelap kenderaan awam semakin hari semakin sensasi apabila mendapat bantahan banyak pihak terutama kalangan pengguna kenderaan sederhana yang menyalahkan cuaca sebagai faktor mereka menggunakan cermin gelap.

Terdapat juga sebuah group di laman Facebook yang menentang sekatan penggunaan cermin gelap pada kenderaan. Group tersebut mendapat pelbagai respon dari kalangan pengguna. Ada yang bersetuju dan ada yang mengemukakan dalil tidak bersetuju mengenainya.


Bagi saya mungkin ramai yang tidak menyedari akan sebab musabab JPJ membuat keputusan sedemikian rupa. Ini kerana jika berlaku seperti hal di bawah, siapa hendak disalahkan? Hahahaa

Tepuk dada, tanyalah JPJ.


Gambar ini dirakamkan di Kg. Baduk, Temerloh Pahang. Dikatakan pemandu kereta ini telah menculik 3 ekor lembu.


Weihhhh lembu pun pakai seat belt untuk keselamatan diri. Korang pun ada yang malas pakai seat belt kan. Contohi lembu ini. 

Bagaimanapun sehingga kini tiada kenyataan kukuh yang menyokong tindakan JPJ untuk menyaman kenderaan bercermin gelap. Mohon JPJ buat pencerahan menyeluruh terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan yang menyentuh bab-bab berkenaan pengguna.

Post a Comment

2 Comments

  1. Jgn disalahkan cermin gelap jika jenayah berlaku menggunakan kereta bercermin gelap.Tak bercermin pun jenayah boleh berlaku.

    Rasa2 drp mana kita mengimport kereta bercermin gelap/bertinted gelap yg tak dilulus JPJ? Adakah di negara2 asal tersebut jenayah meningkat disebabkan cermin gelap atau tinted gelap? Tak ada dengar pun negara2 tersebut melarangnya.Mungkin JPJ Malaysia dah letih nak mencari sebab jenayah berlaku.Dgn mudah cari kambing hitam - cermin gelap.

    Logik yg diguna JPJ melarang penggunaan cermin gelap adalah dangkal dan dunggu.

    Ada juga peraturan bodoh JPJ. Saiz dan warna plate kereta atau motosikal.Pengguna manalah tau mana satu yg ikut peraturan JPJ.Pengguna cuma pergi kedai bengkel kereta dan minta dipasang plate.Bukan kita tentukan ukuran.Kita cuma beli saja.Silap2 pengguna juga kena denda JPJ.

    Mujurlah diMalaysia tak banyak bengkel2 kereta/motosikal yg pakar ubahsuai kenderaan.Bengkel2 tersebut berlambak di AS sampai masuk TV bersiri.Kalau budak kita yg nak kreatif sikit JPJ jadi penghalang.Bila lagi kita nak berinovasi/kreatif?

    Kita tabik kpd JPJ kerana menjalankan kerja dgn baik.

    Kita cuma minta kerajaan mempertimbangkan keluhan kami juga.Jgn sesuka hati nak laksanakan peraturan yg menyusahkan rakyat.Kalau kempen tukar topi helmet kita bersetujulah. Kenapa tak panjangkan utk kempen tukar cermin putih pula - percumalah.

    sekian pandangan org miskin.

    ReplyDelete
  2. miskin mampu menukar tinted gelap

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..